Monday, February 25, 2013

Aduhai AJK Masjid

Assalamu'alaikum Wrmbth, salam kecemerlangan pen ternak kambing semua. Semoga sihat2 belaka. Tuan kambing dan kambing yang di gembala.

Ada satu cerita, pengajaran pada pen ternak kambing semua. Kisah benar masa 2-3 tahun lepas. Mas tu dah dekat raha haji. Hari raya aidil adha. Jadi memang ramaila yang sibuk mencari kambing dan lembu untuk disembelih.

Semasa sedang sibuk ternak kambing dan urusan ladang, ada satu panggilan dari seorang pakcik ni. Nak kambing 7 ekor. Katanya untuk kegunaan masjid. Selaku AJK masjid beliau ditugaskan untuk mencari bekalan kambing cukup syarat untuk korban.

Pada masa tu, banyak kandang ternak kambing tutup. Zaman malap bela kambing. Pak Lah baru digolekkan. Ganti dengan Pak Jib. Jadi sebab kambing susah cari,memang mahal la harga kambing. Lagi2 masa permintaan melebihi barangan.

Inflasi pada harga kambing. Ramai ambil kesempatan. Terutama pen ternak kambing la. Masa ni nak kumoul dana untuk teruskan hidup. Harga jualan kambing saya biasa2 je, lagipun jual dengan Masjid. Orang nak buat korban.

Dengan harga yang diusulkan dari saya untuk 7ekor kambing tersebut. Pakcik ni pun setuju. Semua berjalan lancar. Sehinggalah keesokan harinya. Semasa saya sibuk men ternak kambing di kandang. Tiba2 ada panggilan daripada pakcik ni.

"Assalamu'alaikum, Dik. Kambing hantar 1 hari sebelum raya ya. Oh, lagi satu. Resit nanti tolong kosongkan bahagian harga ya." Katanya lagi

"Maaf Pak cik, perkara tersebut melanggar polisi syarikat. Saya tak dapat penuhi permintaan anda" Balas saya.

"Tak boleh pun tak pa, saya tanya saja. Resit saya buat sendiri" Balas pak cik ni lagi.

Dapatkah anda tangkap intipati permintaan pakcik tadi? Ya, pakcik tersebut menggunakan peluang tersebut untuk mengaut keuntungan atas tanggungjawabnya. Walaupun jawatan tersebut melibatkan agama.

Kemudian saya susuli dengan sms berbunyi seperti ini "Insyaallah, Allah swt akan membalas jasa baik tuan atas usaha anda untuk kambing korban"

Pakcik tersebut menganggap sms saya benada sindiran. Lalu marahlah dia dan menelefon saya dengan nada marah. "Saya ni orang meniaga, Awak jangan pandai2 nak nasihat saya"

Mark up harga pada situasi yang tak patut. Jadi tuan tuan. Berhati2 lah menerima amanah. Imam ghazali rahimullah

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya,  Soalan pertama;

"Apa yang paling dekat dengan diri kita  di dunia  ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru,  teman, dan kerabatnya.

    Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.  Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT  bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

   Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.

    "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid -muridnya ada yang menjawab negara  Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang.

    Lalu Imam Ghazali menjelaskan  bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.  Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap  kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang  dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.

    "Apa yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi,  dan matahari.

    Semua jawapan itu benar kata Imam  Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179)  Maka kita  harus hati-hati dengan nafsu kita,  jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah,

    "Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah.

    Semua jawapan hampir benar, kata Imam  Ghazali, tapi yang paling berat adalah "Memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika  Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.  Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.


Pertanyaan yang kelima adalah,

    "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada  yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan.

    Semua itu benar kata Imam  Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat,  gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan keenam adalah,

    "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...

    Benar kata  Imam Ghazali,  tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia  dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Amanah berat untuk ditanggung. Akhirnya pakcik tersebut meneruskan juga tempahan kambing dari kami. Yang penting kami tidak bersubahat.

Saya akan berehat mengemaskini blog ini dalam jangka masa yang lama. Atas sebab2 peribadi. Saya doakan anda  semua berjaya dalam setiap yang dilakukan. Majulah pen ternak kambing Malaysia. Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment