Assalamu'alaikum Wrmbth, dalam artikel lepas, kita ada membincangkan kaedah menentukan kesihatan kambing yang sihat dan sakit melalui jenis bunyi ngembek yang dihasilkan kambing. Sudahkah anda mencubanya? Insyaallah dengan sedikit latihan dan kesabara kemahiran ini dapat dikenalpasti. Kali ini, kita akan membincangkan sedikit sebanyak pemeriksaan visual kambing ternakan. Seperti manusia, kambing yang sakit akan mempunyai penampilan yang kurang kemas dan tanda2 yang dapat dikenalpasti. Pen ternak kambing wajar mengambil perhatian perubahan sikap dan rupa luaran kambing kerana secara langsung ia melambangkan keadaan kesihatan semasa kambing tersebut.
Antara perkara asas yang perlu diberi perhatian oleh pen ternak kambing baru ialah,
- Keadaan bulu yang tidak kemas, tidak bersinar dan mudah tanggal. Bulu juga kelihatan meremang tidak seperti normal.
- Gejala lain ialah kambing mengasingkan diri daripada kawanannya dan suka tinggal bersendirian.
- Kurang atau hilang selera makan
- Kerap termenung dan kurang responsif kepada rangsangan luar
- Tidak menegakkan kepala keatas dan menundukkan kepala
- Tidak memandang mata ke mata. Tiada "eye contact" antara kambing dan anda. Betul ni, jika anda selalu memberi makan kepada mereka kehadiran anda akan diperhatikan oleh kambing
- Cirit birit
- Hingus yang tidak jernih
- Kerak mata/ tahi mata yang banyak
Banyak lagi tanda2 yang wajar di beri perhatian semasa pemeriksaan visual kambing. Para pen ternak kambingseharusnya peka pada haiwan ternakan mereka supaya tindakan susulan dapat diambil. Kambing sihat poket pun tebal. Ingat ya, dengan ilmu barulah peratusan kejayaan projek ternak kambing anda berjaya. Minimakan kos sehabis boleh supaya kelangsungan operasi dapat diteruskan. Bagi bahan bacaan tambahan kepada tipas diatas,
SILA KLIK SINI UNTUK TIPS PEMERIKSAAN VISUAL TERNAK KAMBING
No comments:
Post a Comment