Wednesday, October 17, 2012

Kisah Teladan Dari Kandang

Assalamu'alaikum Wrmbth, Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma Solli A'la Muhammad. Dulu, kita selalu dengar kisah teladan haiwan daripada tok nenek. Ada kisah sang kancil dan buaya dan bermacam2 lagi. Alhamdulillah ada versi komersil untuk menghidupkan kembali kisah lama penuh pengajaran pada anak2 kita. Boleh tontoni TV Al-Hijrah untuk lebih lanjut.

Itu cerita di tv, kisah say ni berlaku di kandang. Berkenaan 2 ekor haiwan yang serba dirundung malang. Seekor ibu yang keguguran anak. Seekor lagi anak kambing kecil yang kematian ibu.
Ini dia Si Hitam aka Agem dan Koko
Hitam melahirkan anak buat pertama kali dan tiada pengalaman, saya ada dikandang semasa proses kelahiran. Nak dijadikan cerita oleh kerana jam dah lewat kerana ada urusan mengejut, saya pun tinggalkan kambing tersebut bersendirian melalui proses kelahiran dengan harapan segalanya berjaan lancar. Balik malam tersebut rupa2nya anak yang lahir mati kerana ibu kambing tidak membersihkan air ketuban dari hidung. Maka lemaslah dan matilah sejurus selepas dilahirkan. Bila saya sampai malam tu, memang sedih juga tengok emak kambing meraung memanggil anaknya yang telah mati.

Oleh kerana tiada anak kambing yang menyusu maka bengkaklah ambing susu kambing si hitam ni. Hari2 saya perah untuk berikan pada kambing lain yang menghidap polio kambing (alhamdulillah dah sembuh). Tapi, susu kambing masih banyak lagi tak kering2.

Hitam dan Koko saling menyayangi
 Kebetulan, kawan saya yang juga tak pandai lagi jaga kambing telah kematian seekor ibu kambing mempunyai anak berusia 2 bulan. Oleh kerana khuatir anak kambing tersebut mati, maka dia pun berilah pada saya dan kebetulan datanglah ilham untuk susukan si Koko ni pada si Hitam.

Pada awalnya, si Hitam enggan, jadi saya juga yang pegang badannya dan menyusulah si koko sampa kenyang. Kalau ikut hukum islam bagi manusia, 3 kali menyusu kenyang dah jadi anak susuan. Jadi setelah 2 minggu, si Hitam dah anggam Koko macam anaknya sendiri.

Teringat hadis Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w  bersabda: "Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga". Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.

Hmm, kambing pun sayang anak yatim, jadi apa alasan manusia yang ada akal dan fikiran untuk berlaku zalim sesama kita.

Saturday, October 13, 2012

Kambing Bunting dan Weight Gain

Assalamu'alaikum Wrmbth, sejak ada mesin penimbang dan rekod ternakan ni memang lebih mudah kerja2 analisis dilakukan tetapi susah jugalah nak rekod setiap perkara penting yang berlaku. Seekor2 kambing perlu ditimbang untuk melihat pola perubahan berat badan. Jadi ada beberapa perkara menarik yang kami baru perasan setelah adanya rekod berat badan ni terutama bagi kambing bunting.

Dulu masa takda penimbang, susah nak tahu samada kambing ni makin kurus akan gemuk jadi kali ni berbeza, saya ada timbang berat kambing bunting setiap bulan.

Ada 4 kambing bunting yang saya tahu bila tarikh kahwinnya dan dapat menjangka tarikh bersalin.

Kambing 1: Maharani

Kahwin pada 12 julai 2012 jadi dijangka bersalin 150 hari kemudia aka 5bulan. Adalah dalam 10 disember. Menurut sedikit ilmu yang diperolehi, pertambahan berat kambing akan meningkat mendadak pada 2 bulan terakhir kehamilan. Jadi berat awal semasa hamil 30kg dan selang sebulan beratnya meningkat 2.5kg sebulan. Sekarang ni dah mencecah 38.5kg. Apa yang menjadi persoalan ialah pertambahan berat badan ni terlalu ketara pada 3 bulan pertama. Dari segi ambilan makanan biasa saja dengan kambing lain dan kelahiran lepas adalah tunggal. Jadi, saya menjangkakan kelahiran kembar dari kambing bernama maharani. Wallahua'alam, nak ba ultrasound mana mampu. Hehe. Agak2nya berat prepartum boleh cecah berapa? Takut juga risiko pregnancy toximia atau ketosis sebab terlebih amakan semasa hamil. Monitor2

Kambing 2: Lebam

Nama lebam sebab ada black ring pada kedua2 mata. Spontan panggil kambing ni lebam. Anaknya ninja sebab muka macamninja. Kahwin pada 20 julai 2012, jadi tarikh lahir anak munkin sekitar 18 disember. Berat badan semasa mula bunting ialah 20kg, sekarang dah 3kg. Normal ni, mungkin anak tunggal, wallahu'alam, Akan monitor perkembangan.

Kambing 3: Bonda

Berat awal kehamilan 23kg, sekarang dah 26kg. Mungkin anak tunggal juga. Dijangka lahir disember,

Kambing 4: Tompok

Badan dia bertompok coklat cair, berat semasa mula hamil 20kg, dijangka lahir pada pertengahan disember. Sekarang ni berat semasa selepas 3 bulan hamil adalah 26kg. Adakah anak kembar juga. Wallahu'alam. Kita monitor perkembangan semasa.

Jadi dari amklumat diatas, saya ada pilihan untuk ubah diet kambing berdasarkan keperluan individu. Kita lihat hasilnya disember nanti insyaallah jika ada rezeki, lahir sihat dan kuat. Jika tidak mungkin gugur atau macam2 lagi. Kepada sesiapa yang pernah monitor berat kambing semasa mengandung dan kuantiti anak atau litter size boleh kongsi2 info. Adakah pertambahan berat berkadar langsung kuantiti anak dilahirkan? Majulah penternakan kambing Malaysia. Amin

Tuesday, October 9, 2012

Kambing Bunting dan Pelet Baru

Assalamu'alaikum Wrmbth, Bismillahirrahminirrahim. Alhamdulillah, masih ada idea nak menaip pengalaman yang dipelajari menjaga kambing kampung kacukan ni. Seperti enntri saya yang lepas, kami berjaya dapatkan pelet kambing yang rumusannya lebih cekap untuk menggemukkan kambing. Terima kasih kepada saudara Alwi kerana berkongsi ilmu. Pelet kambing yang ini mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi berbanding pelet persahabatan 5811.

Bialahkan bila dapat sesuatu alat mainan baru memang gatal tangan nak berikan pada kambing2 peliharaan. Dan dari situlah ilmu baru dipelajari, pening juga cabaran yang dihadapi ekoran penggunaan pelet 5180 ni.

Jadi, sekarang ni saya dah ada dua jenis peet atas kandang, 5811 dan 5180. Semua kambing atas kandang dah biasa makan 5811. Jadi, apanila saya berikan pelet baru 5810 pada kambing jantan dan betina tak bunting.. Kambing jantan dari Bidor Perak ni mungkin dah biasa makan disana jadi takda masalah membiasakan diri. Tinja macam biasa seperti coklat cip. Kambing betina dara pun pada mulanya jual mahal nak makan dedak baru ni (bau dia ada ala2 pedas sikit.. ) tapi selang 2 hari laju je makan. Menjilat2 bekas makanan. Alhamdulillah tiada masalah penghadaman juga, semua keluar choclate chip.

Geng2 bunting ni bila tengok kawan2 jantan dan dara makan pelet brand baru terus jeolous dan masing2 berdiri dengan 2 kaki minta sekali. Hari pertama saya tak bagi, tidak juga pada hari kedua. Namun oleh kerana muka sekupang yang ditonjolkan mereka, tak pasal2 juga saya bagi rasa sebekas dua. Perghh.. masha Allah boleh tahan laju pelahap. Kawasan meragut saya tak besar jadi bagi membekalkan khasiat protein dan karbohidrat yang mencukupi, saya bagi supplement pelet dalam kuantiti minima lagi. Kos makan harian masih bawah 30sen/ekor.

Pagi esok, alangkah terkejutnya saya melihat 2 ekor kambing bunting 3 bulan ni cirit (dari rekod kahwin). Saya ada 2 pengalaman lampau yang pahit dengan kambing bunting cirit birit semasa bunting ni. 2 kes sebelum ini melibatkan kambing bunting berakhir dengan anak lahir tak cukup bulan dan ada pula yang gugur. Siren kecemasan menandakan tindakan pantas perlu diambil. Telefon sana sini baca sana sini untuk penyelesaian terbaik. Dalam kalut2 ni ku panjatkan doa pada ilahi, supaya Allah swt selamatkan kandungan kambing2 bunting ni (anak tak selamat, ibu pun terjejas sama). Akhirnya, saya buka rekod peribadi kambing2 ni dan melalui rekod ubat cacing telah diberikan 1 bulan yang lepas, dan hasil pembacaan dan rujukan ada menyebut bahawa pertukaran makanan mengejut boleh membuatkan kambing cirit birit.

Langkah pertama, hentikan pemberian semua pelet dan bijiran. Diet tukar penuh pada tumbuhan hijau. Selepas tu kita monitor perkembangan. Selepas sehari, masih cirit lagi dan kambing bunting ni dah mula duduk2. Hmm.. tanda kurang baik ni. Paling risau jika kambing terhidrasi. Hasil pembacaan dan rujukan ada menyebut pemberian vitamin B kompleks dapat membantu sedikit sebanyak pemulihan kambing cirit.

Alhamdulillah, pengalaman lampau yang positif merawat kambing polio menggunakan vitamin b kompleks (bahan organik ya.. sumber sintesis ni buang masa je)  mendatangkan manfaat pada hari ini. Dos 5cc untuk kambing dewasa dan selepas sehari Alhamdulillah semua pulih kembali. Coklat cip kembali bertaburan.

Kambing dan kandungan selamat alhamdulillah. Selepas ini harap berhati2 dengan pemberian makanan baru kepada kambing bunting. Dari pengalaman ini, memang benar rekod ternakan memberikan bantuan penting semasa kes kecemasan seperti ini.

Alhamdulillah juga kambing saya yang menghidap polio kambing aka polioecephalomacia telah puilih sepenuhnya. Sudah selamat meragut di bawah seperti kambing lain dan masih dalam proses pemulihan berat badan. Boleh rujuk post saya yang lepas di bawah.

  1. POST KAMBING DAN POLIO
Semoga perkongsian tak seberapa ini dapat membantu sedikit sebanyak jika perkara yang sama berlaku di kandang anda. Wallahu'alam

Monday, October 1, 2012

Kambing dan Polio 3

Assalamu'alaikum Wrmbth, segala puji bagi ALlah swt, hari ini selesailah sudah kes polio kambing di kandang kambing saya. Dialah yang mengirimkan penyakit ini dan Dia jugalah yang menyembuhkan kambing ini dari penyakit yang secara statitisknya membawa kematian kepada 80% kambing yang menghidapnya. (Angka ni boleh cari di internet).
Lepas ni kami pam kambing ni semula dengan makanan. 2 kg berat hilang

Secara kesimpulannya, polio kambing ini mengambil masa 3 minggu untuk pulih. Dalam tempoh masa 3 minggu ini, hari2 makanan dan minuman perlu diberi melalui tiub. VItamin B1 juga perlu diberi 2 kali sehari melalui suntukan intramuscular. Memang banyak sumber tenaga, wang ringgit dan masa habis tetapi alhamdulillah banyak belajar dalam masa 3 minggu ni.

Rujuk Semula post saya
  1. Kambing dan Polio
  2. Kambing dan Polio 2

Minggu pertama kebolehan kambing berdiri dan berjalan sembuh.

Minggu kedua kebolehan untuk bertindak balas pada keadaan sekitar kembali. Deria pendengaran dan menghidu pada minggu kedua.

Minggu ketiga, barulah kambing ni boleh melihat semula. Ya, 3 minggu baru melihat semula. Dan kebolehan yang akhir sekali pulang adalah makan dan minum.

Alhamdulillah, setelah penat mencari dan mencari pelet kambing 5180, akhirnya hari ni dapat juga bekalan pelet penggemuk ni. Insyaallah, ilmu yang penternak seperti alwi kongsikan kami akan cuba amalkan. Knowledge is power tapi itupun kalau kita amalkan. Barulah beroleh buah dari pohon pengetahuan.

Saturday, September 29, 2012

Kambing dan Malaysia

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Malaysia hujan sepanjang tahun..
Ironinya krisis air berlaku juga kerana suka membazir
 Malaysia banyak tanah untuk pertanian
Ironinya kita banyak import bekalan makanan dan tumbuhan
Malaysia beriklim khatulistiwa dan tak sesuai untuk tanaman 4 musim
Ironinya epal dan anggur boleh ditanam disini. Guna teknik tertentu untuk tipu pokok supaya melalui fasa musim luruh dan sejuk. Lebih pelik orang bukan bumiputra yang banyak berjaya buat
Malaysia banyak tanah untuk penternakan kambing dan lembu
Ironinya sektor penternakan kambing dan lembu banyak diimport dari Thailand dan Australia. 
Malaysia banyak tumbuhan hijau untuk makanan kambing dan lembu
Ironinya kawasan padang pasir lebih sesuai untuk bela kambing dan lembu sebab kering dan banyak parasit. Yang lebih peliknya, kawasan padang pasir kurang air, kambing terpaksa selalu berhijrah untuk cari sumber air untuk hidup. Perjalanan cari air je punyalah susah. Senang ke bela kambing di padang pasir? Atau orang kita saja yang cari alasan untuk tidak maju.
Malaysia ada universiti pertanian sendiri dan banyak graduan veterinar
Ironinya industri penternakan kita tak maju pun
Umat islam harus cemerlang, Hari ini mesti lebih baik dari semalam.. Jangan buang  masa siapa kata kita tidak boleh, kita ada Allah maha kuasa, kita punya kuasa tenaga, doa sebagai senjata, umat islam sentiasa bole 2x

Wednesday, September 26, 2012

Kambing Menuju Wawasan

Assalamu'alaikum Wrmbth, Lagu kegemaran kambing2 saya di kandang. Best2


Monday, September 24, 2012

Kambing dan Keganasan 2

Assalamu'alaikum Wrmbth, selepas hampir sebulan peristiwa berdarah berlalu di kandang saya Alhamdulillah anak kambing jantan saya dah sembuh. Mak cik kambing ganas petak sebelah pun dah insaf.Boleh rujuk KAMBING dan KEGANASAN

Cuma nak kongsi sedikit perkara2 yang boleh dijadikan panduan dan sempadan semasa perkara cemas seperti tersebut berlaku.

Masa pagi kejadian tersebut, memang perkara yang normal untuk panik (kalau belum pernah ada pengalaman, normal ni) Tenang2 dulu, perhatikan keadaan luka kambing dan cuba berhentikan pendarahan. Kambing ni tahan lasak kalau cara jaganya betul. Cara paling bagus untuk berhentikan pendarahan menurut  pengalaman lepas, sapu minyak gamat. Memang cepat pendarahan berhenti.

Lepas tu jangan lupa suntuk antibiotik, kalau ada oxytetracyline dalam simpanan jangan lokek nak guna. AKA terramycin LA. 1cc/kg. Macksudnya kalau kambing ni 20kg maka sukatan dos adalah 2cc. Ini untuk elakkan jangkitan antibakteria, cuma ada kekurangan juga kalau overdose. Hati2 dan cermatlah guna ubat2an ni ya.

Selepas tu asingkan kambing ni dari kawanannya. Kenapa nak asingkan? Masa makan mesti kalah, kena tanduk lagi dengan kambing lain mana nak baik? Stress semasa keadaan macam ni harus diminimakan kerana kita nak elakkan cacing dalam badan ambil kesempatan. Apabila keimunan badan turun mulalah pemberontakan berlaku. Kita sebagai orang islam, patut mengasihani kambing2 ni jadi jangan tambahkan tekanan dengan memukul mereka dan berbelas kasihanlah. Orang barat lebih menjaga hak haiwan tapi anehnya hak manusia terutama orang islam boleh terabai pula. Tapi mereka memang jaga hak haiwan.

Lepas tu perhatikan perkembangan kambing tersebut. Alhamdulillah, kalau BCS kambing tu bagus dan ada simpanan lemak mencukupi memang masa sakit ni simpanan lemak akan banyak digunakan sebagai makanan tubuh. Sakit, mana lalu nak makan. Jadi sekali lagi, kambing anda gemuk dan sihat lebih bersedia untuk menghadapi situasi kecemasan.

Memang kelakar hari tersebut jika diingat semula, ada manusia panik dan buat penilaian drastik.. "Kita sembelih je kambing ni, aku tak yakin boleh hidup... Mulut semua dah teruk tu, melleh2 darah.. ungkin organ dalaman pun dah rosak dan cedera.."Lebih kurang gitulah bunyi insan kalut ni. Hehe.

Tapi Alhamdulillah, kami buat keputusan tepat untuk bersabar dan beri kambing ni peluang untuk hidup. Ternyata semangat juang kambing ni memang tinggi. Hidup dan kacak semula sekarang ni. Cuma, berat turun sikit semasa sakit hari tu (rizab lemak banyak digunakan). Janji sihat, syukur alhamdulillah.