Thursday, August 16, 2012

Kambing dan Perkembangan Perut

Assalamu'alaikum Wrmbth, Perut kambing mengalami perubahan daripada lahir sehinggalah dewasa. Kambing tergolong dalam kategori haiwan ruminan iaitu haiwan yang mengeluarkan semula isi perut pertama "rumen" dan masuk semula kedalam mulut untuk dikunyah dalam bentuk "cud" sebelum ditelan semula kedalam perut kedua "Retikulum". Ada dua lagi perut iaitu omasum dan abomasum. Apa kepentingan kita belajar semua benda mengarut ni? Pada kami, lebih banyak anda tahu tentang kambing lebih tinggi peluang projek anda berjaya dan kuranglah kos kerugian dan pembaziran atas sebab kejahilan. Percayalah, kejahilan merugikan.

Semasa kambing kecil, saiz kempat2 perut ini berbeza berbanding apabila mereka meningkat dewasa. Saiz rumen kecil berbanding abomasum (perut keempat dan serupa dengan perut manusia). Pada peringkat muda aka kid, kambing mendapat majoriti nutrien daripada susu ibu yang kaya dengan antibodi. Semasa susu diminum oleh anak kambing, sus tersebut terus ke abomasum kerana akan ada saluran pintasan aka bypass daripada esofagus (salur makanan, atau urat marih.. urat ni yang wajib putus semasa sembelihan selain urat halkum dalam mazhab syafie, kalau mazhab maliki campur dua urat lagi iaitu urat wadajain dengan nama siantifik arteri karotid dan vena jugular) terus kepada perut keempat abomasum. Pada peringkat ini, rumen, retikulum dan omasum belum digunakan sepenuhnya kerana pengambilan serat belum lagi menjadi diet utama kambing.

Jadi, apabila kambing meningkat dewasa saiz dan mula belajar makan berserat daripada foraj. Makanan hijau berserat akan dikunyah dan bercampur dengan air liur aka saliva dan ditelan dalam bentuk bolus melalui tindakan peristalsis. Populasi bakteria dalam rumen akan mula meningkat dan serat akan dihadamkan oleh enzim yang dibebaskan daripada bakteria dan protozoa didalam rumen. Sejajar dengan perkembangan rumen, saiz retikulum (berfungsi sebagai penapis seperti logam berat) dan omasum (penyerap air dan fatty acid iaitu sumber tenaga kambing) juga membesar. Menjelang dewasa saiz perut lain akan lebih besar daripada abomasum (Berasid dan prinsip sama seperti perut manusia). Boleh rujuk rajah dibawah:
Saiz perut kambing semasa dewasa dan kecil
Jadi, sekarang ni kita dah tahu beza perut kambing mengikut umur mereka, secara teorinya jika kita mahukan kambing yang lebih cepat besar, perlua ajar makan makan berserat lebih awal tetapi pastikan bebas cacing. Maksudnya lebih selamat ambil dedaun hijau daripada pisang dan ubikayu kerana ikut kajian, cacing dan telurnya banyak terdapat di tumbuhan pada paras 0-4inci daripada tanah.  Itulah kisahnya, saya baru baca artikel menarik dan menyedari ilmuan islam dahulu ada menyebut "ilmu adalah seperti ikan yang licin jadi tangkaplah ia dengan menulisnya. Sumber: http://www.ansci.cornell.edu/4H/meatgoats/meatgoatfs14.htm

No comments:

Post a Comment