Thursday, August 16, 2012

Tips Ternak Kambing Kenali Bunyi

Assalamu'alaikum Wrmbth, sebagai seorang pen ternak dan pembiak kambing, penting bagi kita mengetahui perbezaan bunyi yang dihasilkan oleh haiwan ternakan. Bunyi-bunyi embekan yang berbeza dihasilkan oleh mereka bagi memberitahu tuan punya kambing keadaan semasa mereka. Sebagai contoh, bunyi kambign semasa sakit tidak sama seperti bunyi untuk meminta makanan. Pen ternak kambing yang berpengalaman akan dapat membezakan jenis bunyi dihasilkan melalui pemerhatian berterusan dan istiqamah terhadap binatang ternakan.

Tahaukah anda, semua nabi utusan Allah swt telah menjadi pengembala kambing sebelum diangkat menjadi utusan Allah. Sudah pasti ada kualiti yang dapat diwujudkan pada diri individu secara sedar ataupun tidak. Saya percaya salah satu daripada rahsia ini adalah kemahiran mendengar masalah orang bawahan ataupun rakyat / umat. Pen ternak kambing harus peka dengan perubahan semua ahli dalam kandangnya dan pemimpin yang baik lebih banyak mendengar daripada bercakap.

Secara umumnya, terdapat beberapa jenis pekikan kambing yang harus dibexakan oleh pen ternak kambing.
  1. Lapar dan dahaga
  2. Sakit
  3. Bersalin
  4. Memanggil anak
  5. Berahi untuk kahwin
Saya amat memberi penekanan supaya kita sebagai pen ternak kambing mengecam bunyi yang dihasilkan semasa sakit kerana banyak nyawa kambing dapat diselamatkan jika langkah awal diambil sebelum keadaan bertambah buruk. Cuba bayangkan, jika kandang anda masih kecil dan bilangan kambing anda masih tidak banyak maka bolelah anda memeriksa secara visual tahap kesihatan kambing setiap ekor. Tetapi, jika kambing anda sudah beratus ekor, kemahiran mendengar ini dapat membantu anda membezakan kambing sakit dan sihat dari kawanan dan mengelakkan berlaku jangkitan selanjutnya.Kemahiran ini jika digandingkan bersama pemeriksaan visual akan menambahkan lagi kecekapan anda mengendalikan kambing peliharaan anda. Sasaran kita, minimakan kematian dan maksimumkan keuntungan melalui pengoptimuman sumber.

Bagi membaca artikel penuh TIPS TERNAK KAMBING KENALI BUNYI SILA KLIK SINI

No comments:

Post a Comment