Wednesday, March 28, 2012

2 Jenis Kambing untuk Pembiakan

Assalamu'alaikum Wrmbth, menurut info yang baru diperolehi. Kambing terdiri daripada 2 kumpulan iaitu equatorial (Nama macam hotel equatorial di bandar hilir Melaka pulak.. Hehe) dan Alpine.

  1. Jenis Pertama Equatorial : Berasal dari kawasan beriklim panas sepanjang tahun  dan akan mengawan sepanjang tahun. Contoh baka yang tergolong dalam kumpulan ini ialah Boer, fainting (ya kambing pengsan memang wujud.. saya pernah post tentang ini) dan juga anglo nubian. 
  2. Jenis kedua Alpine : Kebanyakan jenis kambing ini adalah kambing susu dan mereka ni membiak mengikut musim (menurut sumber adalah Ogos ke Januari setiap tahun). Luar musim mengawan, kambing jantan akan tiada minat untuk membuntingkan kambing betina. Tapi pembiakan kambing secara komersil di barat menggunakan pendekatan hormon supaya kambing jantan dapat melakukannya sepanjang tahun (nama pun komersil)
Hujung minggu ni saya balik Melaka, sebab tu kena kemaskini kerap

Kandang Wak Mail

Assalamu'alaikum Wrmbth, memang sekali sekala rajin juga masuk kandang kawan penternak lain cuma selalunya tak terfikir nak tangkap gambar. Hari ni kebetulan lalu depan kandang wak mail, pembiak kambing tradisional dikampung saya.
Inilah dia Wak Mail
 Kebetulan masa saya buat spot check ni, Wak Mail tengah nak beri kambing dia makan rumput napier. Tengah kisar rumpur kat bawah kandang tu. Dia ni memang cekal bela kambing, tengah bela kambing ibu mertua sakit. Dia sanggup jaga mertua dan setelah beberapa ketika sakit, minggu lepas kembali ke rahmatullah. Semoga Allah swt beri insan berhati mulia macam wak mail ni ganjaran insyaallah.
Projek Wak Mail yang paling baru, membiak biri biri baka barbados, baka jantan dia boleh tahan 60kg beratnya
 Kandang Wak mail memang sederhana, semua buat sendiri, kayu pun pakai kayu terpakai. Baka kambing memang kampung seperti katjang dan kacukan jamnapari.
Dalam petak ni ada 2 jamnapari dan 1 kacang, memang baka jamna ni kurus agaknya. Kandang orang pun macam tu
 Baka kacang tulen pun ada atas kandang ni. Wak Mail buat sistem semi intensif juga. Tapi dia ada bergantung pada dedak dan soya hull juga. Tadi masa sembang2 dengan dia, terbuka cerita pasal kambing kandang alwigoatfarm, tak percaya dia bila saya buka cerita kaedah yang diguna pakai terutama kambing lepas ragut tak kena cacing. Aku ada rancangan nak lawat kandang alwigoatfarm insyaallah. Jauh juga ke bidor tu dari Klang ni. Hmmm
Anak kambing kelahiran kandang wak mail, ini pun ada darah jamna. Hairan juga tadi, mak jamna sanggup berkongsi susu dengan anak kambing lain. Ada ibu susuan la pulak

Kambing katjang yang tengah julurkan kepala tu, warna hitam
Selalu juga kalau ada benda tak tahu tanya Wak Mail ni, hehe tapi biasa la orang lama yang veteren ni susah sikit dengan idea baru berlandaskan sains. Biar berbeza cara asalkan sama matlamat. Orang putih kata the same difference.

Tong kalis udara untuk simpan dedak
Hari ini baru saya perasan, wak mail simpan dedak dalam tangki kedap udara la, kalau cerita pasal aflatoksin memang mahu tercengang wak mail ni, tapi alhamdulillah dia memang peka pasal penjagaan dedak ni. Kalau bukan sebab terbaca di blog lain mesti aku pandang sebelah mata je ni. Hmm

Balik dari kandang terus aku sembelih kambing aqiqah seekor. Berat ada 50kg ni, jenuh juga nak kerjakan. Alhamdulillah sudah beres.

Tuesday, March 27, 2012

Khasiat Kari Pada Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Anda semua minat kari kambing? Apa lagi yang kaw2 pekat. Slurrpp.. Meleleh air liur ni. Tetapi tahukah anda, kambing hidup yang diberi makan kari akan mempunyai sistem penghadaman yang lebih cekap, kenaikan berat badan yang lebih tinggi dan susu yang lebih banyak.

Uihh, kambing makan kari boleh jadi lebih mantap. Petua yang saya dapat dari rakan penternak lain. Banyak betul nak hadam ilmu, bukan hadam kari kambing saja tau. Hehe. Saya dah mula beri kari yang dicampurkan dedak pada kambing. Insyaallah kita lihat kesannya. Nanti. Janji saya rekodkan penemuan berharga ini untuk rekod dan rujukan bersama. Insyaallah berguna. Terima kasih kepada alwigoatfarm

Mastitis Pada Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Penyakit mastitis pada kambing menurut pembiak kambing berpengalaman merupakan salah satu penyebab utama penurunan prestasi sesuatu ladang kambing kerana input yang tinggi daripada segi masa dan tenaga. Induk (Dam) kambing akan menjadi kurang sihat dan terpaksa direhatkan daripada menyusukan anaknya. Anak kambing terpaksa disusukan menggunakan botol dan mengambil masa dan tenaga penternak.

Akibat buruk lain ialah memutuskan naluri semulajadi kambing disusukan dengan susu botol untuk bersama kawanan kambing malah lebih teruk mewujudkan kebergantungan secara berlebihan kepada manusia. Kambing akan mejadi lebih manja dan kurang silaturahim pada ibunya. (hehe)

Cara mengubati Mastitis adalah melalui suntikan Antibiotik jangkapanjang (1-2 dos).Terima kasih kepada artikel revised introduction to alwigoatfarm untuk input berguna ni.

MASTITIS
The major portion of a doe's udder is comprised of the cistern areas where  milk is stored. The amount of glandular or milk secreting tissue is relatively small and is positioned high in the udder against the body wall. Bacteria, which gain entrance to the gland through the teat opening, multiply and migrate to the
glandular tissue where they cause inflammation. Most mastitis seen in dairy goats is the result of staphylococcal infection spread from the infected glands of other goats by the milking process. Streptococcal and mycoplasma  infections, though less frequent, are spread in the same manner. Boils of the gland can also be spread from goat to goat and may be precipitated by butting or bruising of the udder or injuries causing breaks in the skin. Other forms of  mastitis are occasionally seen.
Signs of acute mastitis are severe and include swelling, heat, and pain of the affected side with a characteristic change from a normal milk secretion to a watery, yellow, or gargety secretion. The other form, chronic mastitis, may not be easily recognized. A little garget in the first stream of milk, reduced
production on one side, an unbalanced udder, reduced solids on test or a salty flavor all are signs of a low-grade mastitis infection. Suspicions of a chronic mastitis infection can be confirmed by examination of the cell content of the milk, using the California Mastitis Test (CMT), and from a bacterial culture of
a milk sample submitted to the laboratory.
Sanitation at milking time is the single most important step in preventing  mastitis. Before milking, the teats and milker's hands should be disinfected in a 25 ppm iodine solution or 200 ppm chlorine solution and dried well with toweling. Teats should be dipped immediately after milking. Leaving one good squirt of milk in each teat also helps reduce mastitis.
Treatment: The treatment of mastitis in goats may not always be satisfactory, because the organisms causing mastitis in goats are among the most difficult to kill with medication.  the best Natural treatment, is to give 2 tablespoons of raw apple cider vinegar, twice daily. Add the following herbs to the animals diet. Mix any or all of the following, and give one handful of the mix, twice daily, for 7 days.  Thyme, Garlic, Rosemary, Oregano, Sage, Mustard seeds.
Public health significance: Questions always arise as to the safety of  mastitis milk for human consumption. Milk which does not appear normal or which has drug residues should never be used for human consumption.
 

Penyahcacingan Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Kambing terdedah kepada bahaya parasit seperti cacing lebih lebih lagi jika dibiarkan meragut bebas. Mari kita lihat cara orang afrika melakukan kerja kotor ini. Hehe. Ada Sesiapa nak cuba? Goats deworming aka Penyahcacingan kambing




Ini pula cara lebih moden, melalui oral

Kambing Kacuk aka Hybrid Vigor

Assalamu'alaikum Wrmbth, banyak ilmu dan istilah bukan laymen yang ada dalam blog alwigoatfarm ni. Salah satunya ialah "Hybrid vigor" = Kesegaran kacukan. Punya bombastic term ni, ish3.  Alhamdulilah ada pakcik google, Hehe rupa2nya kambing kahwin kacuk akan memberikan waris yang mempunyai ciri-ciri daripada ibu bapanya.

Secara mudahnya inilah penerangan pakcik google pada saya:

Heterosis, or hybrid vigor, or outbreeding enhancement, is the improved or increased function of any biological quality in a hybrid offspring. The adjective derived from heterosis is heterotic.
Heterosis is the occurrence of a superior offspring from mixing the genetic contributions of its parents. These effects can be due to Mendelian or non-Mendelian inheritance.
 Oh, hukum Mendel rupanya. Ingat lagi eksperimen kacang pea oleh Pak cik Mendel ni. Hasil kajian menunjukkan terdapat variasi pada anak2 pokok kacang pea disebabkan oleh gen dominan dan resesif. Teringat pula satu cerita. Seorang perempuan cantik jelita tetapi kurang pandai telah berjumpa dengan profesor yang bijak tetapi hodoh. Niat dihati untuk kahwin dengan profesor supaya anak mereka menjadi cantik sepertinya dan pandai seperti profesor.

Profesor ni pula memang jenis mengambil kira semua kebarangkalian, dan akhirnya berkata kepada wanita terbabit "Bagaimana pula jika anak kita nanti Bodoh seperti anda dan hodoh seperti saya". Tamat cerita. Penyelesaian kepada masalah diatas mestilah pada pemilihan waris unggul untuk dikahwinkan dengan pasangan sepadan. Kambing yang pantas membiak dikahwinkan dengan kahwin yang mempunyai kenaikan berat badan pantas. Hasilnya adalah anak yang cepat membiak dan berat badan memuaskan. Semua baka ada timbal taranya.

 Insyaallah dengan doa tuan puan dan keizinan Allah swt, kami akan dapat menajdi pembiak kambing berjaya. Wallahu'alam

Rumput Signal aka Barachiaria Decumbens

Assalamu'alaikum Wrmbth, Hari ni ada la masa sikit diawal pagi untuk pusing keliling kandang untuk melihat sendiri sama ada wujud atau tidak rumput signal disekeliling kandang. Risau juga dibuatnya dengan rumput jenis ni kerana kesannya pada kambing ternakan. (boleh rujuk entri lepas iaitu tentang perkara yang boleh membuat kambing gila)

Rumput brachiaria decumbens aka Urochloa decumbens (nama saintifik da..) ni ada banyak saudara dekat, susah juga nak kenal pasti sama betul ke rumput ni yang tumbuh merata. hasil daripada kajian diinternet, dapat satu laman web yang bagus terangkan secara terperinci rupa bentuk rumput ni. Buat penternak yang berminat boleh copy paste link ni dalam browser internet anda. http://www.agric.wa.gov.au/objtwr/imported_assets/content/past/signal%20grass.pdf

Insyaallah hasil tinjauan menunjukkan tiada rumput signal ni, Alhamdulillah lega juga rasanya. Ciri2 diperhatikan seperti berikut

Description• low to medium height (30-45 cm), slowly creeping grass (stoloniferous) that can form a dense sward under ideal growing conditions
• weakly stoloniferous with trailing stems that can root at the nodes
• stems are hairy with leaves 8-10 mm wide and often of light-green colour
• seed head is arranged like a railway signal with 2-5 racemes (2-5 cm long)
• flowers in response to short day lengths.
Batang berbulu (hairy stems) tu tiada. Tak mahu le kambing kena photosensitivities dan sebagainya. Wallahu'alam

Monday, March 26, 2012

Kambing Boleh Gila Jika..

Assalamu'alaikum Wrmbth, Banyak ilmu perlu dihadam untuk menjadi penternak berjaya ya. Ada perumpamaan mengatakan "ilmu adalah seperti binatang liar dan tulisan adalah tali pengikatnya". "ilmu seperti ikan yang licin" menunjukkan peri pentingnya proses merekod dan menulis ilmu. Seingat saya, diriwayatkan Imam Syafie Rahimahumullah mengutip kertas di jalan untuk menulis apa yang dipelajarinya. Dahsyat betul ulama zaman silam.

Berbalik pada tajuk, kambing boleh jadi gila jika perkara dibawah berlaku dalam urusan kandang anda:

1. Diberi makan rumput "brachiaria decumbens" atau RUMPUT SIGNAL. Rumput apa pula tu? Meh lihat gambarnya dibawah ni. banyak di Malaysia juga ni. Ingatkan sembarangan rumput boleh beri pada kambing ni ya rupa2nya ada pengaruh luar sedar juga.
Rumput brachiaria Decumbens
Pembunuh kambing anda dalam diam

 Setelah membuat sedikit kajian diinternet, memang ada disebut tentang keracunan rumput ini pada ternakan

Toxicity

Young cattle, sheep and goats can develop hepatogenous photosensitization although prevalence appears to be strongly related to environment.  For example, it is of major concern in Brazil and Papua New Guinea but is unheard of in Vanuatu and rare in Australia.  Transferring stock to pasture of different species can alleviate symptoms.  Photosensitization in bovines can be avoided by a rotation of 2 weeks on and 2 weeks off the grass .
Sporadic outbreaks have been related to mycotoxins from the saprophytic fungus Pithomyces chartarum, but also to saponins.
Photosensitization, sensitif terhadap cahaya. Mungkin sebab tu dikatakan membawa kegilaan kerana saya pernah lihat sendiri kambing dikandang saya berlari tak tentu hala seperti anak ayam hilang ibu. Mungkin sampai ketahap halusinasi bukan. Siap ada kajian daripada anak tempatan lagitu, kita je yang tak ambil tau.

1) In South America, different strains of P. chatarum were isolated from Brachiaria pastures where cattle had exhibited toxicity, but no strain had produced sporidesmin (Brewer et al., 1989).
2) In New Zealand, a high correlation between spore count in the pasture and toxicity (facial eczema) exists in sheep (Brook, 1969), but this does not appear to be the case in South America (E. Aycardi, 1994, personal communication).
3) In Malaysia, sheep developed photosensitivity when fed hay or fresh signal grass. However, liver damage was not observed when grass litter, ideal for fungal growth, was fed (Abas-Mazni and Sharif, 1988).
4) The pathology of animals poisoned with signal grass is similar to that found in animals grazing Panicum species not infected with P. chatarum (Graydon et al., 1991).
5) Steroidal saponins were isolated from the rumen contents of poisoned sheep fed signal grass (Lajis et al. 1993; Salam Abdullah et al. 1992). In addition, steroidal saponins were identified in several plants known to cause photosensitization (Miles et al. 1993), and the toxicity symptoms were reproduced in sheep through oral dosing of crude saponins extracted from the plant Tribulus terrestris (Zygophyllaceae) (Kellerman et al. 1991)" (cited from Lascano and Euclides 1996)

Bagi rujukan lanjut, boleh lawati link dibawah ini
a) http://www.fao.org/ag/AGP/AGPC/doc/Gbase/data/pf000188.htm
b) http://www.tropicalforages.info/key/Forages/Media/Html/Brachiaria_decumbens.htm

2. Diberi dedak yang telah rosak dan basi kerana tidak disimpan dengan betul. Dedak tercemar dengan racun Aflatoxin yang akan memberi kesan sampingan jangka panjang kepada ternakan kambing anda.
Kesilapan besar ramai penternak baru, termasuk saya dulu dengan tidak menyimpan dedak seeloknya.

Ini lah dedak yang elok, dan rangup. Wajib simpan dalam bekas kedap udara. Terima kasih pada alwigoatfarm atas tips dan panduan
 Aflatoxins are naturally occurring mycotoxins that are produced by many species of Aspergillus, a fungus, the most notable ones being Aspergillus flavus and Aspergillus parasiticus. Their name is derived from the early work that discovered Aspergillus Flavus toxins. Aflatoxins are toxic and among the most carcinogenic substances known.[1] After entering the body, aflatoxins may be metabolized by the liver to a reactive epoxide intermediate or hydroxylated to become the less harmful aflatoxin M1.

Bahan karsinogen lagi tu, pembawa kanser ni. Kasihan kambing2 aku.

Rujukan lanjut daripada pakcik Google, rupa2nya aflatoxin ni merosakkan hati untuk pendedahan jangka panjang dan pada dos tinggi.

Rujukan lanjut boleh copy link dibawah ni.
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Aflatoxin

Animals

Aflatoxin has potential to lead to liver disease in dogs; however, not all dogs exposed to aflatoxin will develop liver disease. As with any toxic exposure, development of aflatoxicosis is a dose-related occurrence. Some dogs that develop liver disease will recover; those exposed to large doses for extended periods may not.
Low levels of aflatoxin exposure require continuous consumption for several weeks to months in order for signs of liver dysfunction to appear.[9] Some articles have suggested the toxic level in dog food is 100-300 ppb and requires continuous exposure/consumption for a few weeks to months to develop aflatoxicosis.[10] No information is available to suggest that recovered dogs will later succumb to an aflatoxin-induced disease.
There is no specific antidote for aflatoxicosis. Symptomatic and supportive care tailored to the severity of the liver disease may include intravenous fluids with dextrose, active vitamin K, B vitamins, and a restricted but high-quality protein diet with adequate carbohydrate content.

Projek Pemulihan Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Hari ni kita rehat cerita tentang kambing aqiqah. Atas kandang kami ada beberapa kambing kampung yang kurang sihat dan selalu sakit. Dari dulu sampai sekarang bagi makan apa pun macam tulah keadaannya. Ubat cacing dah bagi, vitamin B kompleks pun dah bagi tapi nampaknya menemui jalan buntu. Inilah dia gambar 3 ekor kambing nakal hardcore di kandang UMM BARAQAH RESOURCES
kambing aqiqah
Kambing 1 : Bulu kusut masai dan badan tidak berisi. Adik beradiknya yang lain semua dah selamat di kambing aqiqahkan. Umur dah dekat 2 tahun. Adakah ini yang dimaksudkan alwigoatfarm dengan bottom 20% populasi kambing dengan berat rendah. Hmmm

kambing aqiqah
Kambing 2: Ibu Jamnapari yang keletihan memelihar anak yang nakal dan super aktif. Badan jadi cekung dan kurus lepas melahirkan kembar 2. 1 anak yang lebih dominan mati sebab masuk dalam kandang kambing dewasa dan dipijak tanpa belas kasihan. Ibu yang baik tapi badan tak nak naik, tetap cekung walau dah macam2 usaha. Mula dari minggu lepas, saya dah bagi diet tambahan istimewa, bawang putih dan serbuk kari campur dedak. hehe

kambing aqiqah
Kambing 3: Kambing nakal berumul 5 bulan, berat 10kg dan tiada masalah kesihatan insyaallah, masalah disiplin je, anak kedua dari ibu jamnapari diatas ni. Meh sini, akan kuberikan latihan ketat macam kem tentera supaya jadi kambing solehah dan induk yang baik. Insyaallah. Hehe.


Sebab kambing ni kurus sangat, orang nak beli pun takut. Apa lagi nak buat kambing aqiqah. Kambing 3 ekor ni kuat makan dan aktif. Daripada beberapa maklumat yang saya dapat melalui blog alwigoatfarm, sekarang ni tengah buat eksperimen untuk menggemukkan kambing dan mengembalikan mereka ke keadaan yang lebih baik. Boleh di kira kelas pemulihan jugalah. hehe.
Dalam banyak2 kambing  ni, kambing ke 2 yang paling cengkung. Takpe2, insyaallah akan saya pam kan anda dengan gizi bernutrisi tinggi aka high nutrition diet, hehe. Kalau tak sihat juga hehe.. masuk dalam periuk la nampaknya
Memang besar harapan saya untuk memulihkan mereka bertiga ni menjadi rakyat kandang kambing yang berdisiplin dan sihat wal afiat. Mohon panduan dan cadangan dari tuan puan. Saya sedia untuk mencuba sebarang terapi yang dirasakan sesuai dan menepati kaedah syarak. Hehe. Assalamu'alaikum Wrmbth dan salam kambing aqiqah umm baraqah