Wednesday, July 25, 2012

Pelet Kambing dan Mastitis

Assalamu'alaikum Wrmbth, Pelet kambing ni umpama serampang 2 mata. Ada manfaat tapi boleh juga mendatangkan mudarat kepada penternak sekalian. Daripada sedikit bacaan jurnal dan rakan penternak lain, penyakit jangkitan ambing susu kambing aka mastitis ada kaitan dengan pngurusan penggunaan pelet kambing yang tidak betul.

Pemberian pelet kambing yang berlebihan dan pada masa yang tidak sesuai boleh meninggikan risiko mastitis. Kandungan gizi pelet kambing yang tinggi peratusan TDN nya akan menambahkan pengeluaran susu pada kambing yang sedang dalam tempoh laktasi. Kambing yang sedang menyusukan anak memerlukan keperluan nutrien yang tinggi tetapi semasa proses cerai susu, jika pemberian pelet kambing berlebihan berlaku, kadar pengeluaran susu tidak berkurang dan tidak dapat dikeluarkan dari ambing kerana anak kambing sudah dipisahkan lebih2 lagi jika cerai susu diadakan awal.

Pemakanan foraj semulajadi dapat mengurangkan kadar jangkitan mastitis kerana pengeluaran susu adalah terhad berbandaing penggunaan pelet. Melalui rujukan daripada sumber institusi barat, ibu kambing perlu dihentikan pemberian pelet 4-5hari sebelum pemisahan untuk mengurangkan kadar pengeluaran susu. Ibu kambing akan secara semulajadi mengurangkan kadar susuan dan ini memudahkan proses cerai susu. Ibu kambing selepas susuan juga dihentikan pemberian pelet selama 4-5hari.

Artikel ini adalah nota dari sumber rujukan saya tentang baik buruk pemberian pelet kambing. Jika ada manfaatnya silakan mengambil manfaat. Pihak kami tidak menjamin hasil dan juga tanggungjawab daripada pihak anda kerana perbezaan kaedah pengurusan kandang. Semoga orang islam bertambah maju dunia akhirat. Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment