Tuesday, April 24, 2012

Jenis-Jenis Ubi untuk Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, selepas memerhatikan jenis-jenis ubikayu di sekitar kawasan kandang. Ada 2-3 jenis juga dan ciri paling berbeza adalah pada warna batang daun dan bilangan capahan pada daun tersebut. Kaji punya kaji, rupa2nya seperti sahabat kambing kita, Tuan Alwi cerita dalam daun ubi ni ada racun sianida. Adakah pengambilan berterusan selamat pada kambing. Boleh sesiapa kongsikan?

Jenis Ubi Kayu

Pada kebiasaanya terdapat dua jenis ubi kayu yang terdapat di Malaysia.
Ubi tersebut adalah jenis  “pahit” – (mengandungi racun sianid
dalam isi ubi) dan jenis  “manis” –( racun sianid dalam ubi
kurang dan pada tahap selamat dimakan)
Walau bagaimanapun, semua varieti mengandungi sianid dalam semua bahagian pokok. Kebanyakan jenis “pahit” ditanam untuk pemprosesan kanji atau racik kering.
Jenis “manis” pula sesuai dimakan atau diguna untuk produk makanan dan menjadi bahan mentah berguna dalam industri makanan snak (makanan ringan) seperti snak tradisional seperti kerepek, keropok dan opak masih digemari ramai.
Tepung ubi kayu boleh diguna dalam snak moden seperti snak sempritan kerana menjamin kerangupan snak tersebut
Semua pucuk ubi kayu mengandungi sianid; lebih dibandingkan dengan ubi! Sebenarnya, tiada varieti yang selamat dimakan pucuknya. Jadi cara menghilangkan sebahagian besar sianidnya ialah dengan masaknya dengan cara celup dalam air mendidih. Disyorkan makan sekali sekala saja, jangan kerap sangat dan Tidak disyorkan untuk kanak-kanak.

Sumber: http://teknologipertanian.com/2009/12/23/jenis-ubi-kayu/

Friday, April 20, 2012

Hadis Nabi SAW Berkaitan Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Benarlah apa yang disebut Rasulullah SAW. Hari ini baru saya terbaca hadir riwayat imam bukhari ini. Sama-sama ambil manfaat.

Abu Dzar terkenal dengan sikap kritisnya kepada stail pentadbiran Muawiyah ra di Syria dan juga stail pentadbiran Khalifah Uthman ra di Medinah. Bila teguran dan kritikan beliau tidak diterima, beliau lebih suka mengasingkan diri di Rabazah, jauh dari kontroversi. Begitu juga Sufyan atsTsauri yang banyak mengkritik khalifah di zamannya dan bila suasana menjadi tegang, beliau lebih suka berada di sebuah lembah pergunungan yang jauh dari manusia.al-Hadis:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي صَعْصَعَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ أَنْ يَكُونَ خَيْرَ مَالِ الْمُسْلِمِ غَنَمٌ يَتْبَعُ بِهَا شَعَفَ الْجِبَالِ وَمَوَاقِعَ الْقَطْرِ يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنْ الْفِتَنِ
Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Sha'Sha'ah dari bapaknya dari Abu Sa'id Al Khudri bahwa dia berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hampir saja terjadi (suatu zaman) harta seorang muslim yang paling baik adalah kambing yang digembalakannya di puncak gunung dan tempat-tempat terpencil, dia pergi menghindar dengan membawa agamanya disebabkan takut terkena fitnah" (HR Bukhari, no 18)

Sumber: http://bicarathtl.blogspot.com/2012/04/la-tahzan-163-8-oku-boleh-menjadi-hebat.html

Thursday, April 19, 2012

Jadual Makan Kambing Penting

Assalamu'alaikum Wrmbth, Saya selalu dengar masalah kembung pada kambing adalah disebabkan oleh makanan diberikan kaya protein dan rumput basah. Mungkin betul mungkin tidak, Tetapi, hasil pembacaan saya nampaknya memberikan jawapan yang sedikit berbeza daripada pemahaman saya terhadap diet harian kambing.

Kambing adalah haiwan ruminan yang mempunyai 4 perut (Rumen, retikulum, masum dan abomasum) dan didalam perut kambing penuh dengan bakteria yang membantu menghadamkan makanan. Foraj yang dimakan kambing akan dihadamkan oleh bakteria didalam perut sebagai makanan cacing dan pada masa yang sama, makanan tercerna ini akan diserap oleh kambing bagi pembesaran dan lain2.

Jadi, adalah penting untuk kita menjaga kemandirian bakteria ala vitagen ini supaya kambing akan kekal sihat. Salah satu perkara yang membuatkan bakteria ini terjejas ialah dengan mengubah diet makanan kambing secara mendadak. Boleh membunuh bakteria baik ini dan menyebabkan kambing kekembungan. Jadi, hati-hati tuan tuan. Jika hendak menukar diet, pastikan dilakukan secara perlahan2. Terkejut kambing ni nanti.

Untuk rujukan lanjut boleh baca artikel dibawah ini. Sumber: http://fiascofarm.com/goats/feeding.htm

Wednesday, April 18, 2012

Tekanan dan Kambing (Stress & Goats)

Assalamu'alaikum Wrmbth, menurut sedikit info daripada sahabat penternak, faktor tekanan sangat berkait rapat dengan kesihatan kambing anda. Banyak benda yang menyebabkan kambing anda tertekan dan anda patut tahu bagaimana memastikan kesihatan ternakan kambing anda berada ditahap yang sihat. Uishh, bunyi macam kaunselor kambing tapi untuk keberlangsungan projek kami insyaallah akan diambil perhatian.

Sedikit rujukan daripada internet berkenaan tekanan pada kambing

Stress

Reduce stress. Goats don’t handle travel, or changes to their environment or diet very well and can be subject to stress-related ailments. Barking dogs, loud noises, rough handling, and even daily schedule changes can throw their systems off. Illness can also induce stresses in a goat which can complicate treatments and put the animal at further risk for even more health problems. The simplest thing is to avoid the stress to begin with if at all possible. Minimizing the stress factors for your goats will pay you back with improved productivity as well as happier, healthier animals. Sumber: http://www.blackmesaranchonline.com/animals/goat101/getting_started-text.htm
 Perubahan kepada keadaan persekitaran seperti pemindahan kambing ke kandang lain, perubahan diet makanan harian memberi kesan yang tidak harus di pandang remeh. Oleh kerana kami di UMM BARAQAH RESOURCES membiarkan kambing meragut bebas, kesan tekanan suhu (heat stress) perlu diambil kira. Menurut rujukan lanjut, heat stress ialah

Heat stress

Under normal circumstances, livestock are able to maintain their body temperature at a safe range, so long as they have shade and plenty of water.  In extreme heat, they will decrease their grazing time and spend more time in the shade, especially during the heat of the day.  They will graze mostly in the evening and early morning hours.  They should be allowed to rest during the heat of the day. 
While heat stress (exhaustion or stroke) is not very common in sheep and goats in temperate climates, it may occur, especially if stock are handled during the hottest part of the day. Clinical signs of heat stress include continual panting, rapid breathing, weakness, inability to stand, and an elevated rectal temperature (over 105ºF/40.6ºC).  If rectal temperature exceeds 107ºF (41.7ºC), death may occur, as the animal’s cells begin to degenerate.

Shade where they can find itAnimals suspected of being heat-stressed should be moved to a cool, shaded area with good air circulation. The obvious goal of treatment is to lower body temperature. Sheep should be cooled by applying rubbing alcohol to the area between their rear legs.  Besides not being covered with wool, this area has a lot of vascular activity. Wooled sheep should not be sprayed with cool water as this will prevent cooling. Air will not be able to pass through the wetted fleece.
It's okay to spray cool water over other livestock or to spray water over a sheep or goat's woolless areas Other cooling treatments include ice applications, submersion in ice, and cool water enemas. Always be careful to make sure the cold treatment isn't too great a temperature shock to the animal's vascular system.

Heat-stressed animals should be offered ample water and encouraged to drink small amounts. It may be necessary to administer fluids to animals that have become dehydrated as a result of their exposure to extreme heat and/or humidity. Woolly or hairy animals should be sheared as conditions allow.
Apa yang di jelaskan diatas memang padan dengan pemerhatian, memang cahaya matahari baik untuk kambing tetapi adakalanya mereka akan berteduh dibawah pokok semasa panas terik dan jangan lupa bekalkan air minuman yang mencukupi bagi membantu proses pengekalan suhu badan.

Setakat ini kami hanya membela kambing sahaja, dan rupa2nya kambing mempunyai daya tahan lebih daripada biri2 untuk Heat stress ini kerana badan mereka yang berbulu nipis berbanding biri2 yang berbulu tebal. Insyaallah ada kelapangan perkara ini akan dikaji dan pemerhatian lanjut akan dilakukan. Wallahu'alam

Heat tolerance

Some livestock (and people) tolerate heat better than others.  Sheep and goats tend to be less susceptible to heat stress than swine, cattle, llamas, and alpacas. Hair sheep usually tolerate heat better than wooled sheep.  This is why they are often used for training and trialing herding dogs. Fat-tailed sheep are also more heat tolerant. The European sheep breeds are usually the least heat-adaptive because they tend to have shorter bodies and legs, short, thick ears, tight skin, and dense fleeces.
She's tiredGoats tend to tolerate heat better than sheep.  Goats with loose skin and floppy ears may be more heat tolerant than other goats. Angora goats have a decreased ability to respond to heat stress as compared to sheep and other breeds of goats.
Dark-colored animals are more susceptible to heat stress, while light-colored animals may be prone to sunburn. Females usually handle heat better than males. The heat is especially hard on fat animals. Horned animals dissipate heat better than polled (or disbudded) animals.

Young animals are more susceptible to heat stress than older animals, though the geriatric animal is also very vulnerable.  In fact, any animal with a poor nutritional status or compromised immunity will be more susceptible to environmental extremes. Sumber: http://www.sheepandgoat.com/articles/heatstress.html

Ubi Gajah Tidak Baik untuk Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, walaupun daun ubi baik untuk kambing, rupa-rupanya ada satu jenis ubi yang terkecuali iaitu ubi gajah. Sifirnya mudah, kambing tidak akan makan sesuatu yang berbahaya kepada dirinya. Jika kita biarkan kambing lepas meragut, memang kambing tidak akan makan daun ubi ini kecuali sedikit kerana sebab yang tidak diketahui. Ubat adalah baik jika diambil pada dos disarankan tetapi jika terlebih dos akan membawa mudarat.
Jadi, jika kambing anda ingin makan atas pilihannya sendiri, biarkan. Tetapi, jangan petik daun ini dan punggah ke atas kandang untuk sanapan kambing anda. Kambing yang kelaparan akan makan tetapi kesannya boleh membawa maut. Hidrogen sianida akan menggangu bekalan oksigen pada kambing dan boleh baca lebih lanjut. Terima kasih pada Makcik saya dan En Alwi atas maklumat. Hoho..

Kari Daun Ubi Overdose Mimpi Ngeri Cacing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Diet serbuk kari pada kambing kambing masih diteruskan dan minggu ni tambah lagi daun pucuk ubi pada kambing kambing saya. Alhamdulillah, dapat lagi sedikit ilmu baru hasil dari pemerhatian.

2-3 hari ni 1 ekor anak kambing jamnapari mengalami ceret birit, memang sindrom kecacingan dan keadaan nampak tiada berubahan. Jadi semalam saya beri pellet bersama kari overdose. Tambah pula daun ubi kayu. Hari ni pagi-pagi lagi saya lihat tinja kambing dah berubah normal beransur-ansur dan dalam tinja tersebut ada bercampur objek putih. Nampaknya cacing pita, banyak betul kuantitinya. Berlumba-lumba ko keluar ya. Hehe.

Rasakan penangan kari pucuk ubi overdose daripada tuan kambing ni. Hehehe.

Tuesday, April 17, 2012

Ketua Kawanan Kambing aka Leader of the Pack

Assalamu'alaikum Wrmbth, Pemerhatian masih dijalankan seperti biasa tentang perkembangan kambing di kandang yang dibiarkan meragut secara intensif. Memang desperado dan tak ortodoks (risiko memang besar) jadi kena seimbang dengan perhatian lebih. Alhamdulillah, sekarang ni ada sumber rujukan dalam arena perkambingan dan pertukaran ilmu memang berlaku (walaupun ilmu saya tentang kambing sangat sedikit).
kambing aqiqah
Kambing sedang meragut pokok kelapa bali aka sawit dan daun kantan,
 Memang bijak kambing kampung ni di bandingkan kambing baka lain sebelum ni, tahu je mana nak meragut. Kambing tak suka meragut dikawasan sama secara semulajadi.
kambing aqiqah
Habis bunga kantan, tukar kawasan lain pula bawah pokok rambutan. Ketua kawanan adalah kambing kiri tu (betina) dan tengah sarat mengandung Mana dia pergi kambing lain mengikut je.
 Kalau nak senang bawa kambing meragut, nampaknya kena kenal pasti ketua kawanan, bawa ketua kesana insyaallah anak buat akan menurut sama. Ada betul ke tuan2 penternak yang lain?Ini pemerhatian aku je
kambing aqiqah
Rumput memang tebal dan semak, saya standby untuk sebarang kemungkinan kambing sesat (kena kerap buat head count)

kambing aqiqah
Port meragut baru, sebelah kandang. Matahari tengah terik pandai cari kawasan redup ya

kambing aqiqah
Dalam kesibukan kambing kampung sibuk meragut rumput, kambing jamnapari dan anaknya masih bersantai2 bersama anaknya. Memang ada masalah sikap ni. Insyaallah akan ubah lama2 hasil didikan kuku besi dan fear factor
Bila tengok keadaan kambing yang begitu taat dengan ketua mereka ni, teringat ayat alquran yang berbunyi  

“Ketika mereka yang menjadi ikutan itu berlepas diri daripada mereka yang mengikutnya (para pengikut), dan mereka semua melihat azab (keperitannya), dan terputuslah segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah mereka yang menjadi pengikut: seandainya kami mempunyai ulangan (peluang kembali ke dunia) maka kami akan berlepas diri daripada mereka seperti mana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka menjadi penyesalan kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka. (surah al-Baqarah: 166-167).

Tak ubah macam kambing2 ni kan. Hati2 pilih ketua tuan2, di akhirat nanti mereka akan berlepas diri dari kita. Jadi tanggungjawab kita adalah memilih ketua yang adil dan beriman dan jika tidak jumpa persiapkan diri sendiri dengan ilmu dan bekal (peringatan buat diri sendiri). Setiap kita adalah pemimpin dan akan dipertanggung jawabkan atas kepimpinan kita (ketua keluarga, kandang dan lain2). Jangan serahkan nasib kita bulat2 pada orang lain. Wallahu'alam