Sunday, August 12, 2012

Penting Dalam Ternak Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, jadi setelah membaca artikel saya yang terdahulu adakah anda masih ingin terus men ternak kambing? Jika "ya" jawapannya teruskan membaca. Jika "tidak" saya doakan anda dapat menemui cara lain yang dapat membuahkan hasil. Kerjaya ini memang mencabar, peluang untuk gagal sangat tinggi. Menurut sumber lisan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dalam 10 kandang ternak lembu dibuka 1 akan tutup. Tetapi bagi kandang ternak kambing, hanya 1 daripada 10 kandang  akan terselamat.

Bermakna hanya 20% sahaja populasi pen ternak kambing akan selamat. Baik, kita sambung fokus artikel kali ini. Pemilihan baka kambing untuk diternak sangat bergantung kepada baka kambing yang anda perlu fokuskan kerana kambing diternak bagi susunya, dagingnya dan kulitnya. Malangnya di Malaysia, masyarakat kita masih dalam peringkat permulaan untuk mengolah khasiat haiwan ruminan bertubuh kecil ini. Susu kambing telah pun mendapat sambutan menggalakkan, kini giliran daging kambing pula. Harga daging kambing yang mahal menyebabkan ianya hanya mampu dihidang pada sambutan tertentu sahaja. Fokus kita sekarang ini adalah bagaimana menjayakan pengeluaran daging kambing tempatan.

Musuh utama kambing sekarang adalah cacing, jadi apa mekanisme yang terdapat pada diri kambing supaya projek ternak kambing kita akan memperoleh hasil yang lumayan. Besar modal nak keluar ni. Ciri PERTAMA: Daya Rintangan melawan kecacingan. Ciri ini amat penting dan merupakan faktor genetik dalam darah kambing tempatan. Kambing tempatan dilahirkan di Malaysia dan sudahpun mempunyai kemandirian untuk hidup bersama cacing parasit tempatan. Oleh kerana ini, kambing import yang hendak diternak di Malaysia perlulah di kacukkan dengan kambing tempatan seperti katchang supaya anak keturunannya mampu hidup lama dibumi Malaysia ni. Lebih tinggi daya rintangan pada caing, lebih sukar bagi kambing tersebut untuk sakit kerana cacing.

Ciri KEDUA Daya Tahan kambing melawan ancaman cacing. Orang putih panggil resilience. Andai kata cacing masih mampu membolosi sistem daya rintang kambing, maka mekanisme kedua ini akan bertindak untuk melawan ancaman cacing. Penting untuk sebarang projek ternak kambing untuk mengenalpasti ciri ini. Ciri kedua ini tidak diwarisi dan bukan faktor genetik. Maksudnya tiada kaitan dengan keturunan. Ia berkait rapa dengan pemakanan dan pengurusan kandang anda. Kambing yang cukup makan dan seimbang dietnya serta cukup senaman akan mempunyai daya tahan melawan cacing yang lebih tinggi.

Jadi, jika anda masih berminat untuk membaca lebih lanjut tentang kedua-dua ciri ini bagi menjamin peratusan hidup projek ternak kambing anda, KLIK DISINI UNTUK ARTIKEL PENUH

No comments:

Post a Comment