Saturday, September 22, 2012

Kambing dan Polio 2

Assalamu'alaikum Wrmbth, post ni sambungan KAMBING DAN POLIO. Penyakit polio kambing ni memang teruk kesannya pada kambing yang menghidapnya. Masakan melihat pun tak mampu (buta kedua mata tetapi ikut rujukan boleh pulih semula), kambing ni hilang terus kebolehan makan dan minum serta kurang responsif kepada keadaan persekitaran.

Contohnya, satu botol vitamin B complex habis untuk kambing ni saja untuk kegunaan 4 hari. Perghh.. Dos 10mg vitamin B1 atau thiamin per kg. Tapi ubat ni hanya beri 10mg setiap 1cc. Jadi alau picagari jenis 5cc, 3 kali inject. Berapa banyak picagari dan jarum habis tu? Memang harus cari alternatif lain. Kos tak efektif, kalau kambing dah banyak tak payah lah susah2 nak lalui semua ni, sembelih dan selesai masalah anda. Penyakit ni tidak berjangkit tetapi usaha untuk memulihkan seekor kambing memang memenatkan dan memakan sumber yang banyak.

Antara sebab mengapa kambing ni saya tak sembelih sampai sekarang ialah kerana pengalaman dan ilmu yang tidak dapat dibeli. Kesukaran yang dihadapi pasti akan membuahkan hasil satu hari nanti, cuma kita saja yang belum tahu apa perancangan Allah swt untuk kita kelak. Yang pasti ianya adalah terbaik daripada sang pencipta untuk hambanya.

Kambing tak nak makan dan minum, apa penyelesaiannya? Beri ikut tube melalui mulut. Dari rujukan di internet, ada penternak barat kisar rumput dan salurkan makanan terus ke perut melalui tube kerana kambing tidak mampu mengunyah makanan. Habis rosak blender kat rumah kalo ikut cara ni, untuk 2-3 hari pertama nak tak nak kena keluar modal beli susu kambing segar. Sebotol RM5, kalau sebulan tak makan dah berapa? Itupun kalau hidup, tapi jalan orang mukmin kena beriman pada qada dan qadar. Jadi kita sangka baik pada Allah swt. Masuk hari ketiga kami beri susu kambing segar (beli) tiba2 kambing dara petak sebelah boleh beranak pula, malang sekali anaknya lemas sebab lendir di hidung daripada air ketuban menghalang untuk bernafas. Ibu kambing pula tiada pengalaman, cabaran dan dugaan.

Memang rasa terkilan juga anak kambing baru lahir tu mati sedemikian rupa. Memang kurang lena tidur malam tersebut, hati masih bersangka baik pada tuhan maha pencipta. Apa hikmah kambing tersebut mati.. Esok pagi, selepas urusan jenazah anak kambing selesai, ibu kambing yang kematian anak memekik2 memanggil anaknya. Kasihan sungguh nasibmu kambing. Aku pun tak perasan ko dah nak beranak sampai jadi macam ni sebab terlalu sibuk dengan kambing sakit. Kambing baru bersalin kandang saya ni akan saya bersihkan kesan darah untuk mengelakkan serangan lalat. Ada pengalaman tak baik dengan lalat ni sebelum ni. Sambil basuh2 kesan darah, terlihat ambing susu kambing ni, Masha Allah, besar betul saiz ambing ni. Dah membengkak dengan susu, susu yang kaya dengan kolustrum tapi anaknya mati jadi tiada guna lagi.

Akhirnya terdetiklah dihati, kenapa aku tak perah saja susu ni dan beri pada kambing sakit polio tu. Kambing yang dibekalkan pelet ffm 5180 cap persahabatan ni tak sangka menghasilkan kuantiti susu yang super banyak. Banyak betul susu daripada kambing lain. Memang betullah kata penternak senior alwi, terbukti meningkatan produktiviti dan output susu. Hikmah kematian anak kambing tersebut rupanya untuk diberi susu tersebut pada kambing sakit polio. Memang hebat perancangan yang maha esa. Tapi memang ironi, polio kambing ni pun berpunca daripada pelet kambing yang sama. MEmang serampang 2 mata. Hehe.

Dan dalam masa seminggu ni, habis sebotol vitamin B kompleks diberikan pada kambing sakit polio. Alhamdulillah nasihat Alwi untuk menggunakan vitamin HEMATOFOS B12 kerana ia dari sumber organik dan mudah diserap badan. Sumber sintetik dari coal tar lambat dan sukar diserap tubuh kambing. Memang banyak belajar masa kambing sakit kali ni. Hikmah kesusahan pasti ada. Sabar2. Setakat ni kambing masih bertahan selepas lebih seminggu sakit polio. Tanda2 pemulihan mula ada, kambing mula dapat mengunyah makanan. Lebih responsif pada rangsangan luaran. HEMATOFOS B12 juga berfungsi sebagai stimulan perangsang nafsu makan dan pembesaran. Macam APPETON  versi kambing. Salam penternakan tuan2

No comments:

Post a Comment