Assalamu'alaikum Wrmbth, Beberapa hari yang lepas, seekor kambing di
kandang kami telah terkena cirit birit yang teruk. Keadaan ini
berlarutan selama 2 hari dan selepas langkah2 seperti memberi makan
kambing tersebut dengan daun2 tinggi kandaungan condensed tannin tidak
memberi tanda2 pemulihan, nampak gayanya terpaksa juga menggunakan ubat
cacing. Ini kes kronik, saudara alwi juga sarankan pemberian ubat
cacing.
Jadi ubat cacing dalam simpanan saya salah
satunya adalah ALBENDAZOLE. Ubat jenis ini diambi secara oral dan
merupakan sebatian terampai didalam pelarutnya dengan kata lain
suspension type. Sebelum menggunakan ubat ini, penting bagi kita
mengetahui berat kambing tersebut kerana daripada botol ubatan terbabit
1ml/25kg. Satu lagi, jangan lupa goncang botol tersebut kerana bahan
terampai akan mendap didasar botol kerana sudah lama disimpan. Tarikh
luput ubat juga harus diambil perhatian. ALBENDAZOLE tidak boleh
digunakan pada kambing bunting.
Selepas pemberian ubat,
saya bagi kambing ni makan banyak-banyak dan bekalan air secukupnya
kerana pada hemat saya kambing kehilangan air dan makanan kerana
penyakit ini. Tetapi ini berlawanan dengan nasihat seorang penternak
dikawasan saya supaya menghentikan pemberian air jika kambing tersebut
cirit birit. Mana satu harus saya ikut? Jika untuk manusia, semasa
diarrea, cholera atau cirit biri badan hilang banyak air jadi perlu
banyak bekalan air. Jika tidak badan akan terhidrasi, jadi saya pun
pandai2lah aplikasikan nasihat doktor manusia pada kambing.
Alhamdulillah, kali ini berkesan. Tuan2 penternak boleh berkongsi
pengalaman lain dalam menangani cirit birit pada kambing ini? Terima
kasih banyak2.
No comments:
Post a Comment