Saturday, June 23, 2012

Tanda Berahi Pada Kambing Betina

Assalamu'alaikum Wrmbth, Penting untuk kita mengetahui kitaran estrus pada kambing. Orang putih pangging kitar estrus. Bagi menggalakkan program pembiakan kambing, penternak perlu mempunyai ilmu yang mencukupi. Salah satu tanda yang di tunjukkan video di bawah ini, kambing mengangkat ekor pada sudut 45 darjah dan mengibas2nya lebih daripada selalu.

Seterusnya, tingkah lakunya lebih agresif dan gemar menanduk lebih daripada biasa. Melalui sedikit pembacaan, waktu mudah untuk melihat samada induk bersedia untuk mengawan adalah pada selepas subuh dan selepas terbenam matahari. Masa bunting sekitar 150 hari atau 5 bulan dan sesi laktasi anak kambing 2-3 bulan. Kitaran yang baik supaya ibu kambing dapat beranak 3 kali dalam 2 tahun adalah kambing harus beranak 7~8 bulan sekali.





No comments:

Post a Comment