Assalamu'alaikum rakan2 pen ternak kambing sekalian, semoga Allah swt memelihara iman dan kesihatan kita seadanya. Banyak perkara berlaku minggu ni, dan melihatkan perkembangan semasa adalah penting bagi kita umat islam melihat kembali situasi yang melanda negara kita dan masyarakat islam lain di seluruh dunia.
Hari rabu lepas, saya berpeluang ke kandang rakan penternak kambing di Perak, adalah hajat sikit nak tengok kambing2 induk untuk dijadikan ibu di kandang saya. Proses pemindahan kambing melepasi sempadan negeri agak rumit. Banyak prosedur dan tatacara yang sepatutnya diadakan untuk kemaslahatan semua pihak.
Kena buat ujian darah aka blood test bagi penyakit2 berjangkit seperti kaki dan mulut FMD dan sebagainya. Betullah kena buat, dan semua ni dilakukan badan berwajib diamanahkan kerajaan untuk melaksanakannya. Proses ni semua memakan masa 1 bulan, tengok budaya kerja cawangan juga. Ada 1 bulan dan yang cepat sikit 2 minggu dah siap.
Kita warga marhaen ni menurut sahaja yang baik. Cuma tertanya2 juga kenapa ada perbezaan ketara antara kualiti perkhidmatan agensi kerajaan. Ada cepat dan lambat. Gaji sama je kan?
Jadi selepas sebulan, ujian darah dilakukan dan sampel mendapati semua kambing bebas penyakit pandemik dan endemik. Tiba masa mengangkut kambing dari Perak ke Selangor. Ada lagi satu prosedur wajib dilalui iaitu PERMIT pemindahan ternakan. Pun diuruskan oleh agensi yang sama.
Rakan2 Pen ternak kambing, Kena keluar duit juga bergantung pada kuantiti kambing dipindahkan. Takpa2, ikut je mana yang baik. Jadi, proses pengeluaran permit ni pun makan masa juga.
Ikut perancangan, hari selasa sepatutnya permit siap, tetapi selepas dihubungi pihak terbabit dimaklumkan bahawa permit belum siap lagi.
Habis lari rancangan nak pindah kambing keesokan harinya. Terpaksalah rakan pen ternak kambing seorang ni pergi kesana lagi tengahari esok. Semasa permit diambil, jumlah perlu dibayar diatas resit hanya RM33.
Apa yang menjadi tanda tanya, staf di kaunter meminta RM70 dan enggan memulangkan baki. Ini yang diceritakan rakan saya. Patutlah permit lambat siap rupa2nya ada udang disebalik mee.
Awal tahun 2012, saya telah menghadiri kursus sembelihan di Agensi agama islam (Nama takyah sebutlah), Alhamdulillah lulus semua ujian bagi mendapat tauliah sembelihan. Yang menghairankan ialah, sampai sekarang tauliah masih belum diberi atas alasan pihak atasan masih belum menandatangan perintah keluar tauliah.
Ada kenalan saya mengatakan bahawa, kalau guna jalan lain sekejap saja lulus. Tetapi memandangkan ini agensi agama jadi setakat ini, kami masih menunggu dengan sabar dan berharap proses berjalan lancar.
Moga2 negara kita selamat dan bebas dari gejala rasuah ni. Duit dari rasuah ni memang akan dibakar api neraka. Duit yang sama juga kamu berikan pada anak2 dirumah. jadi rakan2 pen ternak kambing, Adakah dari duit ini anak2 yang soleh solehah yang taat menurut ibu bapa akan dilahirkan?
Balik pada empunya diri bukan.
No comments:
Post a Comment