Assalamu'alaikum Wrmbth, selepas hampir sebulan peristiwa berdarah berlalu di kandang saya Alhamdulillah anak kambing jantan saya dah sembuh. Mak cik kambing ganas petak sebelah pun dah insaf.Boleh rujuk KAMBING dan KEGANASAN
Cuma nak kongsi sedikit perkara2 yang boleh dijadikan panduan dan sempadan semasa perkara cemas seperti tersebut berlaku.
Masa pagi kejadian tersebut, memang perkara yang normal untuk panik (kalau belum pernah ada pengalaman, normal ni) Tenang2 dulu, perhatikan keadaan luka kambing dan cuba berhentikan pendarahan. Kambing ni tahan lasak kalau cara jaganya betul. Cara paling bagus untuk berhentikan pendarahan menurut pengalaman lepas, sapu minyak gamat. Memang cepat pendarahan berhenti.
Lepas tu jangan lupa suntuk antibiotik, kalau ada oxytetracyline dalam simpanan jangan lokek nak guna. AKA terramycin LA. 1cc/kg. Macksudnya kalau kambing ni 20kg maka sukatan dos adalah 2cc. Ini untuk elakkan jangkitan antibakteria, cuma ada kekurangan juga kalau overdose. Hati2 dan cermatlah guna ubat2an ni ya.
Selepas tu asingkan kambing ni dari kawanannya. Kenapa nak asingkan? Masa makan mesti kalah, kena tanduk lagi dengan kambing lain mana nak baik? Stress semasa keadaan macam ni harus diminimakan kerana kita nak elakkan cacing dalam badan ambil kesempatan. Apabila keimunan badan turun mulalah pemberontakan berlaku. Kita sebagai orang islam, patut mengasihani kambing2 ni jadi jangan tambahkan tekanan dengan memukul mereka dan berbelas kasihanlah. Orang barat lebih menjaga hak haiwan tapi anehnya hak manusia terutama orang islam boleh terabai pula. Tapi mereka memang jaga hak haiwan.
Lepas tu perhatikan perkembangan kambing tersebut. Alhamdulillah, kalau BCS kambing tu bagus dan ada simpanan lemak mencukupi memang masa sakit ni simpanan lemak akan banyak digunakan sebagai makanan tubuh. Sakit, mana lalu nak makan. Jadi sekali lagi, kambing anda gemuk dan sihat lebih bersedia untuk menghadapi situasi kecemasan.
Memang kelakar hari tersebut jika diingat semula, ada manusia panik dan buat penilaian drastik.. "Kita sembelih je kambing ni, aku tak yakin boleh hidup... Mulut semua dah teruk tu, melleh2 darah.. ungkin organ dalaman pun dah rosak dan cedera.."Lebih kurang gitulah bunyi insan kalut ni. Hehe.
Tapi Alhamdulillah, kami buat keputusan tepat untuk bersabar dan beri kambing ni peluang untuk hidup. Ternyata semangat juang kambing ni memang tinggi. Hidup dan kacak semula sekarang ni. Cuma, berat turun sikit semasa sakit hari tu (rizab lemak banyak digunakan). Janji sihat, syukur alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment