Eksperimen Mengkaji hubungan Masa Lepas Ragut dengan Kadar Pengambilan Makanan Semasa Meragut
Subjek2 Kajian hari ini, sedang bersiap sedia untuk dilepaskan melayar padang rumput. |
Tujuan: Mengkaji kadar pengambilan makanan kambing semasa lepas ragut pada tempoh yang ditetapkanNampaknya, insyaallah saya cuba mengambil kira kadar keperluan nutrisi kambing semasa memberi pelet nanti. Sebenarnya, saya lakukan eksperimen ini untuk mengoptimumkan penggunaan makanan tambahan pada kadar yang minima supaya menjimatkan kos. Inilah pentingnya kita menyimpan rekod berat badan dan lain2 setiap kambing. Mungkin kadar pengambilan makanan kambing dikandang anda berbeza, boleh buat perbandingan. Mungkin berbeza bagi kandang lain, Wallahu'alam.
Radas: Penimbang jisim (kg) jenis gantung, tali untuk mengikat, jam randik, kawasan ragut dan 3 ekor kambing
Pemboleh ubah dimalarkan: Kawasan ragutan
Pemboleh ubah dimanipulasi: Selang masa antara ambilan berat
Pemboleh ubah bertindak balas: Berat kambing
Tatacara Ujikaji:
Pemerhatian:
- Kambing di puasakan selama 12jam sebelum berat awal M1 diambil supaya mereka benar-benar lapar dan kosong perutnya supaya berat awat kambing merupakan berat tubuh sebenar
- Berat kambing diambil menggunakan penimbang jisim jenis gantung (kg), sebarang ralat sifar diambil kira sebelum eksperimen.
- Berat kambing diawal eksperimen di catatkan dan kemudian dilepaskan meragut di padang yang sama.
- Kambing dinaikkan semula untuk diambil nilai berat selepas selang masa yang ditetapkan.
- Pertambahan berat badan kambing diambil sejurus selepas kambing dinaikkan keatas kandang dan sebelum diberi minum. (Kambing tidak diberi minum sepanjang tempoh dilepaskan)
- Pertambahan berat badan kambing kambing adalah berat baru selepas selang masa M2 - Berat awal M1
- Pertambahan berat 3 ekor kambing dibandingkan untuk rujukan lanjut.
- Kambing dilepaskan meragut selama 1 jam lagi dan ulangi langkah (1)-(3)
M1=Berat awal M2=Berat selepas 1jam meragut m3=Berat selepas 2 jam meragut
Berat kambing 1: M1=15kg M2=15.5kg M3=16kg
Berat kambing 2: M1=21kg M2=21.5kg M3=22kg
Berat kambing 3: M1=33kg M2=33.5kg M3=34kg
Dapat dilihat pertambahan berat perjam meragut = 0.5kg
Perbincangan:
Kesimpulan:
- Umur kambing digunakan berbeza, 1 tahun, 1.5 tahun dan 2.5 tahun
- Kambing dilepaskan untuk meragut ditempat yang sama supaya foraj yang sama diambil oleh kambing.
- Pertambahan berat badan kambing adalah 0.5kg/jam menurut pemerhatian diatas.
- Keperluan harian kambing bergantung kepada berat badan mereka dan dapat diperhatikan melalui pemerhatian, kadar pengambilan makanan bagi kambing berbeza umur adalah sama tetapi keperluan gizi harian mereka berbeza. Kambing dewasa berkemungkinan mengalami masalah nutrisi jika dilepaskan meragut dibawah kadar keperluan harian mereka.
- Pemberian pelet kambing atau makanan tambahan lain mungkin dapat dipertimbangkan bagi memenuhi keperluan mereka.
Kadar pengambilan kambing pada selang masa 1jam di kandang UMM BARAQAH RESOURCES jika dibiarkan melepas ragut secara bebas adalah secara puratanya 0.5kg/jam
Sebarang kekurangan didalam eksperimen berkait rapat dengan kekurangan radas tetapi bagi kes kami, ia memadai untuk anggaran. Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment