Assalamu'alaikum Wrmth, tajuk posting kali ni bukan nak mencarut
tetapi perbandingan umum. Kes pertama Kambing lawan Babi. Kes kedua Jual
Beli lawan Riba'.
Baik, orang malaysia ni majoriti
islam keturunan. Jadi rata-rata kita tahu makanan halal dan haram.
Kambing halal di makan manakala babi haram hukumnya disentuh apalagi
dimakan. Bila lihat je makhluk berkaki 4 berhidung besar ni ramai yang
boleh termuntah jika mengetahui mereka termakan secara tidak sengaja.
Persoalannya, kenapa kita loya babi itu haram tetapi banyak benda lain
dalam islam kita langgar saja. Cuba kita perhatikan, kambing dan makhluk
kedua ni berkaki empat, 1 kepala dan berekor. kedua2 makhluk ini
bersifat sama dari rupa fizikalnya. Tetapi mengapa kambing halal dan
babi haram? Dari rupa luaran jika kita tidak rujuk alquran sudah tentu
orang tak persoalkan kenapa babi itu haram.
Kes kedua
pula, jual beli lawan riba'. Sedih tambah haru, ramai orang kita boikot
produk patuh syariah perbankan islam dan menyokong produk berasaskan
riba'. Alasan mereka perbankan islam tidak cukup islam dan hanya klon
perbankan riba'. Kalau kita lihat dari kiraan memanglah sama. Lebih
mengecewakan kakitangan bank sendiri tidak tahu apa beza riba' dengan
jual beli. Penat2 saja panel penasihat syariah menyemak semua polisi
pelaburan dan penyimpanan bank tapi kita yang tak tahu apa2 dan jahil ni
lebih sudu dari kuah. Ada seorang kakitangan bank mengatakan beza
antara kaedah islam dan riba' hanya pada akad saja (macam kahwin gitu)
tetapi sedarkah anda beza antara eorang islam dengan bukan islam adalah
pada akad juga. Perkara ini kena lihat isi dan bukan rupa luaran.
Disebalik kiraan islamik, terdapat prinsip dan undang2 berlandaskan
hadis dan alquran disebaliknya. Inilah yang digelar "form over substances".
Jika orang bank sendiri tidak faham, maka kasihanlah orang awam ni.
Ketahuilah bahawa golongan pemberi pinjam, peminjam, penulis perjanjian,
saksi akan dipertangungjawabkan kelak atas dosa riba sama seperti
menjual arak. Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba' dan
ini jelas dalam kerajaan.
Marilah bersama-sama kita
menuntut ilmu tuan2. Tanpa ilmu amal ibadah kita tidak akan diterima.
Tanpa ilmu sebarang pekerjaan juga kurang berhasil, samalah seperti
menternak kambing. Mungkin jika keadaan ini diteruskan, tidak menjadi
suatu yang aneh untuk mereka menyembelih khinzir untuk aqiqah kerana
tanpa ilmu ataupun menolak apa yang ada didalam al-quran. Semoga saya
tidak hidup lagi untuk melihat perkara sedemikian. Sebenarnya saya marah
dengan orang bank kerana menghasut keluarga dekat saya sendiri untuk
mengambil pinjaman riba' berbanding islamik dengan alasan ramai pak haji
dan lebai pun guna perbankan riba' dan perbankan islam sama saja dengan
konvensional. Buat pihak terbabit, tunggulah pengadilan depan Allah SWT
nanti. Dosa riba' jangan buat main2, Allah dan rasulnya isytiharkan
perang pada mereka yang berterusan memakan riba' setelah diberi
peringatan tau.
Tanggungjawab kita didunia adalah tegur
menegur jika ada diantara kita yang melakukan kesilapan. Didunia inilah
hubungan kekeluargaan membawa makna, jika seorang anak ingin memberi
nasihat kepada ayah dan ibunya maka lakukankanlah kewajipan anda
sekarang kerana akan tiba hari dimana tiada pembelaan dan bantuan akan
memberi manfaat melainkan Allah SWT. Malah, ada kemungkinan mereka akan
cuba mengheret kita bersama dihadapan Allah SWT kerana tidak
mengingatkan mereka. Sesungguhnya setelah anda melakukan kewajipan anda
memberi nasihat tetapi jika mereka memilih untuk tidak mengendahkannya,
sesungguhnya kita telah berlepas diri daripada mereka atas kesalahan
tersebut. Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment