Saturday, September 29, 2012

Kambing dan Malaysia

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Malaysia hujan sepanjang tahun..
Ironinya krisis air berlaku juga kerana suka membazir
 Malaysia banyak tanah untuk pertanian
Ironinya kita banyak import bekalan makanan dan tumbuhan
Malaysia beriklim khatulistiwa dan tak sesuai untuk tanaman 4 musim
Ironinya epal dan anggur boleh ditanam disini. Guna teknik tertentu untuk tipu pokok supaya melalui fasa musim luruh dan sejuk. Lebih pelik orang bukan bumiputra yang banyak berjaya buat
Malaysia banyak tanah untuk penternakan kambing dan lembu
Ironinya sektor penternakan kambing dan lembu banyak diimport dari Thailand dan Australia. 
Malaysia banyak tumbuhan hijau untuk makanan kambing dan lembu
Ironinya kawasan padang pasir lebih sesuai untuk bela kambing dan lembu sebab kering dan banyak parasit. Yang lebih peliknya, kawasan padang pasir kurang air, kambing terpaksa selalu berhijrah untuk cari sumber air untuk hidup. Perjalanan cari air je punyalah susah. Senang ke bela kambing di padang pasir? Atau orang kita saja yang cari alasan untuk tidak maju.
Malaysia ada universiti pertanian sendiri dan banyak graduan veterinar
Ironinya industri penternakan kita tak maju pun
Umat islam harus cemerlang, Hari ini mesti lebih baik dari semalam.. Jangan buang  masa siapa kata kita tidak boleh, kita ada Allah maha kuasa, kita punya kuasa tenaga, doa sebagai senjata, umat islam sentiasa bole 2x

Wednesday, September 26, 2012

Kambing Menuju Wawasan

Assalamu'alaikum Wrmbth, Lagu kegemaran kambing2 saya di kandang. Best2


Monday, September 24, 2012

Kambing dan Keganasan 2

Assalamu'alaikum Wrmbth, selepas hampir sebulan peristiwa berdarah berlalu di kandang saya Alhamdulillah anak kambing jantan saya dah sembuh. Mak cik kambing ganas petak sebelah pun dah insaf.Boleh rujuk KAMBING dan KEGANASAN

Cuma nak kongsi sedikit perkara2 yang boleh dijadikan panduan dan sempadan semasa perkara cemas seperti tersebut berlaku.

Masa pagi kejadian tersebut, memang perkara yang normal untuk panik (kalau belum pernah ada pengalaman, normal ni) Tenang2 dulu, perhatikan keadaan luka kambing dan cuba berhentikan pendarahan. Kambing ni tahan lasak kalau cara jaganya betul. Cara paling bagus untuk berhentikan pendarahan menurut  pengalaman lepas, sapu minyak gamat. Memang cepat pendarahan berhenti.

Lepas tu jangan lupa suntuk antibiotik, kalau ada oxytetracyline dalam simpanan jangan lokek nak guna. AKA terramycin LA. 1cc/kg. Macksudnya kalau kambing ni 20kg maka sukatan dos adalah 2cc. Ini untuk elakkan jangkitan antibakteria, cuma ada kekurangan juga kalau overdose. Hati2 dan cermatlah guna ubat2an ni ya.

Selepas tu asingkan kambing ni dari kawanannya. Kenapa nak asingkan? Masa makan mesti kalah, kena tanduk lagi dengan kambing lain mana nak baik? Stress semasa keadaan macam ni harus diminimakan kerana kita nak elakkan cacing dalam badan ambil kesempatan. Apabila keimunan badan turun mulalah pemberontakan berlaku. Kita sebagai orang islam, patut mengasihani kambing2 ni jadi jangan tambahkan tekanan dengan memukul mereka dan berbelas kasihanlah. Orang barat lebih menjaga hak haiwan tapi anehnya hak manusia terutama orang islam boleh terabai pula. Tapi mereka memang jaga hak haiwan.

Lepas tu perhatikan perkembangan kambing tersebut. Alhamdulillah, kalau BCS kambing tu bagus dan ada simpanan lemak mencukupi memang masa sakit ni simpanan lemak akan banyak digunakan sebagai makanan tubuh. Sakit, mana lalu nak makan. Jadi sekali lagi, kambing anda gemuk dan sihat lebih bersedia untuk menghadapi situasi kecemasan.

Memang kelakar hari tersebut jika diingat semula, ada manusia panik dan buat penilaian drastik.. "Kita sembelih je kambing ni, aku tak yakin boleh hidup... Mulut semua dah teruk tu, melleh2 darah.. ungkin organ dalaman pun dah rosak dan cedera.."Lebih kurang gitulah bunyi insan kalut ni. Hehe.

Tapi Alhamdulillah, kami buat keputusan tepat untuk bersabar dan beri kambing ni peluang untuk hidup. Ternyata semangat juang kambing ni memang tinggi. Hidup dan kacak semula sekarang ni. Cuma, berat turun sikit semasa sakit hari tu (rizab lemak banyak digunakan). Janji sihat, syukur alhamdulillah.

Saturday, September 22, 2012

Kambing dan Polio 2

Assalamu'alaikum Wrmbth, post ni sambungan KAMBING DAN POLIO. Penyakit polio kambing ni memang teruk kesannya pada kambing yang menghidapnya. Masakan melihat pun tak mampu (buta kedua mata tetapi ikut rujukan boleh pulih semula), kambing ni hilang terus kebolehan makan dan minum serta kurang responsif kepada keadaan persekitaran.

Contohnya, satu botol vitamin B complex habis untuk kambing ni saja untuk kegunaan 4 hari. Perghh.. Dos 10mg vitamin B1 atau thiamin per kg. Tapi ubat ni hanya beri 10mg setiap 1cc. Jadi alau picagari jenis 5cc, 3 kali inject. Berapa banyak picagari dan jarum habis tu? Memang harus cari alternatif lain. Kos tak efektif, kalau kambing dah banyak tak payah lah susah2 nak lalui semua ni, sembelih dan selesai masalah anda. Penyakit ni tidak berjangkit tetapi usaha untuk memulihkan seekor kambing memang memenatkan dan memakan sumber yang banyak.

Antara sebab mengapa kambing ni saya tak sembelih sampai sekarang ialah kerana pengalaman dan ilmu yang tidak dapat dibeli. Kesukaran yang dihadapi pasti akan membuahkan hasil satu hari nanti, cuma kita saja yang belum tahu apa perancangan Allah swt untuk kita kelak. Yang pasti ianya adalah terbaik daripada sang pencipta untuk hambanya.

Kambing tak nak makan dan minum, apa penyelesaiannya? Beri ikut tube melalui mulut. Dari rujukan di internet, ada penternak barat kisar rumput dan salurkan makanan terus ke perut melalui tube kerana kambing tidak mampu mengunyah makanan. Habis rosak blender kat rumah kalo ikut cara ni, untuk 2-3 hari pertama nak tak nak kena keluar modal beli susu kambing segar. Sebotol RM5, kalau sebulan tak makan dah berapa? Itupun kalau hidup, tapi jalan orang mukmin kena beriman pada qada dan qadar. Jadi kita sangka baik pada Allah swt. Masuk hari ketiga kami beri susu kambing segar (beli) tiba2 kambing dara petak sebelah boleh beranak pula, malang sekali anaknya lemas sebab lendir di hidung daripada air ketuban menghalang untuk bernafas. Ibu kambing pula tiada pengalaman, cabaran dan dugaan.

Memang rasa terkilan juga anak kambing baru lahir tu mati sedemikian rupa. Memang kurang lena tidur malam tersebut, hati masih bersangka baik pada tuhan maha pencipta. Apa hikmah kambing tersebut mati.. Esok pagi, selepas urusan jenazah anak kambing selesai, ibu kambing yang kematian anak memekik2 memanggil anaknya. Kasihan sungguh nasibmu kambing. Aku pun tak perasan ko dah nak beranak sampai jadi macam ni sebab terlalu sibuk dengan kambing sakit. Kambing baru bersalin kandang saya ni akan saya bersihkan kesan darah untuk mengelakkan serangan lalat. Ada pengalaman tak baik dengan lalat ni sebelum ni. Sambil basuh2 kesan darah, terlihat ambing susu kambing ni, Masha Allah, besar betul saiz ambing ni. Dah membengkak dengan susu, susu yang kaya dengan kolustrum tapi anaknya mati jadi tiada guna lagi.

Akhirnya terdetiklah dihati, kenapa aku tak perah saja susu ni dan beri pada kambing sakit polio tu. Kambing yang dibekalkan pelet ffm 5180 cap persahabatan ni tak sangka menghasilkan kuantiti susu yang super banyak. Banyak betul susu daripada kambing lain. Memang betullah kata penternak senior alwi, terbukti meningkatan produktiviti dan output susu. Hikmah kematian anak kambing tersebut rupanya untuk diberi susu tersebut pada kambing sakit polio. Memang hebat perancangan yang maha esa. Tapi memang ironi, polio kambing ni pun berpunca daripada pelet kambing yang sama. MEmang serampang 2 mata. Hehe.

Dan dalam masa seminggu ni, habis sebotol vitamin B kompleks diberikan pada kambing sakit polio. Alhamdulillah nasihat Alwi untuk menggunakan vitamin HEMATOFOS B12 kerana ia dari sumber organik dan mudah diserap badan. Sumber sintetik dari coal tar lambat dan sukar diserap tubuh kambing. Memang banyak belajar masa kambing sakit kali ni. Hikmah kesusahan pasti ada. Sabar2. Setakat ni kambing masih bertahan selepas lebih seminggu sakit polio. Tanda2 pemulihan mula ada, kambing mula dapat mengunyah makanan. Lebih responsif pada rangsangan luaran. HEMATOFOS B12 juga berfungsi sebagai stimulan perangsang nafsu makan dan pembesaran. Macam APPETON  versi kambing. Salam penternakan tuan2

Wednesday, September 19, 2012

Kambing dan Polio

Assalamu'alaikum Wrmbth, Bulan syawal dah berlalu pergi tapi masih ada rumah terbuka aidilfitri lagi. Memang dahsyat budaya makanan orang kita. Tak lama lagi kita akan memasuki fasa aidil adha pula. Memang sah sibuk geng2 penternak dan trader ni buat duit. Semogo industri penternakan kambing akan terus maju seiring dengan perkembangan ilmu tempatan daripada sumber luar. Hari ni saya nak kongsi sedikit cerita tentang penyakit unik di kandang saya. Polio Kambing aka POLIOENCEPHALOMALACIA. Orang putih panggil goat polio dan penyakit ni baru pertama kali berlaku di kandang saya.

Ingat lagi posting saya tentang kambing yang terkena kembung berbuih dalam perut? Klik link ini untuk maklumat lanjut. POST KAMBING KEMBUNG Alhamdulillah masalah tersebut dah selesai. Kambing tersebut dah dilepaskan meragut dan melayar rumput selepas 2 hari. Memang takda masalah kembung. Tiba2, selepas 4 hari keluar pula cabaran baru dan pelung baru untuk dipelajari dan diselesaikan. Kambing yang sama saya perhatikan makin kurang selera makan, lepas tu cara berjalan makin pelik. Kaki belakang macam kurang koordinasi. Macam mana tu? Jalan terkangkang tuan2.

Belum habis lagi, lepas tu kambing ni gembira semacam dengan menjuihkan mulutnya tanpa sebab. Mula2 tu ingatkan kambing ni dah ready nak kahwin. Akhirnya semasa saya lepaskan kebawah untuk meragut, boleh pula meluncur laju lari kesana sini macam hilang sistem panduan gps. Memang pening tengok apa dah jadi dengan kambing ni. Tak lama lepas tu, kambing ni hilang salah satu derianya. Jadi BUTA. Memang makin pelik apa dah jadi dengan kambing ni.

Jadi... seperti biasa telefon sana sini tanya penternak lain pernah tak tengok dan alami masalah ni. Semua negatif. Tak pernah jumpa lagi. jadi tanyalah pula pada pakcik google. Hasil kajian dan rujukan menemukan saya pada penyakit polio kambing aka goat polio. Puncanya ialah kambing mengalami kekurangan vitamin b1 aka thiamin kerana faktor2 tertentu. Thiamin aka b1 ni penting untuk membantu penukaran karbohidrat dan memberi makanan kepada sel saraf neurologi. Sel otak tu. Jadi bila vitamin ni kurang dalam badan kerana pembekal dan pemproses thiamin dalam rumen mati ataupun terganggu oleh faktor luaran. Salah satunya ialah terlebih makanan bijiran (confirm dari dedak yang dia ratah seekor2 hari tu) yang berlebihan sehingga mengganggu keseimbangan rumen. Memang rumit rumen ni.

Alhamdulillah, penyelesaiannya mudah jika di kesan awal. Suntikan thiamin atau vitamin b1 serta merta pada dos 10~20mg/kg kambing. contohnya kambing seberat 15kg perlukan dios thiamin sebanyak 150mg. Kesannya rawatan awal akan ketara secepat 2 jam bergantung kepada kerosakan pada sel otak. LAgi awal lagi bagus, jangan tangguh2. Kalau lambat rawat kambing boleh mati sepantas 24~42jam. Kami buat silap masa awal tu,memang ada suntik tapi dos tak cukup. Selepas 2 hari rawatan diberikan, kambing masih hidup, tapi buta masih belum pulih dan masih belum mahu makan. Cari lagi jurnal dan artikel barat diinternet, rupanya ubat vitamin yang dibeli ni dos thiamin memang rendah, kira punya kira 15ml baru mencukupi untuk dos yang sesuai dengan berat kambing. BAyangkan, 3 kali suntik untuk masuk thiamin melalui cara intramuscular. Memang kasihan kambing ni. Rawatan ini perlu diteruskan selama 5 hari berturut2. paling bagus semasa hari pertama 6jam sekali. Bayangkan berapa kali kambing ni kena suntuk untuk sembuh.


Masuk hari kelima tanda2 pemulihan mula mucul dan kambing semakin aktif. Melalui kajian, apa yang kita dapat lakukan ialah bantu kambing tersebut makan dan minum. Sekali lagi, minum air melalui tiub. JIka tidak kambing terhidrasi. Yogurt juga boleh diberikan dengan kultur bakteria hidup supaya keseimbangan bakteria hidup dalam rumen kembali pulih. Tak cukup dengan itu, kami masukkan susu kambing segar dalam rumen melalui tiub. Memang banyak guna tiub ni. Mesti ada dalam simpanan. Alhamdulillah selepas 5~6 hari makin pulih kambing ni. Sepatutnya jika dibiarkan tanpa rawatan 2~3 hari dah mati. Semoga semangat juang kambing ni dan tuan punya kambing ni istiqamah. INsyaallah boleh dengan usaha dan tawakal. Wallahu'alam.

Setakat ni, tiap2 kali masalah baru muncul bermakna peluang untuk belajar akan tiba. Pucuk pangkalnya kita tak putus asa. MEsti ada hikmah Allah uji dengan perkara2 ni. Kali ni polio kambing atau goat polio. Esok apa pula.

Sunday, September 9, 2012

Kambing dan Human Resource Management

Assalamu'alaikum Wrmbth, hari ni saya nak kongsi sedikit kisah genting yang berlaku semalam. Pesanan aqiqah dan bukan aqiqah memang banyak sekarang ni. Banyakkk... sampai orang lain perasan dan buka kandang sebelah kandang kami. Puncak permintaan minggu ini adalah semalam dan hari ini. Jadi memang penuh tangan dibuatnya menjawab panggilan sana sini dan itu ini. Pening2, kambing di kandang masih perlu dijaga dan tetamu dari Melaka pun datang semalam secara last minute. Ada satu order kambing mohon dicepatkan minit terkahir dan makin kelam kabut keadaan.

Nak buat kambing golek ni bukan senang, kalau mahir lain cerita 1 jam dah siap. Kalau tak mahu panggang 3-4jam baru siap masak luar dalam. Kemahiran yang tinggi perlu ada pada chef kambing golek ni. Oleh kerana banyak benda last minit berlaku, dan saya pun tak dapat jaga sangat semalam maka memang kadar kebergantungan pada pekerja dan Allah swt memang tinggi. Memang rezeki dapat kawan2 dan pekerja yang sanggup berkongsi susah senang, masa susah tu lah Allah swt nak tunjukkan pada kita siapa rakan sebenar. Chef saya bersusah payah uruskan keadaan semalam dan akhirnya petang tu semua menghembus nafas lega. Kambing semua siap dipanggan dan disajikan.

Saya secara rendah diri ingin mengajak tuan puan amalkan sujud syukur semasa Allah swt selesaaikan masalah kita. Memang senang nak buat dan senang juga nak tinggal.

Balik pada poko cerita diatas, kita dalam berniaga dan berternak kambing, tak boleh elakkan aspek pengurusan manusia ni. Teringat masa awal2 dulu, masalah ni lah hampir buat kami tersungkur. Macam2 perangai, tapi betullah janji Allah dalam kesusahan ada kesenangan (Surah Al Insyirah -- Alam nasyrah laka sodrok..) Dalam susah dan kalut tulah kita senang nak kenal pasti kawan baik daripada lawan. Sistem penapisan semulajadi untuk singkirkan parasit.

Siapa nak berniaga lama, dia kena ada jaringan sumber manusia yang boleh dipercayai dan baik supaya suasana persekitaran dan operasi syarikat berjalan lancar. Betul ni, tak percaya? Cuba tanya orang lain, alwi ke? Pernah tak alami masalah pekerja. Macam aku dulu tiba2 pekerja lari tak nak kerja, tiba2 tak datang kandang terus tak nak bagi kambing makan. Boleh mati kambing aku, nasib baik Allah bagi jalan keluar ada orang yang tolong.

Kes dedak, cuba fikir kalau pembekal kita ni tak reliable dan tiba2 tak nak hantar dedak masa hari hujan semasa musim hujan dan kambing tak boleh lepas. Kambing nak makan apa? Hanya kerana sehari kambing boleh mati. Jadi, carilah kawan2 dan pembekal yang boleh diharap dalam kehidupan seharian. Kadang2 tu memang mereka ni pun ada angin juga dan buat perangai tapi sebagai manusa biasa siapa tak buat silap. Maafkan dan lepaskanlah kesalahan tersebut. Yang kita tak nak ni individu yang istiqamah bawa masalah, cara rundingan tak jalan, apa nak buat kena cara baik jugalah kita selesaikan. Semoga beroleh manfaat tuan puan. Kita semua nak meniaga nak cari rezeki yang halal dengan lama dan berterusan. Untung sama dikongsi.

Hati kuman sama di cecah, hati gajah sama di lapah. Maju sama sama dan susah pun sama sama. Baru muafakat dan kemandirian tinggi. Bukan macam fair weather friend, masa senang dekat.. masa susah jauh tak ingat

Saturday, September 8, 2012

Kambing dan Persaingan

Assalamu'alaikum Wrmbth, sejak 1-2 bulan lepas 2 kandang kambing baru di buka betul2 dekat dengan kandang kami. Dari satu sisi alhamdulillah orang kita minat meniaga dan ada inisiatif untuk maju. Tapi, bila fikir2 balik kenapa buka dekat sangat dengan kandang kami. Memang macam ada agenda tersembunyi. Selama ni ramai juga yang kutuk kami terutama semasa mula menternak kambing dahulu. Alhamdulillah Allah swt jadikan kami dengan kutukan, dalam kutuk2 tu kami bina usaha ternak kambing ini sikit demi sikit.

Makin lama makin ramai pelanggan datang ke kandang dan yang kelakarnya majoriti pelanggan kami bukan daripada kawasan setempat. Jadi takdalah mengganggu penternak2 setempat sebab menggnggu periuk nasi mereka. Dalam satu industri, saiz pasaran adalah sama. Contohnya bila ada makcik buka kedai jual sarapan pagi2, mula2 tempat tu sunyi dan tiada persaingan. Selepas maju dan ramai pelanggan tiba2 bercambah macam cendawan selepas hujan orang jual sarapan betul2 sebelah kedai dan lebih hebat lagi menu pun sama.

Mana pergi kreativiti dan semnagat persaingan sihat, bila pesaing ni sedar tak boleh lawan cara sihat, mula pula keluar jalan kotor, cara syirik. Main sihir. Habis merana orang tu, makanan panas tiba2 basi dan sakit2 aneh.

Jadi... aku pun tak tahu apa nak dibuat dengan orang baru ni, harap2 datang cara baik dan jadi jiran yang baik supaya semua orang boleh maju bersama. Kongsi duit beli pelet banyak2 dari kilang, kongsi ilmu bermanfaat dan tolong menolong baik. Harap2 taklah bertepuk sebelah tangan. Kalau main sihir dan taktik kotor sampai bila korang islam nak maju.

Jadi, pada penternak senior macam tuan2 semua, Boleh kongsi pengalaman tak macam mana boleh bertahan dengan persaingan macam ni. Kita nak majukan bangsa dan negara serta agama, tak naklah perkara kecil macam ni jadi masalah. Ya tal

Wednesday, September 5, 2012

Kambing dan Semambu

Assalamu'alaikum Wrmbth, pokok semambu banyak kegunaannya, tapi pada masa yang sama beracun. Buahnya sangat beracun tetapi kaum india pandai mengatasi keracunan pokok ni. Orang india memang banyak menanam pokok ini di kawasan rumah mereka kerana khasia yang ada padanya.

Orang putih panggil pokok Neem dan minyaknya ada dijual di farmasi untuk pelbagai kegunaan. Kalau orang jawa pula, mambu ni bermaksud bau. Khasiat pada ternakan juga banyak, ubat luka, meningkatkan imunisasi (daya tahan melawan penyakit) dan membunuh kutu. Bagi bacaan lanjut boleh rujuk sumber dibawah ni. Sumber: http://agrobiosolution.blogspot.com/2010/03/khasiat-pokok-mambu-neem-margosa.html

KHASIAT POKOK MAMBU/ NEEM/ MARGOSA/ AZADIRACHTA INDICA/ MELIA INDICA/ MELIA AZADIRACHTA


To translate to other languages please click on the flag topmost right.

POKOK ANTI SERANGGA SEMULAJADI
NATURAL ORGANIC INSECTICIDE TREE

Nama sains: Azadirachta indica Syn. Melia Azadiracta, Antelaea azadirachta, Melia indica
Nama biasa: Mambu, neem, nim, margosa, sadu, sadao, dao, repe, imba, mamba, mimba intaran
Famili: Meliaceae (satu keluarga dengan pokok Mahogani/ Swietenia mahagoni dan Sentang/Azadirachta excelsea)

Negara asal: Malaysia, Indonesia, India, Myammar, Bangladesh, Sri Lanka, and Pakistan

Ketinggian pokok: 15-20 meter

Buah
  • • Sangat beracun
Fakta mengenai pokok ini
  • Pokok ini cepat membesar
  • Hidup di Negara beriklim Tropika dan separa tropika
  • Namanya di Afrika (Swahili) bermakna ‘pokok 40’ ianya dikatakan boleh menyembuhkan 40 jenis penyakit.
  • Di India, pokok ini dikenali dengan bermacam macam nama seperti,’Pokok sakti’, ‘Sembuh segala penyakit’, ‘Kedai ubat alam’,’ Ubat untuk segala penyakit’ dll.
  • Pokok ini tahan kemarau dan boleh hidup ditempat yang kurang air/ kering atau tanah berpasir.
  • Di India ranting pokok ini dikunyah untuk bersihkan gigi.
  • Di Senegal pokok ini telah digunakan sebagai ubat malaria dengan berkesan
  • Di kepulauan Pacifik daun mambu/neem dibuang ke laut, katanya ikan suka bertelur pada daun pokok ini.
  • Orang orang India tahu macam mana untuk mengatasi racun pokok ini.

Kegunaan sebagai makanan
  • Bunga di masukkan kedalam masakan kari
  • Di India, bunga pokok mambu/neem dan gula merah dibuat gula gula.
  • Pucuk muda dan bunga pokok ini dijadikan sayur di India., Vietnam dan Myammar

Khasiat perubatan
  • Daun , buah,, bunga dan kulit pokok digunakan untuk perubatan
  • Daun mambu dan halia untuk ubat cacing/vermifuge (Anthelmintic)
  • Atikulat(antifungal),
  • Ubat kencing manis (antidiabetic)
  • Anti-kuman/bacteria ( antibacterial)
  • Anti –virus ( antiviral),
  • Anti kesuburan /membunuh mani (anti-fertility,)
  • Ubat tahan sakit (Sedative)
  • Digunakan didalam perubatan ‘Ayurvedic’ untuk penyakit kulit.
  • Ubat jerawat (acne treatment)
  • Pesakit cacar atau campak (smallpox /measles) tidur diatas daun mambu/neem.
  • Turunkan suhu badan (Febrifuge/antipyretics)Di India akar pokok ini digunakan untuk ubati demam panas.
  • Ubat sakit ‘scabies”
  • Astringent
  • Daun untuk ubati kudis
  • Mengikut dos yang betul daun mambu/neem diberi kepada haiwan ternakan untuk ketahanan melawan penyakit. (Increase immunity)
Kegunaan dalam industri sabun dan wangian
  • Minyak mambu/neem untuk perbuatan sabun, shampoo, krim, dll.
  • Minyak mambu/neem membuat kulit bergetah (elastic)
Anti serangga/ racun serangga organik (Organic Pest control)
  • Minyak mambu/neem menghidar dari gigitan nyamuk
  • Boleh menghindar/membunuh lebih dari 500 jenis serangga,kutu, nematodes, ianya akan menghindai serangga, kalau serangga memakan racun serangga dari mamu/neem ianya tidak membunuh serangga itu sebaliknya akan merusakkan generasi(kepompong) serangga itu.
  • Berbanding dengan racun kimia, mambu/neem neem selamat dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang kepada manusia dan haiwan
  • Daun digunakan untuk hapuskan kutu rambut.manusia, kucing dan anjing.
  • Asap dari pembakaran daun mambu pun boleh membunuh seragga
  • Untuk membuat racun serangga anda cuma perlu ‘blend ‘ daun mambu/neem dengan cili api dan bawang putih. Tidak seperti racun kimia, ramuan ini anda boleh pegang dengan tangan (jangan diminum).
Kegunaan sebagai baja:
  • Daun pokok ini kaya dengan ‘potash’ dan’phophorus’ dan boleh dibuat baja.
Kegunaan landskap
  • Pokok teduhan/ teduhan yang luas
  • Tempat kurang hujan
  • Pokok tepi jalan (roadside planting)
  • Tanah berpasir
  • Tepi laut
Kandungan kimia
Saintis Pakistan ,Salimuzzaman Siddiqui pada tahun 1942 telah menemui bahan kimia pahit dari pokok mambu:-
1. Nimbin (dari minyak)
2. Nimbidin(dari minyak)
3. Nimbinin(dari minyak)
4. Azadirachtin(/dari biji)

AMARAN
Boleh dikatakan kebanyakkan bahagian pokok mambu/neem adalah beracun ; rujuk kepada pakar perubatan tradisional sebelum mengunakannya.

Notes/catitan;-

There are more articles listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-
• Tips on landscape.
• Tips on herbal plants,
• Tips on agriculture
• General tips .

Rujukan
Wikipedia
I.H.Burkill- A Dictionary of the Economic products of the Peninsula Malaysia
Ir. Agus Kardinan-Pestisida Nabati, ramuan & aplikasi

Kambing dan Semambu

Assalamu'alaikum Wrmbth, pokok semambu banyak kegunaannya, tapi pada masa yang sama beracun. Buahnya sangat beracun tetapi kaum india pandai mengatasi keracunan pokok ni. Orang india memang banyak menanam pokok ini di kawasan rumah mereka kerana khasia yang ada padanya.

Orang putih panggil pokok Neem dan minyaknya ada dijual di farmasi untuk pelbagai kegunaan. Kalau orang jawa pula, mambu ni bermaksud bau. Khasiat pada ternakan juga banyak, ubat luka, meningkatkan imunisasi (daya tahan melawan penyakit) dan membunuh kutu. Bagi bacaan lanjut boleh rujuk sumber dibawah ni. Sumber: http://agrobiosolution.blogspot.com/2010/03/khasiat-pokok-mambu-neem-margosa.html

KHASIAT POKOK MAMBU/ NEEM/ MARGOSA/ AZADIRACHTA INDICA/ MELIA INDICA/ MELIA AZADIRACHTA


To translate to other languages please click on the flag topmost right.

POKOK ANTI SERANGGA SEMULAJADI
NATURAL ORGANIC INSECTICIDE TREE

Nama sains: Azadirachta indica Syn. Melia Azadiracta, Antelaea azadirachta, Melia indica
Nama biasa: Mambu, neem, nim, margosa, sadu, sadao, dao, repe, imba, mamba, mimba intaran
Famili: Meliaceae (satu keluarga dengan pokok Mahogani/ Swietenia mahagoni dan Sentang/Azadirachta excelsea)

Negara asal: Malaysia, Indonesia, India, Myammar, Bangladesh, Sri Lanka, and Pakistan

Ketinggian pokok: 15-20 meter

Buah
  • • Sangat beracun
Fakta mengenai pokok ini
  • Pokok ini cepat membesar
  • Hidup di Negara beriklim Tropika dan separa tropika
  • Namanya di Afrika (Swahili) bermakna ‘pokok 40’ ianya dikatakan boleh menyembuhkan 40 jenis penyakit.
  • Di India, pokok ini dikenali dengan bermacam macam nama seperti,’Pokok sakti’, ‘Sembuh segala penyakit’, ‘Kedai ubat alam’,’ Ubat untuk segala penyakit’ dll.
  • Pokok ini tahan kemarau dan boleh hidup ditempat yang kurang air/ kering atau tanah berpasir.
  • Di India ranting pokok ini dikunyah untuk bersihkan gigi.
  • Di Senegal pokok ini telah digunakan sebagai ubat malaria dengan berkesan
  • Di kepulauan Pacifik daun mambu/neem dibuang ke laut, katanya ikan suka bertelur pada daun pokok ini.
  • Orang orang India tahu macam mana untuk mengatasi racun pokok ini.

Kegunaan sebagai makanan
  • Bunga di masukkan kedalam masakan kari
  • Di India, bunga pokok mambu/neem dan gula merah dibuat gula gula.
  • Pucuk muda dan bunga pokok ini dijadikan sayur di India., Vietnam dan Myammar

Khasiat perubatan
  • Daun , buah,, bunga dan kulit pokok digunakan untuk perubatan
  • Daun mambu dan halia untuk ubat cacing/vermifuge (Anthelmintic)
  • Atikulat(antifungal),
  • Ubat kencing manis (antidiabetic)
  • Anti-kuman/bacteria ( antibacterial)
  • Anti –virus ( antiviral),
  • Anti kesuburan /membunuh mani (anti-fertility,)
  • Ubat tahan sakit (Sedative)
  • Digunakan didalam perubatan ‘Ayurvedic’ untuk penyakit kulit.
  • Ubat jerawat (acne treatment)
  • Pesakit cacar atau campak (smallpox /measles) tidur diatas daun mambu/neem.
  • Turunkan suhu badan (Febrifuge/antipyretics)Di India akar pokok ini digunakan untuk ubati demam panas.
  • Ubat sakit ‘scabies”
  • Astringent
  • Daun untuk ubati kudis
  • Mengikut dos yang betul daun mambu/neem diberi kepada haiwan ternakan untuk ketahanan melawan penyakit. (Increase immunity)
Kegunaan dalam industri sabun dan wangian
  • Minyak mambu/neem untuk perbuatan sabun, shampoo, krim, dll.
  • Minyak mambu/neem membuat kulit bergetah (elastic)
Anti serangga/ racun serangga organik (Organic Pest control)
  • Minyak mambu/neem menghidar dari gigitan nyamuk
  • Boleh menghindar/membunuh lebih dari 500 jenis serangga,kutu, nematodes, ianya akan menghindai serangga, kalau serangga memakan racun serangga dari mamu/neem ianya tidak membunuh serangga itu sebaliknya akan merusakkan generasi(kepompong) serangga itu.
  • Berbanding dengan racun kimia, mambu/neem neem selamat dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang kepada manusia dan haiwan
  • Daun digunakan untuk hapuskan kutu rambut.manusia, kucing dan anjing.
  • Asap dari pembakaran daun mambu pun boleh membunuh seragga
  • Untuk membuat racun serangga anda cuma perlu ‘blend ‘ daun mambu/neem dengan cili api dan bawang putih. Tidak seperti racun kimia, ramuan ini anda boleh pegang dengan tangan (jangan diminum).
Kegunaan sebagai baja:
  • Daun pokok ini kaya dengan ‘potash’ dan’phophorus’ dan boleh dibuat baja.
Kegunaan landskap
  • Pokok teduhan/ teduhan yang luas
  • Tempat kurang hujan
  • Pokok tepi jalan (roadside planting)
  • Tanah berpasir
  • Tepi laut
Kandungan kimia
Saintis Pakistan ,Salimuzzaman Siddiqui pada tahun 1942 telah menemui bahan kimia pahit dari pokok mambu:-
1. Nimbin (dari minyak)
2. Nimbidin(dari minyak)
3. Nimbinin(dari minyak)
4. Azadirachtin(/dari biji)

AMARAN
Boleh dikatakan kebanyakkan bahagian pokok mambu/neem adalah beracun ; rujuk kepada pakar perubatan tradisional sebelum mengunakannya.

Notes/catitan;-

There are more articles listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-
• Tips on landscape.
• Tips on herbal plants,
• Tips on agriculture
• General tips .

Rujukan
Wikipedia
I.H.Burkill- A Dictionary of the Economic products of the Peninsula Malaysia
Ir. Agus Kardinan-Pestisida Nabati, ramuan & aplikasi

Tuesday, September 4, 2012

Ternak Kambing dan Protein

Assalamu'alaikum Wrmbth, apa khabar pen ternak kambing malaysia? Selamat hari raya aidilfitri diucapkan pada tahun 2012 ini. Diet kambing sangat penting kerana ia adalah penyebab utama kos makanan anda naik terutama daripada segi pengambilan protein. Diet juga penting kerana ia akan memastikan kambing anda mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap penyakit. Protein adalah satu komponen yang menyebabkan sistem keimunan dan kos makanan naik. Jadi penting bagi kita pen ternak kambing untuk memberikan bekalan protein mencukupi tetapi pada masa yang sama kos dioptimumkan bagi mengelakkan kerugian.

Protein daripada diet kambing akan membantu penghadaman karbohidrat. Protein ni kawan baik karbohidrat didalam perut kambing. Contohnya, kalau kambing makan dan peratusan protein kurang, walaupun karbohidrat tinggi dalam diet tapi penghadaman biasa2 je. Tapi dengan kehadiran protein, peratusan karbohidrat dicerna lebih tinggi. Dah jadi catalyst atau booster untuk meningkatkan kecekapan sistem. Protein juga akan menjadi bahan menah bagi kambing membina otot dan ini bermana lagi banyak daging, lebih tinggi harga jualan anda. We are talking about money here. Tapi... bahagian nilah penyebab banyak kandang tutup sebab ramai pen ternak kambing bergantung sepenuhnya pada pellet kambing. Dah lah mahal, takda kawalan harga. Bagi artikel penuh, SILA KLIK SINI untuk KAMBING DAN PROTEIN DALAM DIETNYA