Tuesday, January 29, 2013

Peringkat Pendidikan Nabi SAW

Assalamu'alaikum Wrmbth, Salam kegemilangan pen ternak kambing semua. Ilmu umpama ikan yang licin, maka tambatlah ia dengan tulisan. Itulah pesan orang berilmu dalam menuntut ilmu. Baru2 ini ada sesi majlis ilmu di Radio IKIM fm Slot Ibrah 21 januari 2013 oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman. Penceramah tersebut dalam satu soalan menerangkan tentang satu perkara yang sangat bermakna bagi saya. Mengenai pendidikan yang telah diterima oleh Rasulullah SAW hasil dari perjalanan hidup yang ditentukan oleh Allah SWT.

Para pen ternak kambing semua. Rasulullah SAW telah dilahirkan tanpa bapa baginda disisi kerana Allah swt lebih sayangkannya. Kemudian, ibu baginda SAW telah menghantarnya telah menghantarnya ke kawasan pedalaman untuk hidup bersama masyaraka arab badwi yang rata2 hidup sebagai penternak dan penggembala kambing.

Para sahabat pen ternak kambing, telah menjadi adat mereka di Mekah untuk menghantar anak2 mereka kel kawasan pedalaman semasa kecil kerana persekitaran yang lebih bersih. Rasulullah SAW telah dibesarkan oleh keluarga Halimatus Sa'diyah. Keluarga beliau telah menyaksikan banyak perubahan baik. Kambing2 yang dulunya kurus telah menjadi berisi dan mengeluarkan susu kambing yang banyak. Keperluan mereka sekeluarga telah mencukupi sejak baginda SAW berada disana.

Para pen ternak kambing semua, menurut penjelasa ustaz tersebut lagi Nabi Muhammad SAW telah menggembala kambing seawal usia 6 tahun. Ditekankan lagi oleh ustaz, Baginda bukan seorang penternak kambing tetapi PENGGEMBALA. Perbezaan tugas gembala dengan pen ternak kambing sangat jelas tetapi sering disalah fahami oleh orang lain. Penggembala tidak punya kandang tetapi penternak punya. Tugas gembala adalah memastikan kambing2nya pergi dan balik ke kandang dengan selamat.

Para penternak kambing semua, menurut penjelasan ustaz tersebut kambing adalah makhluk yang sangat degil. Tidak seperti unta. Unta adalah haiwan yang sangat taat dan setia berkumpulan. Jika seekor berdiri yang lain akan bangun juga. Jika seekor duduk, yang lain akan turut serta. Tidak seperti kambing yang suka berpecah dari kumpulan dan sukar digembala. Tanpa seorang gembala yang amanah, pasti akan ada kambing yang keluar dari kumpulan dan hilang dari kawanan.

Para penternak kambing semua, tugas gembala adalah memastikan kambing selamat, tidak keluar dari kawanan dan mengenalpasti kawasan ragut rumput yang sesuai untuk kambing gembalaan. Melindungi kambing dari serangan haiwan liar. Sangat besar didikan ini kepada Baginda Nabi SAW.

Kemudian, Allah SWT telah memanggil ibunda Baginda SAW ke hadrar ilahi dan Nabi SAW dijaga pula oleh Datuknya Abdul Mutalib ketua bagi Bangsawan Quraish. Datuk baginda amat sayangkan cucunya yang yatim piatu itu. Pada fasa dan usia yang sangat muda, Nabi Muhammad SAW telah pun bergaul dengan golongan pemimpin dan orang yang berusia. Pengalaman ini menjadikan baginda SAW seorang yang matang kerana pemuka2 quraish ini adalah orang2 yang memberikan pengaruh yang baik pada aspek kepimpinan.

Setelah itu sahabat2 pen ternak kambing  datuk baginda telah meninggal dunia dan baginda dijaga pula oleh bapa saudaranya yang juga individu berpengaruh dalam kalangan orang quraish iaitu Abu Talib. Baginda telah dilatih dari kecil untuk berniaga dan memahami selok belok perniagaan daripada pengalaman berdagang menemani rombongan dagang ke seluruh jazilah arab. Menurut maklumat yang diberikan ustaz, Baginda Muhammad SAW telah berdagang selama lebih kurang 28 tahun.

Sahabat2 ternak kambing semua, tak kenal maka tak cinta. Semoga dengan sedikit perkongsian yang didapati dari majlis ilmu dalam talian radio mendatangkan rasa cinta pada baginda SAW. Sangat2 berharap dapat bersamanya diakhirat kelak. Amin

Saturday, January 19, 2013

Kisah Sahabat Nabi SAW dan Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Salam kejayaan kepada pen ternak kambing semua. Semoga kita penuh positif membesarkan dan membiakkan makhluk Allah yang banyak kerenahnya iaitu kambing yang lasak dan prolifik. Masyarakat Arab secara tradisinya banyak menternak kambing. Ini tidak mengejutkan kerana keadaan yang panas dan kering ini tidak sesuai untuk parasit hidup dan menguntungkan kambing2.

Pun begitu, kesukaran mencari punca air dan sumber ragutanmenyebabkan mereka menggembala kambing2 mereka ke kawasan gurun yang berbahaya. Haiwan liar seperti serigala dan berbisa seperti kala jengking banyak terdapat disana. Tidak seperti men ternak kambing di Malaysia, tumbuhan hijau banyak, parasit juga banyak.

Sirah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda banyak menyebut kambing dalam kehidupan seharian mereka. Antara yang paling awal diketahui saya adalah berkaitan dengan ibu susu baginda SAW. Nama beliau Halimah As Sa'diyah. Berikut adalah kisahnya dan sedikit kaitan dengan kambing peliharaannya. Kisah yang saya ambil dari blog lain untuk tatapan pen ternak kambing semua.

HALIMAH As-Sa’diyah, dari Bani Sa’ad bin Bakr, menumpahkan kasih sayang yang tinggi kepada Nabi Muhammad, sejak baginda kecil lagi. Sebagai ibu susuan Rasulullah, wanita salihah Arab itu, gigih mengajar baginda bertutur sehingga fasih, melatih baginda berjalan di padang pasir dan mengurus mandian serta membesarkan baginda.

Amalan ibu susuan adalah lumrah di kalangan bangsa Arab sejak dulu sehingga sekarang. Tradisi itu adalah sebagai langkah menjauhkan anak-anak Arab daripada menghidapi penyakit yang biasa merebak dalam keturunan asal. Kesannya, bayi mempunyai tubuh lebih kuat, otot lebih segar dan dapat bertutur bahasa Arab dengan lebih fasih.

Rasulullah terpaksa dipelihara oleh ibu susuan kerana bondanya Siti Aminah, kekeringan susu disebabkan terlalu sedih di atas kematian suaminya, Abdullah, ketika Nabi masih dalam kandungan. Semasa Halimah mula-mula dipertemukan dengan Rasulullah, sinar cahaya anak yatim yang mulia itu, telah melembutkan hatinya. Allah telah menumbuhkan di dalam hatinya, rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah yang menjadikan beliau tabah membesarkan anak itu dengan penuh kesabaran.

Pasangan suami isteri Halimah dan Al-Harits bin Abdul Uzza, adalah pasangan yang berpegang kuat kepada agama dan mempunyai kedudukan yang dihormati dalam masyarakat. Menurut riwayat, Halimah menerima Nabi Muhammad sebagai anak susuannya selepas dinasihatkan oleh suaminya, yang mahukan isterinya menyusui baginda dengan harapan Tuhan akan memberikan mereka kebaikan.

Sebaik saja Halimah memangku Muhammad di atas ribanya, payu daranya terus menitis susu, lalu diminum oleh baginda sehingga kenyang. Beberapa saudara susuan baginda yang lain turut dapat meminum susu itu sehingga hilang lapar.

Justeru, Nabi Muhammad mempunyai beberapa saudara susuan terdiri daripada anak-anak Halimah As-Sa’diyah, termasuk pakciknya, Hamzah bin Abdul Mutalib dan anak pakciknya, Abu Sufyan bin Al-Harits bin Abdul Mutalib. Lain-lain saudara susuan nabi yang lain ialah Abdullah bin Al-Harits, Anisah binti Al-Harits, Hudzafah atau Judzamah binti Al-Harits, yang nama panggilannya ialah Asy-Syaima’.

Apabila umur nabi genap dua tahun, baginda terpaksa diserahkan kepada keluarganya semula. Namun, Halimah As-Sa’diyah begitu berat untuk berbuat demikian lalu memujuk Siti Aminah supaya dibiarkan baginda membesar di bawah jagaannya. Dengan hati yang amat berat, Siti Aminah menuruti permintaan Halimah As-Sa’diyah, walaupun beliau tahu akan menanggung penderitaan dan kerinduan di atas pemergian anak lelaki kesayangannya itu.

Halimah As-Sa’diyah berkata, berlaku beberapa perkara ajaib sepanjang beliau menjaga Nabi Muhammad. Antaranya, unta kurus yang membawanya ke rumah Siti Aminah semasa hendak mengambil nabi, tiba-tiba sihat dan penuh dengan susu.

Begitu juga, kambing peliharaannya yang sebelum ini tidak begitu membiak, secara tiba-tiba menjadi sihat dan mengandungi banyak susu. Malahan, anaknya sendiri, Abdullah, yang sering menangis kerana tidak cukup menyusu, akhirnya kekenyangan. Payudaranya dipenuhi dengan susu dan ini membolehkannya menyusukan Nabi Muhammad dan Abdullah secukup-cukupnya.

Halimah terus memberitahu, ketika beliau membawa pulang Muhammad, beberapa orang Nasrani Habsyah memeriksa Muhammad dengan teliti dan meminta untuk diserahkan kepada raja mereka kerana menganggap budak itu mempunyai masa depan yang cerah.

“Kemudian datang sekumpulan Yahudi lalu aku meminta pandangan mereka mengenai Muhammad selepas diberitahu mengenai keberkatan dan tuah anak itu. Mereka kemudian berpendapat anak itu patut dibunuh kerana dia anak yatim. Akupun memberitahu bahawa suamiku adalah ayah kepada anak itu lalu Yahudi itu meninggalkan Muhammad,” katanya.

Nama Halimah As-Sa’diyah terkenal dalam sejarah Islam kerana pengorbanannya menyusui serta membesarkan Rasulullah.

Nabi sendiri sangat memuliakan Halimah, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Tufail. Katanya, Nabi pernah ke Ja’ranah pada satu hari dan ketika sedang membahagikan daging, datang seorang wanita Badwi menghampiri baginda. Rasulullah terus membentangkan kain ridaknya dan menyuruh wanita itu duduk. Peristiwa itu menyebabkan Abu Tufail ingin tahu identiti wanita itu, lalu dijawab orang ramai “Itulah ibu susuan Nabi.”
 Semoga cerita ini dapat menaikkan semangat pen ternak kambing menggembala kambing masing2 dengan lebih bersemangat. Link asal kisah ini : http://nicenizar.wordpress.com/2011/02/27/keajaiban-membesarkan-rasulullah-s-a-w/  Hehe, alangkah beruntungnya anda kerana mendapat peluang yang sama di tarbiyah oleh kambing sepertimana baginda SAW dahulu. Wallahu'alam

Friday, January 18, 2013

Siri Gembala dan Kambing 1

Assalamu'alaikum Wrmbth, semakin lama men ternak kambing dan hidup di kalangan mereka. Semakin banyak pengalaman lucu dan menduga kesabaran. Semalam ahad kami di kejutkan dengan cubaan mencuri kambing di kandang. Sedangkan kawasan kandang di kelilingi rumah dan masih siang hari lagi, benar2 tidak disangka.

Hari ini seperti biasa, jam 830 pagi kambing digembala mencari makanan. Anak2 kambing yang belum cukup umur di asingkan daripada ibu yang akan mencari sesuap rumput. Agar dapat ditukarkan oleh mikrob2 didalam rumen kepada zat2 diperlukan tubuh induk kambing. Dari Zat2 inilah susu dihasilkan untuk anak2 mereka yang nakal dan comel. Lumrah men ternak kambing, kambing2 pantang dimanjakan.

Mana tidaknya, sudah beberapa kali didesak agar anak2 kambing diberikan susu botol seperti tahun2 awal kami men ternak kambing dahulu. Dengan tegas aku mempertahankan, anak2 kambing tidak pelu di botol susukan. Kesannya pada kawanan kambing sangat besar. Menjejaskan naluri kambing untuk hidup lasak dan menjadikan mereka mutan yang berevolusi kepada makhluk manja.

Serik sungguh pengalaman tahun pertama dengan segala macam mitos yang dipelajari dari kursus penternakan kambing. Bila difikirkan semula, memang banyak yang kami buat silap diperingkat awal men ternak kambing. Kini, alhamdulillah semua saki baki keturunan kambing peliharaan kami generasi pertama telah dihapuskan.

Usaha untuk memulihkan kambing2 generasi pertama agar kembali menganut fitrah kambing. Bebas meragut, arif dalam pemilihan daun2 disekeliling mereka untuk sumber makanan menemui jalan buntu. Kadar kebergantungan mereka kepada pelet yang telah sebati dalam diet harian mereka membuatkan mereka manja. Seumpama kanak2 obes yang suka duduk dihadapan televisyen tanpa berbuat apa2. Program ternak kambing telah menjadi Program Peliharaan Kesayangan Kambing.

Cukup dengan peluang yang diberikan, habis semua ku sembelih walau mendapat tentangan banyak pihak yang memanjakan mereka. Pada mereka, haiwan kesayangan ini wajar dibiarkan mati daripada disembelih. Atas dasar sayang kononnya. Dengan niat yang padu dan pisau yang tajam. Satu demi satu tumbang di tangan algojo ini.

Tanganku telah basah bermandikan darah kambing2 manja. Kematian yang cepat dan menurut landas islam melalui ilmu yang dipelajari daripada kursus sembelihan halal. Merenung kembali hari2 men ternak kambing yang lalu, terlalu banyak perubahan yang telah dilakukan. Bibit2 kejayaan mula bersinar. Mulut2 yang dahulunya menentang kini beralih arah. Dari humbanan kata2 tentangan kepada kata2 sokongan. Jalan ternak kambing yang dipilih pasti akan membuahkan hasil. Insyaallah.

Melihat kembali jam di paparan telefon bimbit, jam sudah pun menunjukkan pukul 12tengahari. Sudah 3 jam setengah mengembala. Kambing2 generasi baru ini bebas daripada pengaruh kemanjaan. Pernah beberapa kali usaha membotol susukan anak2 kambing dilakukan kembali, namun dengan ketapan bibir yang kemas dan pendirian yang utuh. Anak2 kambing ini memilih jalan semulajadi. Menyusu dari ambing ibunya.

Saat itu, hanya Allah yang tahu betapa syukurnya hati atas ujian demi ujian yang berlaku. Kambing2 ku kini mampu berdiri atas kaki sendiri. Membuat pilihan untuk menjadi kambing. Prom ternak kambing ku insyaallah menjadi. Insyaallah, jika dizinkanmu ya Allah.


Thursday, January 17, 2013

Hadis Sahih WAJIB tahu Penternak Kambing 3

Assalamu'alaikum Wrmbth, Dalam ramai2 pelanggan yang datang ke kandang ternak kambing, majoriti mereka akan bertanya berapa usia kambing aqiqah sebenarnya? Ayuh pen ternak kambing semua siapkan diri anda dengan hadis2 nabi yang sahih. Ia akan membantu anda di dunia dan diakhirat insyaallah.


Hadis Mengenai Usia Kambing Aqiqah:
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا أَبُو الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَذْبَحُوا إِلَّا مُسِنَّةً إِلَّا أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذَعَةً مِنْ الضَّأْنِ
terj:
(MUSLIM - 3631) : Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus telah menceritakan kepada kami Zuhair telah menceritakan kepada kami Abu Az Zubair dari Jabir dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kamu sembelih hewan untuk berkurban, melainkan hewan yang telah Musinnah. Jika itu sulit kamu peroleh, sebelihlah jadz'ah."
Bagi rujukan Pen ternak kambing, Hasil daripada pertanyaan saya pada seorang ustaz, ini adalah sedikit huraian bagi hadis diatas. Istilah haiwan musinnah dan jaz'ah itulah yg keliru. Musinnah, usia biasa, manakala jaz'ah dari baka special, maka boleh setahun atau 6 bulan. Musinah bagi kambing kampung ialah 2 tahun, manakala biri2 impot dan kambing kacukan, mungkin jatuh kpd usia jaz'ah, setahun dan bahkan 6 bulan.

Salam Penternakan kepada Para Pen ternak kambing semua. Ke arah masa depan penternakan kambing Malaysia yang lebih gemilang.

Tuesday, January 15, 2013

Kisah Nabi Daud Sulaiman AS dan Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Salam kemantapan kepada semua pen ternak kambing semua. Memang banyak kisah Nabi Allah yang dapat dijadikan teladan. Salah satukisah yang disebut didalam al quran adalah Kisah Nabi Daud AS dan anaknya Nabi Sulaiman AS mengadili sebuah kes kambing. Memang sarat dengan teladan. Kambing2 memang perosak jika tidak digembala dengan betul.

Sahabat2 Pen Ternak kambing semua, marilah mengambil iktibar dari kisah ini. Allah SWT berfirman dalam Surah Al Anbiya Ayat 76-79 

"Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, di waktu keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman, kerana tanaman itu dirosaki oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu, maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat); dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu. "
Menurut riwayat yang menerangkan ayat diatas Seperti biasanya, Daud duduk dan memberikan keputusan hukum kepada manusia dan menyelesaikan persoalan mereka. Seorang lelaki pemilik kebun datang kepadanya disertai dengan lelaki yang lain. Pemilik kebun itu berkata kepadanya: "Tuanku wahai Nabi, sesungguhnya kambing laki- laki ini masuk ke kebunku dan memakan semua anggur yang ada di dalamnya. Aku datang kepadamu agar engkau menjadi hakim bagi kami. Dan aku menuntut ganti rugi."

Daud berkata kepada pemilik kambing: "Apakah benar bahawa kambingmu memakan kebun lelaki ini?" Pemilik kambing itu berkata: "Benar wahai tuanku." Daud berkata: "Aku telah memutuskan untuk memberikan kambingmu sebagai ganti dari apa yang telah dirosaki oleh kambingmu." Sulaiman berkata: "Allah telah memberinya hikmah di samping ilmu yang diwarisi dari ayahnya -  aku memiliki hukum yang lain, wahai ayahku." 

Daud berkata: "Katakanlah wahai Sulaiman." Sulaiman berkata: "Aku memutuskan agar pemilik kambing mengambil kebun laki- laki ini yang buahnya telah dimakan oleh kambingnya. Lalu hendaklah ia memperbaikinya dan menanam di situ sehingga tumbuhlah pohon-pohon anggur yang baru. Dan aku memutuskan agar pemilik kebun itu mengambil kambingnya sehingga ia dapat mengambil manfaat dari bulunya dan susunya serta makan darinya. Jika pohon anggur telah besar dan kebun tidak rosak atau kembali seperti semula, maka pemilik kebun itu dapat mengambil kembali kebunnya dan begitu juga pemilik kambing pun dapat mengambil kambingnya." 

Daud berkata: "Ini adalah keputusan yang hebat wahai Sulaiman. Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah memberimu hikmah ini. Engkau adalah Sulaiman yang benar-benar bijaksana." Nabi Daud - meskipun kedekatannya kepada Allah s.w.t dan kecintaannya kepada-Nya - selalu belajar kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t telah mengajarinya agar ia tidak memutuskan suatu perkara kecuali setelah ia mendengar perkataan kedua belah pihak yang bertikai.

Huraian Kisah ini saya petik dari Link Ini http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/index.htm#page=kisahnabidaudas.htm  Sama2lah kita menghayati kisah ini wahai pen ternak kambing

Monday, January 14, 2013

Hadis Sahih WAJIB tahu Penternak Kambing 2

Assalamu'alaikum Wrmbth, Sehari selembar benang lama2 menjadi kain. Pen ternak kambing lengkap ilmu dunia akhirat. Lebih2 lagi ilmu akan mengangkat darjat seseorang. Hadis kedua yang patut diketahui pen ternak kambing dalam kariernya dan hidupnya sebagai seorang mukmin.

Dari Samurah bin Jundab dia berkata : Rasulullah bersabda : “Semua anak bayi tergadaikan dengan aqiqahnya yang pada hari ketujuhnya disembelih hewan (kambing), diberi nama dan dicukur rambutnya.” [Shahih, Hadits Riwayat Abu Dawud 2838, Tirmidzi 1552, Nasa’I 7/166, Ibnu Majah 3165, Ahmad 5/7-8, 17-18, 22, Ad Darimi 2/81, dan lain-lainnya
 Berdasarkan pengalaman men ternak kambing dan menerima amanah aqiqah. Memang ada ibu bapa yang sangat berpegang kepada hadis diatas. Nama anak diberi pada hari ketujuh beserta penyembelihan kambing aqiqah atau haiwan korban lain. Semoga sunnah Nabi SAW terus mekar dihati kita. Insyaallah

Sunday, January 13, 2013

Pencuri dan Kambing Liar

Assalamu'alaikum Wrmbth, Salam kegemilangan pen ternak kambing semua. Memang tengah hot isu curi kambing ni. Dan kawasan saya juga dilanda gelombang pencuri kambing. Baru pagi ni saya dengar kandang kambing jiran saya dicuri. Ibu kambing yang sedang bunting. Entah apa la dosa kambing2 tu ya.

Pen ternak kambing semua, semalam petang selepas asar. 4 orang kanak2 belasan tahun bersenjatakan parang telah mengadakan serbuan ke kandang kambing saya. Masa operasi, selepas asar. Modus operandi bergerak dalam kumpulan kecil dan menyamun secepat mungkin.

Semasa kejadian, saya keluar sebentar dan kebetulan keluarga juga ada dirumah. Memang berani mati punya budak2 ni. Datang kandang kambing, panjat pagar dan kidnap 3 ekor anak kambing. Disinilah hikmah Allah nak tunjukkan pada kami. Memang syukur allah temukan dengan kaedah ternak kambing yang betul.

Kambing kami memang dibiasakan liar. Walaupun di ternak kambing secara gembala, naluri semulajadi masih ada. Kami tidak memanjakan kambing2 ini sehingga menjadi binatang peliharaan. Sehinggakan dalam satu kes, kambing2 terlebih manja akan mengikut tanpa soal sesiapa yang datang kekandang. TIDAK, itu bukan dasar ternak kambing kami.

Kambing mesti liar, pandai bawa diri, pandai cari makan sendiri dan jaga diri. Semasa Penyamun kecil datang, oleh kerana kambing2 induk besar2 dan ganas. Sukar di tangkap dan meronta sekuat hari, ditambah lagi dengan jeritan meminta tolong. Perompak2 ini panik dan mencari alternatif, sasaran seterusnya, anak kambing 1 bulan. Sempat juga ditangkapnya 3 ekor dan dicampak keluar kandang.

Anak2 kambing yang tidak biasa dimanjakan, terus menjerit sekuat hati lalu menarik perhatian ahli keluarga dirumah dan bergegas keluar. Menyedari operasi mereka telah dihidu kami, mereka terus membuka langkah seribu. Syukur Alhamdulillah sekali lagi, kami tidak memanjakan kambing dalam program ternak kambing ini.

Tiada loading bay, tiada jalan masuk yang mudah ke kandang, dan tiada kambing manja. Mungkin kerana itu mereka gagal. Pengajaran nya, selepas ini nsyaallah kami akan membela angsa bagi menjaga kandang. Bagi siren kecemasan. Kemudian, kemungkinan membela anjing juga wajar dipertimbangkan dengan serius. Penting dalam memanstikan kelangsungan program ternak kambing ini. Penyelesaian jangka panjang. Bukan kandang kambing saja, rumah2 juga banyak dirompak. Laporan polis telah dibuat.

Apa nak jadi dengan anak bangsa kita yang muda2 ni ya? Muda2 dah sebegini caranya. Jika Allah swt takdirkan saya bertemu mereka semasa men ternak kambing di kandang. Tongkat gembala dan parang saya sentiasa menanti, tak kira usia dan bangsa. Hutan tempat permainanku bersama kambing. Usaha dan Tawakal pada Allah sahaja.


Hadis Sahih WAJIB tahu Penternak Kambing 1

Assalamu'alaikum Wrmbth Pen ternak Kambing semua. Mari kita sama2 belajar dan mengamalkan hadis2 yang ada kaitan dalam usaha ternak kambing. Moga lebih berkat perniagaan kita insyaallah. Bermula dengan 1 hadis, lama2 menjadi banyak. Mari belajar bersama2.

Dari Salman bin ‘Amir Ad-Dhabiy, dia berkata : Rasulullah bersabda : “Aqiqah dilaksanakan karena kelahiran bayi, maka sembelihlah hewan dan hilangkanlah semua gangguan darinya.” Shahih Hadits Riwayat Bukhari (5472)
 Hadis tentang ibadat aqiqah bagi bayi baru lahir. Memang wajib tahu bagi pen ternak kambing seperti kita. Boleh periksa sendiri dari Shahih Bukhary hadis ke 5472. Sunnah aqiqah sudah diterima baik oleh umat islam di Malaysia. Alhamdulillah

Saturday, January 12, 2013

Sunnah dan Sains

Assalamu'alaikum Wrmbth kepada para pen ternak kambing seluruhnya. Semogo cemerlang2 bergemirlapan dan menyinar usaha ternakan anda semua. Doa dan harapan saya kirimkan supaya lebih ramai orang islam berjaya meniaga. Hari ini pasti lebih baik dari semalam bukan. Sunnah dan Sains. Ramai yang memilih diantara dua ini.

Sunnah Nabi Muhammad SAW salah satunya adalah menggembala kambing. Satu subset dari men ternak kambing. Sunnah baginda juga bersedekah. Dan banyak lagi yang tak tersebut umpama bintang dilangit. Banyakkk.. Orang islam sekarang ramai yang ingin kembali kepada sunnah tetapi jika dibandingkan dengan bilangan yang meninggalkannya antara langit dan bumi.

Ironinya, masyarakat barat seperti mengkaji kebaikan yang dapat disebalik sunnah Nabi SAW. Terutamanya dari aspek sains. Contohnya, kenapa jika air yang terendam lalat, jangan dibuang air tersebut sebaliknya dianjurkan supaya mencelup keseluruhan lalat kedalam air barulah dibuang lalat tersebut dan airnya diminum. Pernah dengar tentang ini pen ternak kambing sekalian?

Ada riwayat dari Nabi SAW mengatakan bahawa sebelah kepak lalat mengandungi racun dan sebelah lagi penawar. Selepas dikaji oleh orang barat, didapati bahawa lalat mengandungi sulphur dan pada zaman dahulu digunakan untuk rawatan penyakit secara murah dan efektif. Cuma rasanya lalukah anda untuk minum air yang direndam lalat? Yakinkah anda dengan riwayat ini sebagaimana yakinnya saintis barat wahai pen ternak kambing semua?

Melalui pergaulan dengan golongan elit dan bijak pandai tidak lama dahulu, terutama yang belajar di negara2 penjajah kolonisme, mereka lebih yakin dengan kajian sains dari sunnah Nabi SAW sendiri. Termasuklah dari universiti2 barat yang terletak ditangga teratas seperti Imperial College di UK. Benar2 jelas yang akal yang pintar tidak menjamin pilihan terbaik setiap masa. Sunnah Nabi pasti yang terbaik bukan. Pen ternak kambing seperti kita wajib yakin.

Ceritanya berlaku di meja makan di sebuah hotel 3 tahun lepas, semasa sebuah kursus diadakan. 2 wanita bekerjaya lulusan IC telah makan semeja dengan saya dan orang2 lain. Kami yang jahil dan terbiasa dengan norma yang telah disogokkan oleh orang barat makan main course dahulu dan diakhiri dengan makan buah2han. Umum mempercayai ia baik untuk kesihatan kerana dimomokkan sedemikian rupa. 2 insan ini sebaliknya, mereka mulakan dengan buah dan diakhiri dengan maincourse (hidangan utama). Imbas pen ternak kambing ini.

Dalam hati saya pada ketika itu, "Oh, alangkah bagusnya mereka kerana menghidupkan sunnah nabi SAW" Lalu dengan izin Allah salah seorang dari kami bertanya kepada mereka. "Mengapa kamu makan dengan cara tersebut?". Jawab mereka " Berdasarkan kajian saintis terkini didapati bahawa makan buah dahulu sebelum makan berat (main course aka hidangan utama) akan meningkatkan kadar metabolisme badan untuk menghadamkan makanan". Dikala itu hatiku terdetik, alangkah rugi dan jahilnya kita menolak sunnah dan mengangkat sains. Benar bukan pen ternak kambing semua?

Berapa banyak kajian sains menghasilkan keputusan yang salah. Ingatkah anda pada TRANS FAT, dahulu para saintis mewar2kan bahawa lemak tepu tidak baik dan penyebab utama masalah kardiovaskular seperti jantung dan mereka memperkenalkan trans fat. Tetapi kajian terkini mendapati TRAS FAT jauh lebih berbahaya dari lemak tepu. Dahulu saintis mengatakan sinar radio aktif baik untuk manusia, sehingga di barat mereka menanam radium bersam sayur2ran supaya lebih sihat. Selepas banyaknya kes kanser berlaku barulah mereka mengatakan ianya berbahaya. Fikir2 kan para pen ternak kambing semua.

Kita manusia biasa hanya menyandarkan sesuatu berdasarkan ilmu yang terbatas. Bukan menafikan peranan para saintis dalam perkembangan ilmu dan teknologi. Tetapi ada 2 sumber yang bertembung iaitu sunnah dan sains, yang mana akan anda dahulukan? Pilihlah sunnah Rasulullah SAW. Peringatan kepada diri sendiri terutamanya. Insyaallah hidup akan lebih berkat dan ini ter masuk pada usaha ternak kambing kita.

Orang yang bijak menurut logik dan kajian, tetapi orang beriman dan bertakwa menurut al quran dan sunnah. Walaupun sesuatu perkara yang disebut sunnah nampak dan kelihatan janggal, akan cuba kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Saya dah jumpa ramai orang barat, mereka makan dengan tangan kanan, sesuatu yang kontradik dengan budaya mereka di filem. Anehnya saya juga melihat ramai orang berpangkat tinggi makan dengan tangan kiri dan mereka belajar di barat. Dimanakah kita wahai penternak kambing sekalian?

Friday, January 11, 2013

Garam Jilat Ternak Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Entri ini sekadar rekod pribadi saya sendiri dalam men ternak kambing. Sudah banyak kali membeli garam jilat ternakan etapi asyik terlupa komposisi garam tersebut. Sebelum ini saya menggunakan mineral block keluaran turki dan hasilnya alhamdulillah.

Harga satu blok 3kg garam jilat ternak kambing (sebenarnya untuk haiwan lain juga boleh) adalah RM10 manakala bagi jenis yang lebih mahal sedikit iaitu SELCO juga keluaran syarikat dan negara yang sama adalah RM15. Apa yang membezakan kedua2 jenis garam jilat ini adalah SELCO mempunyai kesemua unsur MAKRO dan MIKRO mineral yang diperlukan kambing.

Cuma ada 3 jenis vitamin yang tidak diperlukan pun sebenarnya dalam garam jilat iaitu vitamin A, D dan E yang banyak manfaatnya pada program ternak kambing. Sekadar pengabur mata saja supaya pengguna membeli produk yang lebih maak ini kerana ia mudah teroksida apabila terdedah kepada persekitaran. Jadi, kemungkinan besar walaupun ia ada dalam kandungan tetapi jika tidak kena cara penyimpanannya maka ia akan teroksida sebelum sempat digunakan kambing. Ini menurut pemahaman saya. Mungkin salah.

Berikut adalah komposisi mineral dalam garam SELCO ini.
Kalsium 11000 mg
Phosphorus 5000mg
Sodium 3675124mg
Magnesium 108300mg
Mangan 8500mg
Kobalt 130850mg
Selenium 400mg
Iron 300mg
Selain 2 lagi unsur yang tidak dapat diterjemahkan dari bahasa turki ke inggeris.

Thursday, January 10, 2013

Kebajikan Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, sslam kehebatan dan kemantapan para pen ternak kambing semua.

Ini ada satu cerita, cerita benar punya. Kalau baik boleh ikut ikut, kalau tidak jadikan sempadan.

Saya ada kawan pen ternak kambing, adalah dalam 3-4 tahun men ternak kambing. Atas kandangnya ada kambing kampung dan biri2.

Kawan pen ternak kambing saya ni buat dua2 breeding dan trading. Majoriti operasi adalah trading.

Memang ramai orang beli kambing aqiqah dari kandangnya. Walaupun baru 3-4 tahun dah 4-500 ekor kambing aqiqah dijual. Memang pen ternak kambing yang pandai meniaga alhamdulillah.

Dalam menjalankan aktiviti trading, keadaan kebajikan kambing agak terabai. Rasanya bukan dia saja, nampak juga 2-3 hamba allah sebegini.

Kaasihan kambin2 tu. Makan dedak tak cukup, serba serbi kekurangan. Moga2 kandang kambing saya tak begitu. Moga kambign2 semua gembira jadi kambing.

Puas orang2 sekeliling menasihati, namun tidak diendahkan. Walau jualan banyak, apa yang dapat diperhatikan ialah ahli keluarganya sering tak sihat. Benarlah nampaknya, what you give you get back.

Mungkin jika dia jaga kebajikan kambing2nya dengan lebih baik, ahli keluarganya juga akan sihat. Wallahu'alam.

 Bila terjadi bala, orang islam akan sabar dengan ujian, orang kafir akan menangis dan meratap dengan bencana dan ahli sains akan menkaji hukum sains disebaliknya. Pokoknya, dimanakah kita pen ternak kambig sekalian? Wallahu'alam. Tepuk dada tanya selera

Tuesday, January 8, 2013

Kualiti dan Kos

Assalamu'alaikum Wrmbth, Apa khabar para pen ternak kambing semua. Moga kambing2 sihat belaka digembala. Banyak exercise kambing sihat dan tuan pun tersenyum juga.

Ramai yang ternak kambing secara bersendiri. Ada juga yang menjalankannya secara perkongsian. Apa pun caranya, ada kemudahan dan kesenangan dalam tiap2 kes. Tentu pern ternak kambing semua ada cerita tersendiri berkenaan ini.

Contohnya bagi pen ternak kambing solo, sewaktu tidak sihat tiada siapa pun yang dapat menggantikan tempat kita menjaga kambing. Mahu tak mahu di gagahi juga agar kambing tidak sakit. Lainlah anda banyak duit, boleh upah pekerja.

Bagi yang berkongsi seperti saya dalam men ternak kambing, macam2 perangai manusia kita akan jumpa. Boleh tahan juga menguji kesabaran sebagaimana melihat kerenah kambing2 di kandang.

Dulu semasa belajar, ada suatu prinsip dalam kualiti di utarakan oleh seorang yang terkenal dalam bidang kualiti. Dr Deming. Beliau mengatakan, cara paling menjimatkan kos adalah melalui kualiti kerja. Memang relevan juga dalam bidang ternak kambing ini.

Contoh yang saya bawakan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, mungkin tidak bersesuaian dengan pen ternak kambing yang lain. Moga ada pengajaran. Orang bijak adalah mereka yang belajar dari pengalaman orang lain.

Semasa awal2 men ternak kambing, kami telah menggunakan kaedah ragut bebas + pelet sebagai supplement. Pada pendapat saya yang mentah dalam bab ini namun berpaksikan kenyataan Dr Deming, Kualiti tetap di hati. Kambing digembala selama beberapa jam di bawah memakan foraj hijau dan sebagainya.

Bagi ibu2 dan induk2 berpotensi telah saya berikan mereka pelet sebagai langkah keselamatan mencegah keguguran dan memastikan BCS 3-3.5. Maklumlah, guna pelet pasti akan ada kos tambahan. Alhamdulillah, dengan kuantiti pelet yang sedikit sahaja tiada kes keguguran dan kambing2 sihat wal afiat. Memang seronok ternak kambing macam ni.

Rakan kongsi saya berlatar belakang perakaunan. Beliau memang dilatih untuk menjimatkan kos.Pada beliau tindakan saya tidak wajar. Membazir dan menyebabkan pengaliran wang keluar. Menurut perkiraan saya, kos makan gembala+pelet dan upah menjaga pada keadaan terbeut pada RM0.30 seekor sehari. 30sen sahaja. Satu benchmark di tetapkan oleh seorang pen ternak kambing lain.

Akhirnya, saya akur dan batch kambing pertama lahir dengan cemerlang. Hampir kesemua induk melahirkan anak kembar. Boleh dikatakan 80% kembar. Jadi, tiba musim mengawan dan kambing2 pun menjalankan program yang memastikan kemaslahatan spesis terlaksana. Bagi menangani kekurangan zat disebabkan oleh ketiadaan pelet. Kambing2 di lepaskan lebih masa. Digembala lebih masa. Alhamdulillah, kambing2 tiada yang gugur. Memang penat juga menjaga kambing mengembala lebih masa. Namun usaha ternak perlu diteruskan.

Selepas penggunaan pelet digantung, kos sehari kambing jatuh pada RM0.20. Pada orang akaun ini satu kehebatan. Penjimatan kos dan kejayaan. Mantop dan cemerlang. Sehinggalah suatu hari, saya cabar beliau menggembala kambing. Masuk hari keempat kambing2 berlumba2 keguguran. Memang best, satu2 kambing gugur. Daripada usia janin, 4.5 bulan (hampir bersalin - anak kembar dan besar. Memang cukup sihat) kepada usia janin 1 bulan. Memang terkejut beliaun, tak sangka semudah itu merosakkan program breeding dalam ternak kambing.

Kambing terus gugur. Masuk 4-5 ekor gugur barulah jelas dimata sanubari beliau, memang mudah menjimatkan kos tetapi kesan jangka panjang dan pendek memerlukan lebih banyak kos. Termasuk ubat2 tan dan lain2 keperluan untuk menjaga kambing gugur. Uri tak keluar dan sebagainya. Akhirnya bukan pengurangan kos yang dicapai tetapi sebaliknya. Senang bukan cara mengajar mereka yang bermain nombor termasuk dalam hal2 kesihatan kambing dalm ternak kambing.

Kini, pelet kembali digunakan. Setelah begitu banyak kehilangan nyawa untuk harga sebuah kemerdekaan. Kemerdekaan dari belenggu terikat pada kos minima. Seperti yang pernah saya petik dari buku Anthony Robin dahulu " often those who damage the company were rewarded due to their short term solution that minimize cost" lebih kurang gitulah bunyinya.

Apa yang pernah berlaku di kala saya masih bergelar seorang pemakan gaji di syarikat multinasional berulang lagi, Seorang staf pakar berpengalaman lebih kurang 30 tahun yang mempunyai pengalaman luas dalam bidangnya, disokong oleh kelulusan dan sijil2 pengesahan kemahirannya dari badan bertauliah, dan banyak lagi dinafikan kepakarannya oleh orang2 bidang2 pengurusan dan perakaunan. Menyebabkan impak negatif yang serius di kemudian hari dan kerugian yang sangat banyak. Belum kira pencemaran alam sekitar lagi. Salah satu peristiwa yang membuka mata saya dan masuk ke bidang ternak kambing.

Apabila duit dan kos sahaja yang menjadi pertimbangan hilanglah kewarasan dan berleluasalah kerosakan.

Kita ternak kambing ni melibatkan nyawa. Walaupun nyawa seekor kambing, adakah berbaloi dengan wang ringgit. Jika kita melayan mereka hanya dengan nilai yang mereka bawa (wang ringgit), maka mereka juga akan membalasnya dengan nilai yang setimpal. :) Beware


Monday, January 7, 2013

Salad Jungle untuk Kambing Ternakan

Assalamu'alaikum Wrmbth Pen ternak kambing semua. Sambil2 mengembala kambing dan menunggu benih indigofera sampai dari Filipina untuk ditanam sekeliling kandang, mata kami liar melihat kepelbagaian poko2 yang ada disini.

Banyak juga spesis pokok yang kambing suka. Cuma, keadaan hutan yang semak ni menyukarkan tugas mengembala. Lebih wajar digelar salad jungle daripada garden. Berkat kesungguhan kambing2 dan tangan meneroka, makin terang hutan ni dan semakin hampir dengan sasaran salad garden. Semua untuk program ternak kambing ini.


Pokok Lueng, daun dan buah di batang licin

Kambing ini sedang makan buah sukun tua dan asam gelugur yang jatuh di tanah

Rezeki hari ini, Pokok sawit dan daun nangka

Ternak kambing tanah jadi lapang. Asalkan ada gembala kambing


 


Sambil2 meragut ada yang masuk wad bersalin. Memang kambing kampung. Lihat kakinya mengais meneran
 Kambing Malaysia tak perlu bantuan. Semua buat sendiri. Cukup senaman, cukup makan. Insyaallah akan dipermudahkan usaha kelahiran.

Anak kambing sedang diteran keluar.

Sunday, January 6, 2013

Pemimpin Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Salam Kemantapan kepada Para Pen ternak kambing semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam menurut islam. Semoga kita lebih baik setiap hari seperti konsep kaizen orang jepun dan CANI Anthony Robins.

Marilah kita sama2 menjadi individu yang paling bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan ini termasuk lah kepada warga pen ternak kambing. Jangan serahkan nasib diri pada orang lain semudah itu kerana ketika membaca satu petikan ayat Allah yang berbunyi. firman Allah dalam al-Quran: (maksudnya) “Ketika mereka yang menjadi ikutan itu berlepas diri daripada mereka yang mengikutnya (para pengikut), dan mereka semua melihat azab (keperitannya), dan terputuslah segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah mereka yang menjadi pengikut: seandainya kami mempunyai ulangan (peluang kembali ke dunia) maka kami akan berlepas diri daripada mereka seperti mana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka menjadi penyesalan kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka. (surah al-Baqarah: 166-167).

Diakhirat kelak, semua orang akan berlepas diri dari orang lain kerana takutkan azab Allah. Masing2 sibuk dengan kiraan buku amal sendiri. Cuba kita soal diri sendiri? Adakah aku membuat keputusan berdasarkan taklid buta (blind faith) atau melalui kajian yang dilakukan sendiri. Adakah apa yang saya lakukan dalam projek ternak kambing ini melalui ikutan sahaja ataupun dengan keputusan yang kita ambil selepas berfikir dengan teliti.

Para pen ternak kambing sekalian, hidup kita memang tidak lari daripada ikon2 yang hebat disekeliling. Mereka datang dengan pelbagai gelaran dan title. Portfolio gah dan bergemelapan. Bakat mereka tergilap dan menarik perhatian. Tutur kata mereka memikat dengan pelbagai hujah yang hebat. Tetapi, berhati2lah menerima idea dari orang lain. Kaji betul2 kerana hasil akhir yang bakal ditanggung didunia dan akhirat akan digalas oleh diri sendiri.

Prrinsip Kaizen jepun tidak datang dari sana, tetapi diimport dari Dr Deming dari Amerika. Ketika warga Amerika kurang percaya dengan idea yang dibawakan olehnya, rakyat jepun menerima pakai dan menjiwai idea kaizen ini. Hasilnya meang memberangsangkan kerana semua aspek kehidupan ditingkatkan dengan penambahbaikan kecil setiap hari. Pen ternak kambing Malaysia bagaimana pula?

Dr Deming juga ada menyebut kerosakan yang kerap berlaku disebabkan "managing by visible number" atau pengurusan berdasarkan nombor. Semua keputusan yang diambil dengan pengurangan kos semata2 bakal mendatangkan malapetaka. Termasuklah pada projek ternak kambing kita jika sama kesnya.

Idea yang baik untuk sesetengah orang mungkin racun bagi individu lain kerana kita manusia tidak sama. Sikap dan keupayaan juga tidak sama. MAS dan Singapore Airlines berasal dari sebuah syarikat yang sama sebelum singapura dikeluarkan dari Malaysia. Tetapi lihatlah sekarang pencapaian mereka antara langit dan bumi.

Singapora Airlines dinobatkan antara penyedia perkhidmatan penerbangan terbaik dunia. Dimana MAS? Inilah perbezaan yang dapat dilihat oleh Pemimpin yang berbeza.

Didalam buku Awaken the Giant Within, Anthony Robn ada menyebut "Often the very people who are injuring our companies are rewarded because they produce results in short term. Sometimes we treat symptoms of a problem and nurture the cause" pg 95-96. Pendek kata kepada rakan2 pen ternak kambing sekalian. Hati2 dengan idea yang anda ambil dan orang yang anda ikuti. Ingatan pada diri sendiri terutamanya. Insyaallah


Saturday, January 5, 2013

Misteri Gembala Kambing 2

Assalamu'alaikum Wrmbth, Salam pen ternakan kepada para pen ternak kambing sekalian. Hari ini nak sambung sedikit enti saya yang lepas tentang gembala kambing. Satu bahagian yang banyak dibakul sampahkan oleh pen ternak kambing Malaysia dalam projek2 mereka. Boleh rujuk Link ini MISTERI GEMBALA KAMBING

Bila kita kaji dan selidik sebab2 asal para pen ternak kambing memelukan projek mereka ramai yang kata tentang mengikuti sunnah para nabi. Bagus, mantap dan cemerlang. Dalam satu riwayat Umar Al Khattab pernah diriwayatkan berkata, "semua nabi merupakan gembala kambing" dan beliau ditanya kembali oleh rakannya yang mendengar. "Adakah tuan juga sama?". Balas Umar "Ya".

Persoalannya sekarang, para nabi dikatakan menggembala kambing. Nabi Ibrahim as diriwayatkan mempunyai ribuan ekor kambing. Baginda juga dikatakan menyukai tetamu mengunjiungi rumahnya, setiap kali ada tetamu pasti akan disembelih kambing bagi santapan mereka. Lihatlah sifatnya yang pemurah dengan sedekah para pen ternak kambing semua.

Sehingga, jika tiada tetamu baginda akan keluar mencarinya kerana cuba fikir2kan tetamu pasti akan mendoakan keberkatan tuan rumah. Lebih2 lagi jika tetamu itu seorang musafir. Lebih makbul doanya. Bukankah ini akan mendatangkan keberkatan kepada kita pen ternak2 kambing?

Nabi Muhammad SAW juga pernah menggembala kambing. Tetapi pada hemat saya, baginda bukan men ternak kambing. Mengapa? Kambing2 yang dgembala baginda SAW bukan miliknya tetapi Nabi Muhammad SAW diriwayatkan mengambil upah dari tuan kambing tersebut.

Jadi, skop kerja baginda adalah menjaga kambing ternakan majikannya bukan? Itulah yang saya dapati dari rujukan dan bacaan pelbagai sumber. Jadi, menternak dan membiak kambing adalah berbeza dengan menggembala kambing kerana seorang penggembala hanya diamanahkan menjaga kambing2 tersebut diluar.

Mungkin akan ada pen ternak kambing yang alim warak budiman tidak setuju dengan isi yang telah diutarakan. Jadi, saya juga mengharapkan input dari anda sekiranya anda punyai pandangan tersendiri. Pada saya, para nabi adalah  penggembala kambing dan bukan pen ternak kambing seperti yang diterima pakai sekarang.

Apa bezanya tugas pen ternak kambing dan penggembala ni? Sampai susah2 nak menaip panjang? Sekarang ni dah banyak sistem men ternak kambing. Ada intensif (100% atas kandang), semi intensif (kandang 50% dan lepas ragut 50%) dan lepas ragut 100%. Dah jadi norma dan kepercayaan umum di Malaysia, jika kambing dilepaskan meragut pun tanpa memerlukan gembala kambing. Termasuklah dalam sistem semi intensif.

Betul dan sahih tak? Kami dah perhatikan perkara ni dan setakat ini memang benar kecuali beberapa pengecualian. Tak ramai yang sudi luangkan masa menggembala kambing sendiri. Sahaih bukan pen ternak kambing ?Apa lagi menggaji pekerja menggembala kambing. Upah sahaja tidak berbaloi dan menghasilkan aliran keluar modal yang tidak sihat. duit modal susut lebih cepat dari hasil bulanan.

Seorang pembiak kambing akan menumpukan usahanya menjaga kambing2. Pemakanan, kahwin, penjagaan induk bunting, penjagaan kambing jantan, penyusuan anak kambing, cerai susu dan banyak lagi. Serbi serbi kena buat. Kambing sakit kena rawat. Pendek kata pen ternak kambing sekalian, memang banyak kerjalah.

Andai pembiak kambing mengamalkan sistem intensif, kambing makan tanggung atas kandang. Semua rumput dan silj disuakan ke muka mereka. Tak perlulah kambing2 nak bersenam sangat bukan? Duduk atas kandang tuan buat semua yang patut. Termasuk bersihkan kandang kambing. Ini realiti penternak kambing intensif.

Tetapi, dengan cara ini tugas menggembala kambing telah dihapuskan. Tuan pen ternak kambing tidak perlu melepaskan mereka kebawah meragut. Jadi, adakah ini mengikut sunnah para nabi? Simpan jawapan masing-masing. Kita lebih tahu bukan bak kata orang lama yang bijak sana sini "Tepuk dada tanya selera"

Ada juga yang amalkan semi inensif, atas kandang dan lepas ragut secara bergilir. Kambing makan bawah secara lepas dan bila dah kenyang balik semula ke kandang. Dan sekali lagi, telah menjadi norma para pen ternak kambing di Malaysia melepaskan kambing2 kebawah tanpa supervisi. Tanpa pemerhatian. Tanpa pengawasan atau nama lain tanpa gembala kambing.

Kambing2 makan dibawah sambil tuannya sibuk buat benda lain. Sekali lagi, jawapan para pen ternak kambing mungkin berbeza tetapi secara majoritinya cuba rumuskan perkara diatas ini. Lebih ramai yang biarkan kambing2 mereka makan dibawah tanpa pengawasan sewajarnya bukan?

Maka mengganaslah kambing2 dibawah mencari makan. Makan semua yang ada. Dari rumput ke pokok. Semua masuk perut 4 kebuk. Bagi yang bertanah besar memeang tiada masalah. Kambing tak makan pokok jiran2 termasuklah pokok bunga dan sebagainya. Tanah kecil memang kemungkinan besar terjadilah perkara2 ini.

Kambing makan pokok jiran, maka timbullah perselisihan. Dari kawan pen ternak kambing sendiri ada sampai kena racun kambing2 nya. Mati terkulai berbuih mulut. Yang kuat sikit tetapi bunting, habis gugur kandungan anak kambing. Bila orang dah marah, keluar doa manusia teraniaya yang tiada hijab dengan Allah swt. Makbul doa orang dizalimi ni. Perkara yang perlua dambil perhatian oleh pen ternak kambing. Tanpa gembala, itu yang kambing tak balik kandang dan dilabel sebagai kelemahan semi intensif. Mungkin semi intensif perlu ada gembala baru seimbang sistemnya bukan?

Jadi, apa sebenarnya tugas gembala kambing ni? Boleh sesiapa pen ternak kambing ilmuwan jawab? Adakah setakat menjaga kambing makan dibawah. Ikut kemana kambing makan? Menurut kajian saya sendiri, gembala kambing adalah individu yang diamanahkan untuk menjaga kambing semasa mencari makan di bawah. Memastikan kambing makan dikawasan yang halal, memastikan tiada kambing yang hilang dari mula mengembala sehingga menjejakkan kaki ke kandang.

Seorang gembala juga wajar memerhatikan keadaan kambing2 dibawah semasa meragut, membela nasib kambing lemah dan kalah semasa mencari makan dari dibuli kambing yang lebih kuat. Memastikan kambing berada dalam kawanannya dan tidak terpisah dari kelompok utama dan mengakibatkan dirinya sesat. Yang akhirnya bakal menjadikan kambing tersebut mangsa kepada haiwan liar atau manusia berniat buruk. Benar atau tidak rakan pen ternak kambing?

Para pen ternak kambing sekalian. Definisi diatas adalah gembala kambing ikut sunnah nabi. Pasti akan ada kambing yang kalah. Yang sakit. Yang sesat. Yang kuat dan yang lemah. Gembala kambing memastikan keseimbangan wujud dalam kawanannya. Yang lemah dibantu. Yang kuat diawasi. Yang sesat ditemui. Memang patut para nabi menggembala kambing.

Kawanan kambing seperti umat manusia, pasti ada yang cenderung melakukan kebaikan dan kezaliman. Keluar dari jemaah dan bergerak bersendirian dan menjadi mangsa. Pandai mencari helah untuk melarikan diri dari penggembala untuk meragut di kawasan yang tidak halal (tanah orang). Pantang leka sikit, pasti ada yang hilang. Ini dari pengalaman rakan pen ternak kambing yang menggembala dan dari diri sendiri.

Memang fokus itu penting sangat semasa menggembala. Pernahkah anda membaca kisah Nabi Musa AS semasa baginda meninggalkan umat bani israel selama 40 hari bagi menerima wahyu Allah swt dan membawa kembali kitab Taurat dalam kotak tabut (aka Arc of Covenant). Nabi Harun AS ditinggalkan dan diamanahkan oleh Nabi Musa untuk menjaga dan mengawasi kaumnya semasa ketiadaannya.

Dalam jangka masa 40 hari di gunung, kaum bani israel yang telah diselamatkan dari laut merah, dikejar firaun, diberi rezeki dari syurga berupa makanan dan minuman. Kembali sesat menyembah berhala anak sapi jantan emas buatan Samiri walaupun dilarang Nabi Harun as. Dengan kembalinya Nabi Musa dan melihat umatnya yang sesat, amrahlah baginda sambil mencampak peti tabut ke tanah.

Kisahnya menarik dan pengajarannya banyak dan sarat. Umpama kambing yang sesat kerana keupayaan gembala yang berbeza. Kami terfikir, Nabi Harun dan Musa pasti mempunyai keupayaan berbeza menggembala kambing. Nabi Musa yang menggembala di sebuah negeri selepas melarikan diri dari Mesir kerana membunuh seorang rakyat firaun secara tidak sengaja telah bekerja sebagai penggembala kambing kepunyaan nabi lain(seingat saya Nabi Syuaib AS).

Sampai disini saja buat kali ini, insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi diruang maya ya rakan2 pen ternak kambing semua. Assalamu'alaikum Wrmbth.










Thursday, January 3, 2013

Misteri Gembala Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth Pen ternak kambing semua. Moga sihat roh dan jiwa seluruhnya. Termasuklh dengan kambing2 anda. Moga membiak dan sihat2 hendaknya.

Kebelakangan ini, saya dan beberapa rakan pen ternak kambing lain di kawasan saya ada berbincang tentang peranan gembala kambing. Apa impaknya pada ternakan kambing. Kandang kami menggunakan kaedah ragut lepas sambil diselia dengan gembala kambing.

Norma sekarang yang sudah diterima pakai pula, kaedah begini tidak sesuai di Malaysia. Kononnya, cuaca tropika dan iklim khatulistiwa mempunyai parasit yang tinggi.

Memang banyak norma yang diterima bulat2 ni. Contohnya, membiak kambing tak untung dan sebagainya. Balik pada isu gembala kambing,rakan saya ni kurang percaya tentang kebaikan menggembala kambing pada kawanan secara keseluruhannya.

Padanya, tugas gembala ni mudah saja. duduk bersama kambing semasa kambing makan. Tak lebih dari itu.

Jadi, saya minta dia gembala kambing saya untuk seminggu. Dan saranan saya diterima.

Hari pertama, segala berjalan lancar. Kambing di gembala rakan saya selama lebih kurang 4-5jam. Menurut caranya sendiri. Kambing2 makan di satu tempat saja. Begitu juga hari kedua dan ketiga.

Masuk hari keempat, seekor kambing ibu yang bunting 3 bulan gugur. Janin yang keluar seekor. Hmm, sebagai rekod jarang berlaku kes gugur dikandang saya semasa saya sendiri mengembala.

Kemudian, hari kelima pula tiba, 3 lagi kambing induk gugur. Rakan saya dah mula gementar dengan kes2 keguguran kambing ni.

Rakan2 pen ternak kambing. Apa yang saya buat semasa mengembala, telah dia ikut sebaik mungkin. Tak sangka pula di tangan orang lain, walaupun menggunakan kaedah sama. Hasil yang diperolehi berbeza.

Rakan saya belajar beberapa perkara penting hari itu. Perkara2 zahir memang boleh ditiru. Tetapi, beliau terlepas pandang pada perkara2 kecil yang tidak kelihatan.

Oklah pen ternak kambing sekalian, Lain kali sambung lagi, dah sampai masa menggembala. Assalamu'alaikum