Assalamu'alaikum Wrmbth, sudah beberapa masa berlalu semenjak saya membeli kambing2 baru untuk pembakaan dan banyak juga perkara baru sudah dipelajari. Alhamdulillah ramai sudi tunjukkan jalan dan berkongsi ilmu kepada saya yang dalam kegelapan mencari haluan yang benar di dunia penternakan. Mana tidaknya, informasi dan ilmu dalam bahasa melayu tentang ternakan kambing sangat kurang. Hari ini, sedikit sebanyak saya ingin berkongsi apa yang dipelajari tentang pemakanan kambing ternakan ni. Banyak sungguh kesilapan yang dibuat dan banyak juga yang dipelajari. Perkara penting yang terlepas pandang tentang pellet kambing.
Kambing perlu sumber makanan yang mencukupi untuk membesar dan melalui pembacaan, saluran pencernaan kambing ni memproses makanan lebih cepat daripada lembu. Jadi apa yang dimakan perlu betul dan mudah diserap. Ada istilah penting yang boleh kita ambil maklum iaitu "total digested nutrient" aka TDN memberikan kita maklumat tentang berapa peratus daripada makanan yang diambil kambing diserap kedalam badan. Bercerita tentang pellet kambing, ada banyak sumber kita boleh beli daripada pelbagai pihak dan penting bagi kita penternak kambing memilih pellet kambing yang mana betul kandungan nutrisinya.
Mana tidaknya, harga pellet kambing memang pelbagai. Ada yang murah RM28/50kg dan mahal sehingga RM50/50kg. Tetapi harga bukan kayu ukur yang sesuai untuk hasil akhir. Contohnya, kami pernah menggunakan pellet keluaran syarikat bumiputra yang memang murah, RM28/50kg sahaja. Itu masa zaman jahil, tak tahu langsung tentang Calcium to phosphorus ratio, analisis kandungan dan kesannya pada kambing ternakan kita.
Setiap hari memang banyak kami beri pellet kambing murah ini pada ternakan, tapi yang hairannya keadaan kambing makin hari kian merosot. Badan makin kurus dan bulu makin tak cantik. Selera makan memang tinggi, tinja juga cantik berketul tapi fisiologi macam tak seimbang. Memang malnutrisi ni. Selidik punya selidik akhirnya tedetik di hati daripada ilham Allah swt untuk buat pembacaan tentang nutrisi bagi kambing dan rupa2nya kambing saya ni mengalami malnutrisi keranan pellet kambing yang kami berikan tidak mampu menampung keperluan gizi harian. Kami juga tidak menyedari ancaman aflatoksin kepada ternakan kambing. Terima kasih kepada tuan alwi kerana berkongsi maklumat penting ni. Sumber rujukan mengatakan..
Protein : Sumber http://www.cals.ncsu.edu/an_sci/extension/animal/meatgoat/MGNutr.htm
Protein is usually the most expensive component of the goat diet. Protein is required both as a source of nitrogen for the ruminal bacteria and to supply amino acids for protein synthesis in the animal's body. When the levels of protein are low in the diet, digestion of carbohydrates in the rumen will slow down and intake will decrease. Inadequate levels of protein in the diet can affect growth rate, milk production, reproduction and disease resistance negatively, because insufficient amino acids are getting to the intestines to be absorbed by the body. Unlike energy, excess of protein is not stored in the body of the goat. Therefore, it is important to feed enough protein to cover the nutritional requirements of the animal. Protein nutritional requirements vary with developmental and physiological stages and level of production
Memang patutlah tahap kesihatan dan keimunan kambing makin menurun, kurang sumber protein ni. Dulu kami pernah bekalkan kambing dengan soya basah dan terbukti badan memang cepat naik dan kambing memang menyukainya tetapi rupa2nya kacang soya ni ada hormon estrogen semulaji yang menggangu fungsi reproduksi kambing. Kesan jangka panjang pada kambing jantan memang besar. Jadi kami hentikan penggunaan soya basah. Terima kasih sekalai lagi kepada mereka yang berkongsi.
Sebenarnya makhluk ruminan mempunyai kemampuan menghasilkan protein untuk keperluan sendiri jika nutrien yang mereka perlukan mencukupi. Tetapi dalam keadaan tertentu, seperti musim hujan dan kambing tidak dapat dilepaskan mereka memerlukan sumber protein dari sumber lain. Lemak dapat digunakan untuk menyimpan karbohidrat tetapi protein tidak dapat disimpan badan. Jadi, berlakulah penyusutan otot kerana kekurangan protein dan berlakulah pengurangan BCS.
Alternatif lain yang diguna pakai ialah memberi pelet kambing sebagai makanan tambahan. Alhamdulillah, memang kambing suka pelet berasaskan bijiran ni. Oleh kerana kambing pun suka maka saya pun belanjalah kambing ni makan lebih pelet. Moga2 cepat berisi dan membesar dengan sihat. Masuk hari ketiga, barulah saya tahu ada mudaratnya beri kambing lebih bijiran ni. Sebelum saya beli pelet kambing, adalah buat sedikit kajian, disarankan pengambilan bijiran tidak boleh terlampau banyak tetapi tiada pula disebutkan mengapa? Salah satu sebab adalah Law of Diminishing Return dari penternak veteran. Bijirin ni mahal, mana nak tahan kos pemakanan kambing. Sebab tu dulu zaman Pak Lah ramai tutup kandang sebab tak tahan kos makanan.
Hari ketiga beri kambing makan pelet berasaskan bijirin, ada beberapa kambing yang cirit birit. Kambing sihat, tapi cirit. Adakah sebab cacing? Ikut rekod ternakan baru beri 1 bulan lepas. Rupa2nya hari ini Allah swt nak ajar kita satu ilmu baru, daripada pembacaan beberapa jurnal universiti barat... perut pertama kambing ni aka RUMEN adalah kebuk penapaian (fermentation) dan penuh dengan pelbagai mikrob. Baik dan jahat macam perut manusia juga. Dan bagi melancarkan penghadaman kambing terdapat 2 jenis mikrob yang menghadamkan karbohidrat daripada makanan. Jenis pertama adalah untuk karbohidrat larut (sukrosa maltosa dan sakarida ringkas). Jenis kedua pula adalah untuk mikrob penghadam karbohidrat dinding sel (aka lignin selulose dan etc). Kedua2 ni memerlukan pH yang berbeza untuk berfungsi pada tahap optimum. dan boleh mati jika pH terlalu ekstrim tersasar.
Julat jenis pertama 5.8~6.0 dan yang kedua 6.0~6.8. Jenis kedua ini menukarkan dinding sel yang tidak terhadam oleh organisma monogastrik tetapi bermanfaat bagi makhluk ruminan. Penukaran ini daripada karbohidrat kompleks kepada fatty acid dan bentuk inilah pemberi tenaga utama kepada kambing. Apa yang berlaku kepada kambing apabila kita berika bijiran berlebihan adalah bakteria jenis pertama akan menghadamkan gula/karbohidrat ringkas dan menghasilkan asid laktik dan merendahkan pH dalam rumen. Sekaligus jika terlampau berasid maka matilah bakteria jenis kedua yang banyak jasanya ni.
Disinilah pentingnya kita merancang pemberian makanan termasuk urutannya, menurut pemahaman aku yang cetek ni, kita patut dahulukan pemberian dedaun ataupun rerumput dahulu kerana serat ini akan dihadamkan oleh bakteria jenis ke2. Air liur yang banyak akan dihasilkan semasa memakan serat dan air liur ini mempunyai ciri2 alkali yang akan meninggikan pH rumen dan sesuai untuk bakteria ke2. Selepas 45 minit barulah disarankan pemberian bijiran sebagai makanan tambahan sekiranya kualiti foraj di kawasan anda rendah. Kawasan aku ni mungkin dan terlebih ragut rumput semasa musim panas dan hujan tak turun sangat. Rumput2 yang berkualiti sudah habus dimakan.Jadi ada diantara kambing mengalami penurunan kualiti hidup dan daya tahan melawan penyakit. Ada yang dah dapat kurap dan ini petanda awal gizi tidak seimbang.
Jadi selepas ini, kami akan lepaskan kambing meragut atau beri makan tumbuhan hijau dahulu dan tunggu selama 45minit sebelum pemberian pelet kambing berasaskan bijirin. Berpeluh dan berpinar juga kepala bila lihat kambing cirit, jika kita panik mungkin terus disalahkan pada cacing dan coccidiocis. Selepas itu mulalah "trigger harpy" untuk beri ubat cacing. Cacing2 yang tidak puas hati kerana dipersalahkan atas kesalahan yang tidak mereka lakukan pasti menuntut kisas dan berlakulah drama pemberontakan. Hehe.
Artikel yang aku karang tentang pelet kambing dan nutrisi ni untuk rujukan aku kelak supaya tidak lupa. Boleh jadi betul untuk kes anda. Jika boleh diambil manfaat dipersilakan mencedok. Jika tidak berkesan saya tak dapat membantu anda kerana kambing kita tanggungjawab kita. Saya pun dah penat cari orang untuk dipersalahkan. Lebih baik kita cari penyelesaian melalui ilmu. Wallahu'alam