Thursday, July 5, 2012

Kambing Dari 2 Belah Pihak

Assalamu'alaikum Wrmbth, sambil buat kajian penambahbaikan terjumpa pula cemuhan saudara seakidah berlainan warna bendera dan citarasa mengulas tentang kegagalan pihak lawan membela kambing.

Saya pun tak sanggup nak kongsi dalam blog saya yang fokus pada hala tuju kehadapan ni, bagi yang berminat boleh rujuk link di bawah ini

http://pipitkampung.blogspot.com/2012/05/setelah-lebih-dua-tahun-operasi-lembah.html

Kasihan lembah kaprima gagal, ada gambar susukan kambing guna botol lagi tu. Memang patut di ban penggunaan botol susu ni. Pakai la jenama mahal2 pun pada botol susu ni Pureen ke, Avent ke, Tollyjoy ke tak bawa faedah pun. Saya rasa lebih baik kita sibuk majukan diri daripada sibuk berbicara hal kegagalan orang lain dan yang pasti mencanang kegagalan pihak berlainan ideologi tidak akan membawa kita ke mana kecuali mengundur kebelakang kerana dalam sibuk kita mengata rupa2nya sama bangsa. Ish3

Di Klang ni pun ada kandang super besar yang mempunyai kaitan dengan politeknik, belah mana tak kisah la tapi memang cantik kandang dia, besar, sejuk banyak pokok tapi sepi dengan populasi kambing hampir pupus. Kalau buat kiraan coccidiacis untuk kambing mungkin 1:100 kaki persegi pun dapat. Semoga tuan kandang dapat terus bertahan dengan ujian menternak kambing walau apa warna bendera anda kerana suka atau tidak kita seakidah

No comments:

Post a Comment