Friday, July 20, 2012

Kesan Gizi Pelet Penuh Pada Rumen Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, kambing makhluk ruminan pelayar (browsing ruminant.. betul ke terjemahan melayu ni) jadi secara azali lagi dijadikan Allah swt untuk makan foraj dedaun pokok untuk kecekapan sistem penukarannya. Dalam foraj semulajadi ini terkandung banyak serat yang memainkan peranan penting dalam sistem penghadaman kambing. Adalah penting bagi penternak memahami mekanisme rumen kambing supaya gizi yang kita uruskan bertepatan dengan hukum alam ini.

Rumen kambing mempunyai pH normal 6.5 iaitu sedikit berasid dan pH ini dikawal dengan bantuan air liur kambing yang bersifat sedikit alkali. Bagi memastikan foraj berserat ini dihadam dengan baik, keseimbangan adalah penting semasa memberi kambing makan. Pemberian pelet kambing dalam gizi harian kambing memberi impak besar pada populasi bakteria baik didalam rumen kambing yang berfungsi menghadamkan serat dan fiber. Hubungan simbiosis antara kedua-dua makhluk Allah swt ini mewujudkan sinergi kerana kambing mendapat manfaat daripada serat yang dihadam bakteria dan dihadam dalam bentuk asid lemak aka fatty acid manakala bakteria pula mendapat makanan dan perlindungan dalam perut kambing.

Pelet kambing berasaskan bijiran akan dihadamkan dengan cepat oleh bakteria dan menghasilkan keadaan berasid didalamperut pada pH ang lebih rendah. Satu keadaan bernama acidosis berlaku dan mampu membunuh bakteria baik didalam rumen dan membuka peluang kepada bakteria jahat untuk membiak didalam rumen dan memberi mudarat kepada kambing secara langsung. Bukankah peranan air liur (saliva) kambing untuk meneutralkan kembali pH pada paras 6.5? Apabila kita memberi makan pelet kambing berasaskan bijiran, kuantiti air liur yang dihasilkan adalah sedikit dan bentuk pelet ini sendiri yang mudah dihadam tidak memerlukan perembesan air liur yang banyak. Maka dengan itu, peranan air liur sebagai penstabil telah diganggu oleh gizi pelet ini.

Kesan lain yang juga penting tentang pemberian pelet ialah, pada kebiasaannya kehadiran serat akan membesarkan saiz rumen. Tetapi apabila gizi harian ditukarkan majoriti kepada pelet, apa yang terjadi ialah saiz rumen akan mengecut. Karbohidrat daripada pelet kambing adalah dalam bentuk yang lebih mudah dihadam dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk dihadam. Selanjutnya, ini membuatkan tempoh penghadaman didalam salur penghadaman kambing disingkatkan berbanding penghadaman serat. Apabila ini berlarutan untuk tempoh yang panjang dan saiz rumen mengecut, kapasiti pengambilan serat kambing daripada foraj akan terganggu dan mereka akan bergantung sepenuhnya pada pelet kambing untuk khasiat. Maka bermulah mimpi ngeri penternak apabila kambing bergantung sepenuhnya pada pelet, kos makanan pun naik.

Sumber rujukan sedikit sebanyak diambil daripada sumber ini : http://goatgal.com/goatgal/articles/goatmanagement/feeding/digestion.htm

1 comment:

  1. saya sedang mengkaji berkeaan pemberian palet kepada kambing iaitu dengan membandingkan 2 jenis palet yg berbeza.. jadi saya akan melihat dari sudut feed intake dan digestibility.. jika ada kelapangan untuk berbincang, saya sangat2 berharap.. sila email saya : touvanfatailah25@gmail.com

    ReplyDelete