Sunday, July 8, 2012

Daya Tahan dan Daya Rintangan Kecacingan

Assalamu'alaikum Wrmbth, Masalah kecacingan memang menjadi masalah utama kandang2 kambing di serata dunia. Penggunaan ubat cacing ataupun dewormer bukan satu alternatif yang baik kerana penyalahgunaan ubat anthelmintic ini menyebabkan kadar ketahanan cacing pada ubat ini menjadikan mereka imun. Cacing2 ini pula akan mewariskan keimunan mereka pada keturunan cacing lalu mewujudkan cacing2 hebat yang kebal pada ubat cacing.

Jadi apa alternatif untuk menternak kambing jika masalah ini, penternak veteren alwi ada menyebut tentang ciri ciri resistance dan resilience. Bagaimana agaknya cara untuk kita tingkatkan sifat daya rintangan dan tahan kambing ternakan kita terhadap ancaman kecacingan? Sumber dibawah ini saya petik daripada "ALABAMA A&M AND AUBURN UNIVERSITIES Haemonchus contortus (Barber Pole Worm) Infestation in Goats"


Deworm the doe soon after she has kidded. The pregnancy hormone progesterone and the lactate hormone prolactin have been shown to reduce the ability of does to fight worm infestation.

Progesterone suppresses the doe's immune system. Does that are lactating and raising kids are more susceptible to worms. Monitor the herd closely from kidding to weaning. Goat genetics are an important component that will determine an animal's ability to resist H. contortus infestation. Resistance can be measured by fecal egg counts (FEC).

The resistance to worm infestation is heritable. The doe's ability to withstand infestation is defined as resilience and is measured by blood hematocrit or packed cell volume (PCV). Resilience is less heritable than resistance.
 Jadi, selepas membaca petikan diatas, sudah tentu anda dapat lihat kaitan antara pembebasan hormon mengandung progesteron dan estrogen dalam badan kambing dengan kitar hidup cacing. Cacing yang dorman akan menyerang dan melipatgandakan bilangan telur semasa selang masa ini. Ini bagi mengawal saiz populasi semulajadi dan juga sebagahagian daripada rantaian makanan. Jika kambing terlalu banyak maka bilangan tumbuhan yang merupakan pengeluar (producer) juga akan terjejas. Risiko cacing ni boleh diminimakan jika kambing diternak secara intensif (sepanjang masa atas kandang) tetapi kos makanan pula akan naik. Ish3, dilema betul semua ni.

Daripada kajian diatas juga terdapat kebarangkalian jalan penyelesaian, iaitu ciri daya rintangan kambing pada cacing dapat diwarisi dan satu lagi, penggunaan tumbuhan yang mempunyai sifat anthelmintic bagi menaikkan tahan (Resilience) kambing terhadap serangan cacing yang dapat diukur melalui kaedah isipada sel termampat (Packed Cell Volume) ataupun mengukur kandungan Hemotocrit darah. Aku pun masih baru dengan istilah ni, jadi mungkin lepas ni boleh kaji apa dia hemotocrit darah dan kaedah PCV tu.

Daya Rintangan cacing ni ciri genetik dan boleh diwarisi oleh keturunan, jadi itu gunanya kita simpan rekod kesihatan kambing. Daripada rekod tersebut kita boleh lihat kekerapan simptom serangan cacing seperti cirit birit dan sebagainya. Jadi, nampaknya selepas ini kambing kambing yang mempunyai resistance yang tinggi boleh dibuat baka dan yang kurang tu boleh disembelih atau dijual sahaja. Ikut saranan kaedah FAMACHA, majoriti populasi cacing dalam kandang kita ada pada lebih kurang 10% kambing. Kalau kita dapat kenal pasti dan singkirkan insyaallah kuranglah masalah ternakan. Aku rasa alwi dah sampai tahap ni dalam pengurusan ternakan kandang.

Daya tahan aka Resilience pula, rupa2nya ada kaitan dengan pemakanan kambing. Inilah peranan Condensed Tannin ataupun nama melayunya Tannin Terkondensasi (hehe, kelakar bunyinya). Condensed Tannin meningkatkan daya tahan kambing dengan merendahkan kiraan telur pada feces dan meninggikan isipadu sel termampat. Ini dari sumber rujukan yang sama. Anda boleh baca word by word daripada petikan dibawah

Use of Plants with Anthelmintic Properties
Researchers are exploring the use of plants to control barber pole worm. Forages,
such as clover, vetches, chicory, and sericea lespedeza, contain condensed tannins. Condensed tannins reduce the number of stomach worms and egg production.
Feeding sericea lespedeza hay to goats can reduce fecal eggs counts by 80 percent and create a higher packed cell volume.
Daya tahan kambing nni bukan diwarisi melalui genetik jadi suaplah daun pisang dan ubi kayu pada kambing.  Itu hasil kajian, jadi pada penternak yang masih mentah macam saya ni, tiada salah untuk mencuba. Insyaallah dengan kesabaran dan tawakal pada Allah swt akan ada juga caranya. Mari kita usaha sama-sama.

Bersambung di bahagian 2 : KLIK SINI

No comments:

Post a Comment