Wednesday, September 19, 2012

Kambing dan Polio

Assalamu'alaikum Wrmbth, Bulan syawal dah berlalu pergi tapi masih ada rumah terbuka aidilfitri lagi. Memang dahsyat budaya makanan orang kita. Tak lama lagi kita akan memasuki fasa aidil adha pula. Memang sah sibuk geng2 penternak dan trader ni buat duit. Semogo industri penternakan kambing akan terus maju seiring dengan perkembangan ilmu tempatan daripada sumber luar. Hari ni saya nak kongsi sedikit cerita tentang penyakit unik di kandang saya. Polio Kambing aka POLIOENCEPHALOMALACIA. Orang putih panggil goat polio dan penyakit ni baru pertama kali berlaku di kandang saya.

Ingat lagi posting saya tentang kambing yang terkena kembung berbuih dalam perut? Klik link ini untuk maklumat lanjut. POST KAMBING KEMBUNG Alhamdulillah masalah tersebut dah selesai. Kambing tersebut dah dilepaskan meragut dan melayar rumput selepas 2 hari. Memang takda masalah kembung. Tiba2, selepas 4 hari keluar pula cabaran baru dan pelung baru untuk dipelajari dan diselesaikan. Kambing yang sama saya perhatikan makin kurang selera makan, lepas tu cara berjalan makin pelik. Kaki belakang macam kurang koordinasi. Macam mana tu? Jalan terkangkang tuan2.

Belum habis lagi, lepas tu kambing ni gembira semacam dengan menjuihkan mulutnya tanpa sebab. Mula2 tu ingatkan kambing ni dah ready nak kahwin. Akhirnya semasa saya lepaskan kebawah untuk meragut, boleh pula meluncur laju lari kesana sini macam hilang sistem panduan gps. Memang pening tengok apa dah jadi dengan kambing ni. Tak lama lepas tu, kambing ni hilang salah satu derianya. Jadi BUTA. Memang makin pelik apa dah jadi dengan kambing ni.

Jadi... seperti biasa telefon sana sini tanya penternak lain pernah tak tengok dan alami masalah ni. Semua negatif. Tak pernah jumpa lagi. jadi tanyalah pula pada pakcik google. Hasil kajian dan rujukan menemukan saya pada penyakit polio kambing aka goat polio. Puncanya ialah kambing mengalami kekurangan vitamin b1 aka thiamin kerana faktor2 tertentu. Thiamin aka b1 ni penting untuk membantu penukaran karbohidrat dan memberi makanan kepada sel saraf neurologi. Sel otak tu. Jadi bila vitamin ni kurang dalam badan kerana pembekal dan pemproses thiamin dalam rumen mati ataupun terganggu oleh faktor luaran. Salah satunya ialah terlebih makanan bijiran (confirm dari dedak yang dia ratah seekor2 hari tu) yang berlebihan sehingga mengganggu keseimbangan rumen. Memang rumit rumen ni.

Alhamdulillah, penyelesaiannya mudah jika di kesan awal. Suntikan thiamin atau vitamin b1 serta merta pada dos 10~20mg/kg kambing. contohnya kambing seberat 15kg perlukan dios thiamin sebanyak 150mg. Kesannya rawatan awal akan ketara secepat 2 jam bergantung kepada kerosakan pada sel otak. LAgi awal lagi bagus, jangan tangguh2. Kalau lambat rawat kambing boleh mati sepantas 24~42jam. Kami buat silap masa awal tu,memang ada suntik tapi dos tak cukup. Selepas 2 hari rawatan diberikan, kambing masih hidup, tapi buta masih belum pulih dan masih belum mahu makan. Cari lagi jurnal dan artikel barat diinternet, rupanya ubat vitamin yang dibeli ni dos thiamin memang rendah, kira punya kira 15ml baru mencukupi untuk dos yang sesuai dengan berat kambing. BAyangkan, 3 kali suntik untuk masuk thiamin melalui cara intramuscular. Memang kasihan kambing ni. Rawatan ini perlu diteruskan selama 5 hari berturut2. paling bagus semasa hari pertama 6jam sekali. Bayangkan berapa kali kambing ni kena suntuk untuk sembuh.


Masuk hari kelima tanda2 pemulihan mula mucul dan kambing semakin aktif. Melalui kajian, apa yang kita dapat lakukan ialah bantu kambing tersebut makan dan minum. Sekali lagi, minum air melalui tiub. JIka tidak kambing terhidrasi. Yogurt juga boleh diberikan dengan kultur bakteria hidup supaya keseimbangan bakteria hidup dalam rumen kembali pulih. Tak cukup dengan itu, kami masukkan susu kambing segar dalam rumen melalui tiub. Memang banyak guna tiub ni. Mesti ada dalam simpanan. Alhamdulillah selepas 5~6 hari makin pulih kambing ni. Sepatutnya jika dibiarkan tanpa rawatan 2~3 hari dah mati. Semoga semangat juang kambing ni dan tuan punya kambing ni istiqamah. INsyaallah boleh dengan usaha dan tawakal. Wallahu'alam.

Setakat ni, tiap2 kali masalah baru muncul bermakna peluang untuk belajar akan tiba. Pucuk pangkalnya kita tak putus asa. MEsti ada hikmah Allah uji dengan perkara2 ni. Kali ni polio kambing atau goat polio. Esok apa pula.

No comments:

Post a Comment