Assalamu'alaikum Wrmbth, hari ni saya nak kongsi sedikit kisah genting yang berlaku semalam. Pesanan aqiqah dan bukan aqiqah memang banyak sekarang ni. Banyakkk... sampai orang lain perasan dan buka kandang sebelah kandang kami. Puncak permintaan minggu ini adalah semalam dan hari ini. Jadi memang penuh tangan dibuatnya menjawab panggilan sana sini dan itu ini. Pening2, kambing di kandang masih perlu dijaga dan tetamu dari Melaka pun datang semalam secara last minute. Ada satu order kambing mohon dicepatkan minit terkahir dan makin kelam kabut keadaan.
Nak buat kambing golek ni bukan senang, kalau mahir lain cerita 1 jam dah siap. Kalau tak mahu panggang 3-4jam baru siap masak luar dalam. Kemahiran yang tinggi perlu ada pada chef kambing golek ni. Oleh kerana banyak benda last minit berlaku, dan saya pun tak dapat jaga sangat semalam maka memang kadar kebergantungan pada pekerja dan Allah swt memang tinggi. Memang rezeki dapat kawan2 dan pekerja yang sanggup berkongsi susah senang, masa susah tu lah Allah swt nak tunjukkan pada kita siapa rakan sebenar. Chef saya bersusah payah uruskan keadaan semalam dan akhirnya petang tu semua menghembus nafas lega. Kambing semua siap dipanggan dan disajikan.
Saya secara rendah diri ingin mengajak tuan puan amalkan sujud syukur semasa Allah swt selesaaikan masalah kita. Memang senang nak buat dan senang juga nak tinggal.
Balik pada poko cerita diatas, kita dalam berniaga dan berternak kambing, tak boleh elakkan aspek pengurusan manusia ni. Teringat masa awal2 dulu, masalah ni lah hampir buat kami tersungkur. Macam2 perangai, tapi betullah janji Allah dalam kesusahan ada kesenangan (Surah Al Insyirah -- Alam nasyrah laka sodrok..) Dalam susah dan kalut tulah kita senang nak kenal pasti kawan baik daripada lawan. Sistem penapisan semulajadi untuk singkirkan parasit.
Siapa nak berniaga lama, dia kena ada jaringan sumber manusia yang boleh dipercayai dan baik supaya suasana persekitaran dan operasi syarikat berjalan lancar. Betul ni, tak percaya? Cuba tanya orang lain, alwi ke? Pernah tak alami masalah pekerja. Macam aku dulu tiba2 pekerja lari tak nak kerja, tiba2 tak datang kandang terus tak nak bagi kambing makan. Boleh mati kambing aku, nasib baik Allah bagi jalan keluar ada orang yang tolong.
Kes dedak, cuba fikir kalau pembekal kita ni tak reliable dan tiba2 tak nak hantar dedak masa hari hujan semasa musim hujan dan kambing tak boleh lepas. Kambing nak makan apa? Hanya kerana sehari kambing boleh mati. Jadi, carilah kawan2 dan pembekal yang boleh diharap dalam kehidupan seharian. Kadang2 tu memang mereka ni pun ada angin juga dan buat perangai tapi sebagai manusa biasa siapa tak buat silap. Maafkan dan lepaskanlah kesalahan tersebut. Yang kita tak nak ni individu yang istiqamah bawa masalah, cara rundingan tak jalan, apa nak buat kena cara baik jugalah kita selesaikan. Semoga beroleh manfaat tuan puan. Kita semua nak meniaga nak cari rezeki yang halal dengan lama dan berterusan. Untung sama dikongsi.
Hati kuman sama di cecah, hati gajah sama di lapah. Maju sama sama dan susah pun sama sama. Baru muafakat dan kemandirian tinggi. Bukan macam fair weather friend, masa senang dekat.. masa susah jauh tak ingat
No comments:
Post a Comment