Alhamdulillah, berkat dorongan rakan2 yang lain menimba ilmu ternak kambing. Makin laju input masuk. Makin banyak kesedaran. Banyak juga pengalaman pahit dan manis.
Dari awal ternak kambing dulu dah dengar cerita tentang silaj. Dalam kursus pen ternak kambing sana sini ada cerita tentang silaj dan EM. Cuma en tah kenapa tak pernah nak buat pun sehinggalah sekarang. Betullah kata orang bijak pandai, buat sendiri tak sama dengan baca dalam buku. Dalam buku macam senang je nak baut silaj ni tetapi janji tuhan itu benar. Dalam susah ada senang. Sungguh dalam susah ada senang. Al Insyirah - Fa inna ma'al usri yusra inna ma'al u'sri yusra.
Kalau silap cara penyediaan EM dan silaj, bukan mendatangkan manfaat malah mungkin bahana pada projek ternak kambing kita. Post ini hanya sekadar catatan peribadi tentang silaj yang pertama kali saya buat. Moga2 ada manfaat pada orang lain yang ada keinginan mencuba.
Saya pergi ke KSVET Klang, tidak jauh dari kandang ternak kambing saya, dan alhamdulillah terjumpa 1liter EM jenama A. Harga dalam +-RM20 sahaja. Demi pengalaman, beli2. Kemudian menurut manual di label botol. bagi tujuan pembiakan EM kepada larutan teraktif. Campurkan 1 bahagian EM(1liter) dengan 1 bahagian Molase(1liter) dan 20 bahagian air tanpa klorin (20liter).
Air tanpa klorin paling memeningkan juga. Tetapi berkat perkongsian Pak Faisal ada 2 kaedah yang praktikal untuk saya. Pertama, air paip dibiarkan semalaman. Kedua, air pair dijemur dibawah matahari selama 2 jam. Risau juga dihati kalau EM mati kerana klorin tidak tersingkir dan akhirnya ternak kambing saya yang mendapat mudarat hasil dari silaj dan EM yang rosak.
Langkah pencegahan supaya klorin disingkirkan sepenuhnya, air dibiarkan semalaman dan keesokan harinya saya jemur di bawah matahari selama 3 jam. Kaedah 1+2 = Dapat Kaedah 3. Bahan2 ini mesti dicampurkan dan disimpan dalam tong kedap udara. Biarkan selama 5 hari dan pastikan tong dibuka setiap hari selama beberapa minit dan ditutup semula untuk membuang gas yang terhasil semasa tindakbalas EM dengan Molases.
Terbukti selepas 5 hari, Buih2 putih kelihatan dipermukaan air peraman. Larutan ini sedia untuk digunakan. Kemudian, bermulalah proses eksperimen sulung penyediaan silaj. Daun2 dan rumput dipotong menggunakan chopper dandi tekan dengan padat kedalam tong kedap udara. Ini bagi memastikan kandungan udara didalam tong dapat diminimakan. Ada 5 fasa berlaku selepas larutan EM bercampur molases dicampurkan kepada rumput didalam tong. Semua penerangan ada dalam artikel sebelum ini. BAIK BURUK SILAJ.
Boleh baca artikel yang bagus itu sebelum mencuba sendiri. Banyak pantang larang boleh dipelajari. Ilmu ternak kambing amat penting bukan. Oleh kerana kekangan masa, artikel BAIK BURUK SILAJ diambil terus dari sumbernya. Memang Authenthic dan tiada penambahan. Lagipun, individu bekerja sendiri tidak punya masa senggang yang banyak untuk menaip artikel yang sangat panjang. Kecuali tahap owner dan foundner mungkin ada pengecualian.
Kemudian, selepas 10 hari saya buka tong kedap udara tersebut dan alhamdulillah berhasil percubaan pertama ini. Kambing2 memang tak suka tapi ini cuma percubaan sahaja. Ilmu dan praktikal sudah ada, Baru boleh nampak kebenaran istilah "Applied knowledge is power".
Tong 250liter. Mungkin lepas ni boleh guna tong kecil. Lebih efektif |
Bau dia memang ala2 tapai. |
Selamat mencuba kepada pen ternak kambing semua. Silaj dapat disimpan lama kerana bakteria seperti LAB menghasilkan asid yang merendahkan pH dan menyebabkan keadaan tidak sesuai bagi bakteria jahat untuk aktif.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteakhirnya brjya jga bt silaj.haha..den pun dh bt EM Activated Solution(EMAS) tu.blik nnti nk try jgak bt silaj..tp utk biri2 la,kmbing den rsa xbrapa ssuai dan amat snsitif cket brbnding dgn biri2.kalu ikut ilmu yg dpt dr intrnet ni elok guna petua 4minggu utk prtukaran mknan.mnggu prtma 75%mknn lma 25%mknn baru,mggu ke2 50%mknn lma 50%mknn baru,mggu ke3 25%mknn lma 75%mknn baru dan mggu ke4 100%mknn baru..
Ok, terima kasih kerasana berkongsi. Aku masih lepaskan kambing walaupun bagi silaj. Saja nak ajar. Mana tahu ada masa kecemasan kena pakai. Contohnya hujan tanpa henti 2 hari.
DeleteSilap haribulan banjir. Memang kena fikir faktor2 macam ni.
Orang bijak zaman dulu kata "sediakan payung sebelum hujan"
Tapi Pembiak kambing punya versi "sediakan silaj sebelum krisis" Hehe
saya pun nak try buat silaj gak. ramuan yang saya sedang fikirkan, rumput + hampas kelapa + dedak kambing + mollasses. ada cadangan guna urea, tapi macam tak berani plak. haha. kambing-kambing saya, nak lepas lama tak dapat, adik balik sekolah baru dapat gembala, dapat sejam pun dah cukup lama. huhu. mungkin ada kaitan dengan ibu reject anak, tak nak menyusu, mungkin sebab tak cukup makan. nasib baik kambing punya adaptability dalam harsh environment cukup power.
ReplyDeletesilaj ni saya nak guna untuk substitute penggunaan dedak 100%. masih guna dedak, tapi dalam portion silaj tu. dedak tempat saya, 50kg, rm38. tengok sedap je kambing makan, bau pun best. tapi kalo dah 100kg seminggu, kopak gak saya. isu gembala & makanan antara isu besar kandang.
nak tanya bro fairul & bro isal, EMAS tu kena activate dulu ek. kalo EM, terus campur dalam silaj, aci tak? balik semenanjung nanti, up jadi je. tak cukup masa. sekarang dok survey kilang-kilang yang ada by product di sekitar tempat saya. ingat nak try buat silaj kulit kopi, indonesia ada buat. kalo jumpa stok kulit pisang yang banyak pun ok gak. hehe.
EM 1 tu bakteria dlm keadaan dorman@tidur tu yg kna aktifkn dulu jdikn EMAS(EM Activated Solution).Den bt EMAS ni sbnrnya nk bt baja tinja kmbg tu n nk bsuh kndg smbil2 tu bleh sembur EM ni..Silaj ni mcm alwi ckpla xssuai utk pembiakan@long term utk short term or emergency feed tu okla mcm Fairul ckp tu..
Deletessah bila msuk bab pmakanan kmbing ni,byak pantang lrang n ilmu kna sntiasa update..btw Ust.Don bleh rujuk..http://puspatani.blogspot.com/2009/08/penyimpanan-foraj-jabatan-perkhidmatan.html
Dorman satu hal, kita nak biakkan jadi banyak dari bekas 1 liter tu. Kalo terus guna dari botol beli, setiap kali nak buat silaj kena beli RM20. Mana kos efektifnya tu.
DeleteBahagian makanan kambing, aku dah belajar dari pengalman pahit. Jangan terlalu berkira dan terlalu cepat. Macam2 boleh jadi, paling sayang kambing gugur dan induk mati. Macam2