Tuesday, February 5, 2013

Rantai Makanan dan Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Salam Kerajinan Pen ternak kambing Malaysia. Tak kiralah rajin menaip, rajin belajar dan rajin mengepos. Dulu masa sekolah kita ada belajar sikit2 pasal rantai makanan. Ingat lagi tak?

Bagi menjernihkan sedikit apa itu rantai makanan, sila rujuk carta aliran dibawah
RUMPUT     -->BELALANG       -->BURUNG PIPIT   -->BURUNG HELANG
Producer       Primary Consumer         2ndry Consumer          Tertiary Consumer
1000                300                                   80                              10

Lebih kurang macam tulah rupanya rantai makanan ni para pen ternak kambing semua. Dari kiri ke kanan menurut arah anak panah tersebut. Bilangan individu pula diwakili nombor dibawah. Rumput paling banyak turun ke helang paling sedikit.

Dah lama juga kami terfikir, jika kita perkenalkan spesis baru dalam satu habitat. Ekosistem dikawasan tersebut tentu akan berubah bukan. Komuniti haiwan yang sudah seimbang dan stabil akan mula goyah dan tumbang. Sehinggalah keseimbangan baru dicapai semula. Khususnya apabila program ternak kambing kita telah merubah sistem ini.

Contohnya macam nilah, apa terjadi apabila kambing masuk dikawasan baru dalam kuantiti banyak.

RUMPUT & FORAJ --> KAMBING -->ANJING LIAR --> ULAR SAWA

RUMPUT &FORAJ-->KAMBING-->ULAR SAWA

Rantai makanan diatas ini menunjukkan keadaan jika kambing diperkenalkan dalamsatu kawasan tanpa campurtangan gembala. Maksudnya tanpa gembala. Kambing2 makan rumput. Kambing sebagai Pengguna Primer, jadi siapa nak jadi pengguna skunder? Maka jika ada kematian kambing dan anjing2 berjaya menghidu dan pindah masuk kawasan tersebut akan berlakulah hukum alam untuk mengawal populasi kambing.  Boleh terima ke pen ternak kambing semua? Tak pun ular sawa.

Andai ada pula campurtangan manusia dengan adanya gembala, rantai makanan bertukar. Anjing2 tidak dapat makan kambing dan mungkin akan pindah ke kawasan lain. Jika tiada gembala, anjing makan kambing, mereka membiak dan bertambahlah anjing2. Sistem belum stabil. Makanan anjing banyak, jadi anjing terus membiak. Tapi dengan adanya gembala, anjing susah dapat makanan dan kuranglah populasi anjing. Bila anjing tiada, datang pula cara baru untuk kekang saiz populasi kambing yang meletup diluar kawalan. Apakah itu pen ternak kambing semua.

Datanglah cacing dan penyakit. Makin besar kawanan kambing, semakin banyak cacing menyerang dan penyakit datang. Semakin tinggi input dan sukar dikawal. Itu logik yang dapat difikirkan pagi2 ni. Jadi, berfikirlah dengan panjang dan semasak2nya, jika kita ubah sistem alam tentu akan ada pengadaptasian oleh alam untuk mewujudkan keseimbanagn semula. Salam kepada pen ternak kambing semua. Wallahu'alam

2 comments:

  1. saya sokong. apabila ada campur tangan gembala, rantaian makanan akan berubah. dan sekali lagi perancangan Tuhan yang Maha Bijaksana akan mengawal balik rantaian tu. apabila kambing terlalu banyak, datang la penyakit, lahir la kambing yang tak perform, memaksa penternak untuk takai. bila kambing terlalu sedikit, naik la permintaan, menggalakkan penternak untuk membiak dengan lebih banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biak kambing ni memang banyak elemen nasib dan takdir tuhan. Ada orang tanah cantik dan sesuai untuk kambing tapi terbiar tak diusahakan. Ada pula tak da tanah tapi minat bela kambing. Memang dilema.

      We tend to waste what we have until non is left. Wallahu'alam

      Delete