Assalamu'alaikum Wrmbth, sebelum ni kita ada sentuh tentang penyakit acidiocis pada kambing. Puncanya kera gizi tidak seimbang, terlebih pelet kambing dan terlebih makanan segera pada kambing. Konklusi akhir artikel saya ada menyebut kepentingan menjaga keseimbangan pH dalam perut kambing kerana ia penuh dengan pelbagai populasi bakteria yang mencerna protein dan karbohidrat kompleks.
Setelah saya baca lagi tentang diet kambing, rupa2nya kesan pH lebih banyak daripada itu. Tahukah saya dan anda bahawa kambing boleh menghasilkan saya sendiri kebanyakan daripada vitamin yang diperlukannya. Vitamin A,B,C,D dan K. Tetapi ini hanya wujud jika kambing dibiarkan dalam habitat semulajadinya.. dengan kata lain keadaan lepas ragut lebih hampir pada keadaan semulajadi berbanding sistem intensif.
Vitamin A diperolehi daripada sintesis karoten dalam tumbuhan oleh bakteria didalam rumen kambing, vitamin B juga hasil daripada sintesis bakteria lain. Vitamin C dihasilkan di dalam otot. Vitamin D dihasilkan di lapisan subcataneous bawah kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari dan akhirnya vitamin E dan K, sama juga hendaknya.
Ikut kajian, kambing kita akan kekurangan vitamin A dan D dalam kuantiti yang yang ketara bagi sistem intensif kerana kurang terdedah cahaya matahari. Kekurangan vitamin D akan mengurangkan kemampuan badan menyerap Kalsium dan bagi kambing bunting, anak yang lahir besar kemungkinan akan mengalami penyakit rikets seperti manusia dimana sendi kaki anak kambing tidak normal. Semua berkait rapat dengan pH rumen kambing anda. Jika anda terlalu bergantung pada dedak, memang terpaksa bergantung harap pada suntukan multivitamin juga nampaknya. Pengajaran pada saya yang banyak tak tahu ni, pelet kambing tidak dapat membekalkan semua zat dan bukannya silver bullet untuk semua masalah.
Serat dan karbohidrat kompleks perlu diberi untuk menjaga kerukunan perut kambing. Hehe, lepas ni boleh baca artikel pergolakan mesir, gandum dan madu di Blog senior alwi. Bestnya ramadhan..
No comments:
Post a Comment