Beberapa bulan lepas ada saya kongsi pemerhatian tentang kadar pertambahan berat badan kambing bunting dan hipotesis awal saya mengenai hubungan kait antara kadar pertambahan berat badan pada 3 bulan pertama dengan bilangan anak kambing dalam kandungan. Pada hemat saya, perkara ini penting dalam program ternak kambing setiap pembiak. Penjagaan ibu bunting.
Triplet pertama di kandang. Ibu kambing merenung jauh kehadapan tentang hari2 mendatang |
2 anak kambing solehah, Uswah dan Hasanah. Ibu kambing lepas makan masing2 menunggu dengan sabar kepulangan ibu dari kerja |
Ini kerana kambing2 yang saya kahwinkan kesemuanya telah melalui proses pemulihan nutrisi dan kondisi badan agar kadar perlepasan ovum dalam rahim induk tinggi. Dengan kata lain untuk dapat anak kembar lah ni. Daripada kajian yang dilakukan mengenai faktor2 mendapatkan anak kambing kembar dan seterusnya menaikkan kidding rate kandang saya. Satu cabaran besar untuk pen ternak kambing memastikan tahap kemandirian (survivability) ladang mereka adalah kidding rate tinggi dan mortality rate pula sifar.
Bermulalah proses yang panjang yang melibatkan banyak aspek operasi kandang dikaji semula dan akhirnya rantaian dari cetusan proses penambahbaikan secara istiqamah pada kuantiti sedikit akhirnya membibitkan hasil kumulatif yang memuaskan.
Daripada 5 kelahiran di kandang, 1 ibu melahirkan kembar 3, 3 ibu kembar 2 dan 1 ibu anak tunggal. Purata adalah 2 anak peribu. Kalau kira kidding rate per kelahiran sudah 2kids/parity. Seterusnya kami mahu lihat pula prestasi keseluruhan kandang pertahun.
Ini juga kali pertama kes kelahiran kembar tiga (triplets) berlaku dikandang kami. Alhamdulillah syukur dan setakat ini teori pertambahan berat badan berkadar langsung dengan bilangan anak ada benarnya. Apa untungnya maklumat ini pada seorang pen ternak kambing macam kita ni?
Pada kami, dari maklumat ini, kadar pemberian gizi dan diet kambing dapat diselaraskan supaya semua anak kambing dilahirkan sihat dan cukup zat. Cuba bayangkan, kambing bunting kembar 3 tetapi kadar pengambilan makan hanya cukup untuk 2 ekor. Apa yang akan terjadi? Besar kemungkinan anak yang lahir kurus dan lemah kerana induk kambing tidak dapat khasiat yang cukup. Inilah yang terjadi apabila ada anak kambing yang hidup dan ada yang mati sejurus dilahirkan.
Kambing2 bunting ini diberikan senaman secukupnya disamping khidmat pakar kaunseling sepenuh masa. Hehe, tugas gembala adalah penting disini. Apa yang penggembala kambing perasan ialah, kambing induk dengan anak kembar sebenarnya telah kahwin lebih dari sekali dengan kambing jantan. Dan kambing yang dapat anak tunggal pula cuma kahwin sekali sahaja. pembiak dan Pen ternak kambing ada nampak apa2 tak yang penting disini?
Jadi, bukan kambing jantan saja kita pen ternak kambing wajib naikkan libido dan prestasinya. Kambing betina juga sama penting. Kita patut usahakan penambahan kadar pembebasan ovum oleh ovari.
Cuma, bila lahir anak kambing banyak sangat ni, cabaran baru adalah memastikan anak kambing cukup susu dari ibunya. Akan ada persaingan anak kambing untuk susu ibunya. Dan hukum alam pasti ada yang akan kalah. Oleh kerana kami amalkan prinsip mengharamkan terus botol susu ni. Agak2nya apa kami buat? Hehe..
Semua kambing2 kami tidak diberi ubat cacing secara berkala (periodic deworming) tetapi selective deworming diamalkan. Syukur alhamdulillah sekali lagi, tiada tanda2 kecacingan pada kambing2 ini.
Jadi, banyak juga yang berlaku dikandang cuma nanti insyaallah ada rezeki akan kami kongsi2 berkenaan aspek pembiakan kambing ni. Bahagian kedua pula tentang bakat semulajadi kambing ni sebagai mesin penebus guna tanah terbiar. Satu dilema umum untuk semua orang banyak tanah di Malaysia yang banyak tanah warisan tapi tidak dimanfaat kan.
Kami cuma nampak peluang disini, cabaran semak akan kami selesaikan sikit2 |
Ini pokok apa ya? Ada manfaat tak pada kambing |
Makan kuat2, anak2 sedang menanti dikandang |
Makin terang ini kawasan. |
Fokus dan komited. FOCUS - Forget Others Commitment Until Success |
Dalam pada itu, ada juga yang dating atas tunggul |
Kawasan ragut memang terhad, jadi dengan adanya gembala dan kambing2 penggempur. Makin lapang tanah2 ni. Boleh nampak kawasan semak samun ni? Dulu tanpa gembala kambing tak berani masuk cari makan.
Tetapi sejak adanya motivasi daripada gembala dalam menaikkan self esteem kambing2 menjadi jentera penggempur. Lihatlah hasilnya. Masyaallah, sungguh memberangsangkan.
Tak lama lagi akan wujudlah kawasan lapang idaman kalbu. Sambil2 menggembala kambing terlihatlah pula ular sawa didalam semak. Gemuruhlah darah dan gementarlah hati. Fikir punya fikir, dulu Nabi Muhammad SAW menggembala ancamannya serigala. Jadi sudah lumrah alam akan ada cabaran dimana2. Kan ku panjatkan usaha dan doa beserta tawakal pada Allah swt untuk memberanikan diri.
Memang besar manfaat menjadi penggembala pada pembentukan sahsiah diri individu ni ya. Tak sangka pula diri yang serba lemah dan banyak kekurangan ini mampu masuk kedalam hutan belantara berseorangan diri bersama kambing2 dengan hanya berbekalkan kesabaran dan sebilah senjata. Dulu, perasaan takut itu ada tetapi kini aku lebih berani dan berdikari insyaallah. Doakan keselamatan kami ya para pen ternak kambing sekalian. Majulah Industri pen ternakan kambing Malaysia dan islam keseluruhannya. Amin
No comments:
Post a Comment