Monday, December 17, 2012

Masalah Ternak Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth Sahabat2 ternak kambing sekalian. Sekadar berkongsi satu artikel baru tentang projek ternak kambing high input di Sabah. Masuk surat khabar tu.. Kemungkinan inilah salah satu projek yang mendukung dasar pen ternakan kambing negara. Panas lagi berita ni. Tapi panas lagi hatiku membacanya. Berapa agaknya kos mereka bela kambing seekor ya?

Kaedah Ultrasonic wave testing tu memang canggih sikitlah. Tapi mesin dia + probe + couplant untuk menggunakan kaedah ini memerlukan bulu kambing di cukur. Ish3, nak kena kejar, cukur dan ikat lagi. Tak banyak kerja ke tu.

Masalah ternak kambing


Pekerja memproses rumput napier untuk dijadikan makanan kambing Boer di Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer Kabang, Papar, Sabah.
Dalam mana-aman industri ternakan, sistem pemakanan antara faktor yang menentukan kejayaan projek. Menurut pakar pemakanan haiwan, Profesor Madya Dr. Azhar Kasim, penternakan kambing sukar untuk berjaya sekiranya sistem pemakanan tidak diteliti dan dijaga dengan rapi.

Oleh itu, Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer Kabang, Papar, Sabah turut menjalankan kajian bagi mewujudkan satu sistem pemakanan lengkap bagi memenuhi keperluan harian ternakan.

Ujarnya, program atau sistem tersebut merangkumi pemberian fodder (rumput potong angkut) dan pemberian makanan tambahan seperti pelet kambing dan palm kernel expeller (PKE) secara teratur.
"Pembangunan dan penyelenggaraan ladang pastura (rumput napier) yang mampan dan teratur juga perlu bagi memastikan ternakan mencapai tahap kesihatan yang optimum dan mencapai tahap body score yang diperlukan," katanya.

Sementara itu, menurut pakar pembiakbakaan, Profesor Dr. Md. Zuki Abu Bakar, menerusi program pembiakbakaan yang diwujudkan, proses penggandaan ternakan menjadi lebih sistematik, cekap dan berkesan dapat dicapai di ladang tersebut.
"Pemilihan ternakan yang memiliki spesifikasi kambing Boer yang berkualiti, sihat dan memiliki trait atau jenis genetik yang baik sentiasa diutamakan.
"Oleh itu, tahap libido baka pejantan akan sentiasa diperiksa. Manakala bagi induk betina diperiksa tahap kesuburannya," katanya.
Di pusat tersebut, nisbah pejantan kepada induk betina di tentukan sebanyak 1:20 ekor bagi membantu mendapatkan kadar kebuntingan melebihi 80 peratus dan kadar kelahiran dari 1.5 hingga dua ekor bagi setiap induk dan berat anak yang lahir sekitar tiga kilogram (kg) dan ke atas.

Proses pembiakan yang diamalkan di pusat tersebut adalah melalui kaedah semulajadi iaitu line breeding dan line crossing. Manakala pemilihan trait genetik yang unggul dibuat mengikut jadual iaitu dua kali setahun.
Bagi memantau kadar kebuntingan induk betina, pusat tersebut turut menggunakan alat pengesan seperti mesin ultrasound untuk menentukan kebuntingan dengan lebih cepat dan tepat.

Ternakan yang gagal menunjukkan tahap reproduktiviti yang baik akan mudah dikesan dan disingkirkan pada peringkat awal bagi mengurangkan kos operasi seperti makanan dan penyelenggaraan.

Ia juga menerima sokongan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Negeri sabah (JPHPT SABAH) bagi memantau penyakit dan diagnosis.

Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer Kabang dibuka kepada para penternak untuk mendapatkan khidmat nasihat serta kursus ternakan kambing baka boer.

Biarpun kelihatan agak mudah untuk memelihara kambing untuk tujuan pembiakbakaan, sebenarnya ia industri yang memerlukan kos yang tinggi.
Bagi individu yang berminat untuk menternak kambing baka boer adalah dinasihatkan agar melaksanakan ternakan untuk tujuan sembelihan berikutan kos operasinya yang lebih rendah berbanding ternakan untuk tujuan biak baka.

Hal demikian kerana harga bagi induk ternakan biak baka boleh mencecah ribuan malah belasan ringgit, dan ia akan menjadi masalah besar kepada penternak untuk membuat pembiakbakaan kerana keadaan kewangan yang tidak mencukupi untuk pusingan modal seterusnya.

Justeru, kini adalah disyorkan agar penternak membeli baka Boer dan dikacukkan bersama baka tempatan untuk memberi tumpuan kepada penghasilan kambing bagi tujuan penjualan daging terlebih dahulu kerana ia lebih cepat pulang modal.
Untuk penternak kambing biak baka adalah mencukupi satu atau dua ladang sahaja jika terlalu banyak pasaran kambing biak baka akan tepu dan akhirnya ladang terpaksa ditutup berikutan tiada pembeli dan akhirnya kerugian.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20120917/ag_02/Masalah-ternak-kambing#ixzz2FIqkeUB5 © Utusan Melayu (M) Bhd

Jadi macam mana sahabat ternak kambing sekalian? Ada yang nak daftar masuk kursus ternak kambing anjuran mereka ke? Jika saya, mungkin tidak..

Saturday, December 15, 2012

Kambing dan Rasuah

Assalamu'alaikum rakan2 pen ternak kambing sekalian, semoga Allah swt memelihara iman dan kesihatan kita seadanya. Banyak perkara berlaku minggu ni, dan melihatkan perkembangan semasa adalah penting bagi kita umat islam melihat kembali situasi yang melanda negara kita dan masyarakat islam lain di seluruh dunia.

Hari rabu lepas, saya berpeluang ke kandang rakan penternak kambing di Perak, adalah hajat sikit nak tengok kambing2 induk untuk dijadikan ibu di kandang saya. Proses pemindahan kambing melepasi sempadan negeri agak rumit. Banyak prosedur dan tatacara yang sepatutnya diadakan untuk kemaslahatan semua pihak.

Kena buat ujian darah aka blood test bagi penyakit2 berjangkit seperti kaki dan mulut FMD dan sebagainya. Betullah kena buat, dan semua ni dilakukan badan berwajib diamanahkan kerajaan untuk melaksanakannya. Proses ni semua memakan masa 1 bulan, tengok budaya kerja cawangan juga. Ada 1 bulan dan yang cepat sikit 2 minggu dah siap.

Kita warga marhaen ni menurut sahaja yang baik. Cuma tertanya2 juga kenapa ada perbezaan ketara antara kualiti perkhidmatan agensi kerajaan. Ada cepat dan lambat. Gaji sama je kan?

Jadi selepas sebulan, ujian darah dilakukan dan sampel mendapati semua kambing bebas penyakit pandemik dan endemik. Tiba masa mengangkut kambing dari Perak ke Selangor. Ada lagi satu prosedur wajib dilalui iaitu PERMIT pemindahan ternakan. Pun diuruskan oleh agensi yang sama.

Rakan2 Pen ternak kambing, Kena keluar duit juga bergantung pada kuantiti kambing dipindahkan. Takpa2, ikut je mana yang baik. Jadi, proses pengeluaran permit ni pun makan masa juga.

Ikut perancangan, hari selasa sepatutnya permit siap, tetapi selepas dihubungi pihak terbabit dimaklumkan bahawa permit belum siap lagi.

Habis lari rancangan nak pindah kambing keesokan harinya. Terpaksalah rakan pen ternak kambing seorang ni pergi kesana lagi tengahari esok. Semasa permit diambil, jumlah perlu dibayar diatas resit hanya RM33.

Apa yang menjadi tanda tanya, staf di kaunter meminta RM70 dan enggan memulangkan baki. Ini yang diceritakan rakan saya. Patutlah permit lambat siap rupa2nya ada udang disebalik mee.

Awal tahun 2012, saya telah menghadiri kursus sembelihan di Agensi agama islam (Nama takyah sebutlah), Alhamdulillah lulus semua ujian bagi mendapat tauliah sembelihan. Yang menghairankan ialah, sampai sekarang tauliah masih belum diberi atas alasan pihak atasan masih belum menandatangan perintah keluar tauliah.

Ada kenalan saya mengatakan bahawa, kalau guna jalan lain sekejap saja lulus. Tetapi memandangkan ini agensi agama jadi setakat ini, kami masih menunggu dengan sabar dan berharap proses berjalan lancar.

Moga2 negara kita selamat dan bebas dari gejala rasuah ni. Duit dari rasuah ni memang akan dibakar api neraka. Duit yang sama juga kamu berikan pada anak2 dirumah. jadi rakan2 pen ternak kambing, Adakah dari duit ini anak2 yang soleh solehah yang taat menurut ibu bapa akan dilahirkan?

Balik pada empunya diri bukan. 

Monday, December 10, 2012

Monolog Pen Ternak Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, semoga sejahteralah hendaknya kepada 2 sahabat lamaku yang kini entah dimana. Aku tujukan lagu nasyid ni khusus untuk korang berdua. Diblog usang yang bukan blog rasmi syarikat.



Semoga sukses selalu daripada pen ternak kambing ini dengan apa yang dilaksanakan kalian didunia dan diakhirat. Walaupun lama tak jumpa tapi secara jujurnya kenangan lama sampai bila2 akan aku jadikan bekalan masa depan. Ini jalan yang dah termaktub hasil rentetan pelbagai pilihan. Mungkin ini yang terbaik untuk kita semua.

Semoga satu hari ini, Allah swt izinkan kita berhimpun sekali lagi dalam suasana yang lebih diberkati. Salam keberkatan dari pen ternak kambing ini. Wallahu'alam

Sunday, December 9, 2012

Kambing Penggempur dan Hujan Anak Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, sejak pindah rumah baru ni (rumah blog.. bukan rumah alam realiti) dah lama tak update. Hari demi hari banyak perkara berlalu tapi belum punya kesempatan berkongsi apa yang berlaku. Alhamdulillah baru hari ni Allah swt beri kesempatan untuk update blog ternak kambing ni.

Beberapa bulan lepas ada saya kongsi pemerhatian tentang kadar pertambahan berat badan kambing bunting dan hipotesis awal saya mengenai hubungan kait antara kadar pertambahan berat badan pada 3 bulan pertama dengan bilangan anak kambing dalam kandungan. Pada hemat saya, perkara ini penting dalam program ternak kambing setiap pembiak. Penjagaan ibu bunting.
Triplet pertama di kandang. Ibu kambing merenung jauh kehadapan tentang hari2 mendatang

2 anak kambing solehah, Uswah dan Hasanah. Ibu kambing lepas makan masing2 menunggu dengan sabar kepulangan ibu dari kerja

Ini kerana kambing2 yang saya kahwinkan kesemuanya telah melalui proses pemulihan nutrisi dan kondisi badan agar kadar perlepasan ovum dalam rahim induk tinggi. Dengan kata lain untuk dapat anak kembar lah ni. Daripada kajian yang dilakukan mengenai faktor2 mendapatkan anak kambing kembar dan seterusnya menaikkan kidding rate kandang saya. Satu cabaran besar untuk pen ternak kambing memastikan tahap kemandirian (survivability) ladang mereka adalah kidding rate tinggi dan mortality rate pula sifar.

Bermulalah proses yang panjang yang melibatkan banyak aspek operasi kandang dikaji semula dan akhirnya rantaian dari cetusan proses penambahbaikan secara istiqamah pada kuantiti sedikit akhirnya membibitkan hasil kumulatif yang memuaskan.

Daripada 5 kelahiran di kandang, 1 ibu melahirkan kembar 3, 3 ibu kembar 2 dan 1 ibu anak tunggal. Purata adalah 2 anak peribu. Kalau kira kidding rate per kelahiran sudah 2kids/parity. Seterusnya kami mahu lihat pula prestasi keseluruhan kandang pertahun.

Ini juga kali pertama kes kelahiran kembar tiga (triplets) berlaku dikandang kami. Alhamdulillah syukur dan setakat ini teori pertambahan berat badan berkadar langsung dengan bilangan anak ada benarnya. Apa untungnya maklumat ini pada seorang pen ternak kambing macam kita ni?

Pada kami, dari maklumat ini, kadar pemberian gizi dan diet kambing dapat diselaraskan supaya semua anak kambing dilahirkan sihat dan cukup zat. Cuba bayangkan, kambing bunting kembar 3 tetapi kadar pengambilan makan hanya cukup untuk 2 ekor. Apa yang akan terjadi? Besar kemungkinan anak yang lahir kurus dan lemah kerana induk kambing tidak dapat khasiat yang cukup. Inilah yang terjadi apabila ada anak kambing yang hidup dan ada yang mati sejurus dilahirkan.

Kambing2 bunting ini diberikan senaman secukupnya disamping khidmat pakar kaunseling sepenuh masa. Hehe, tugas gembala adalah penting disini. Apa yang penggembala kambing perasan ialah, kambing induk dengan anak kembar sebenarnya telah kahwin lebih dari sekali dengan kambing jantan. Dan kambing yang dapat anak tunggal pula cuma kahwin sekali sahaja. pembiak dan Pen ternak kambing ada nampak apa2 tak yang penting disini?

Jadi, bukan kambing jantan saja kita pen ternak kambing wajib naikkan libido dan prestasinya. Kambing betina juga sama penting. Kita patut usahakan penambahan kadar pembebasan ovum oleh ovari.

Cuma, bila lahir anak kambing banyak sangat ni, cabaran baru adalah memastikan anak kambing cukup susu dari ibunya. Akan ada persaingan anak kambing untuk susu ibunya. Dan hukum alam pasti ada yang akan kalah. Oleh kerana kami amalkan prinsip mengharamkan terus botol susu ni. Agak2nya apa kami buat? Hehe..

Semua kambing2 kami tidak diberi ubat cacing secara berkala (periodic deworming) tetapi selective deworming diamalkan. Syukur alhamdulillah sekali lagi, tiada tanda2 kecacingan pada kambing2 ini.

Jadi, banyak juga yang berlaku dikandang cuma nanti insyaallah ada rezeki akan kami kongsi2 berkenaan aspek pembiakan kambing ni. Bahagian kedua pula tentang bakat semulajadi kambing ni sebagai mesin penebus guna tanah terbiar. Satu dilema umum untuk semua orang banyak tanah di Malaysia yang banyak tanah warisan tapi tidak dimanfaat kan.
Kami cuma nampak peluang disini, cabaran semak akan kami selesaikan sikit2

Ini pokok apa ya? Ada manfaat tak pada kambing

Makan kuat2, anak2 sedang menanti dikandang

Makin terang ini kawasan.

Fokus dan komited. FOCUS - Forget Others Commitment Until Success

Dalam pada itu, ada juga yang dating atas tunggul

Kawasan ragut memang terhad, jadi dengan adanya gembala dan kambing2 penggempur. Makin lapang tanah2 ni. Boleh nampak kawasan semak samun ni? Dulu tanpa gembala kambing tak berani masuk cari makan.

Tetapi sejak adanya motivasi daripada gembala dalam menaikkan self esteem kambing2 menjadi jentera penggempur. Lihatlah hasilnya. Masyaallah, sungguh memberangsangkan.

Tak lama lagi akan wujudlah kawasan lapang idaman kalbu. Sambil2 menggembala kambing terlihatlah pula ular sawa didalam semak. Gemuruhlah darah dan gementarlah hati. Fikir punya fikir, dulu Nabi Muhammad SAW menggembala ancamannya serigala. Jadi sudah lumrah alam akan ada cabaran dimana2. Kan ku panjatkan usaha dan doa beserta tawakal pada Allah swt untuk memberanikan diri.

Memang besar manfaat menjadi penggembala pada pembentukan sahsiah diri individu ni ya. Tak sangka pula diri yang serba lemah dan banyak kekurangan ini mampu masuk kedalam hutan belantara berseorangan diri bersama kambing2 dengan hanya berbekalkan kesabaran dan sebilah senjata. Dulu, perasaan takut itu ada tetapi kini aku lebih berani dan berdikari insyaallah. Doakan keselamatan kami ya para pen ternak kambing sekalian. Majulah Industri pen ternakan kambing Malaysia dan islam keseluruhannya. Amin