Assalamu'alaikum Wrmbth, Kambing dan napier. Dengarnya kambing kampung tak suka napier. Lain pula lidah kambing aku ni agaknya. Awat? Bila lepas makan layar napier pun dia sebat. Tapi melalui pemerhatian, veteren kambing saja yang hebat makan rumput napier ni.
|
Itu dia, makan rumput napier di puncak bukit. Kami mahu yang fresh sahaja Apa barang petik2 ni |
|
Vanilla goat sedang menyantap napier, dah tahap expert ni. Pokok pisang pun habis dia ranapkan |
|
Kawanan kambing sedang menyerang rumput2 napier |
Gaya makan rumput napier paling hebat, makan batang dan daun macam mee segera. Aku baru belajar satu benda penting sebelum lepaskan kambing ni. Dulu, aku bagi makan pelet sebelum turun, mereka banyak main dan berlari2 an daripada makan rumput. Sekarang ni, aku tak bagi makan dan perut kosong.. memekik atas kandang dan masing2 buat skil leg stand minta makan. Baru dilepaskan melayar lumput.
Memang fokus makan saja kat bawah tu. Takda nak main2 lagi. HEHE.. baru korang tahu apa rasanya berpuasa ni. Lepas naik kandang baru bagi pelet sikit. Sumber protein tak cukup di kawasan aku, kalau tak bagi tahap keimunan pada penyakit pun akan turun. Rumput napier ni boleh tahan juga kandungan proteinnya.
No comments:
Post a Comment