Assalamu'alaikum Wrmbth, Hari ni kita rehat cerita tentang kambing
aqiqah. Atas kandang kami ada beberapa kambing kampung yang kurang sihat
dan selalu sakit. Dari dulu sampai sekarang bagi makan apa pun macam
tulah keadaannya. Ubat cacing dah bagi, vitamin B kompleks pun dah bagi
tapi nampaknya menemui jalan buntu. Inilah dia gambar 3 ekor kambing
nakal hardcore di kandang UMM BARAQAH RESOURCES
|
Kambing 1 :
Bulu kusut masai dan badan tidak berisi. Adik beradiknya yang lain semua
dah selamat di kambing aqiqahkan. Umur dah dekat 2 tahun. Adakah ini
yang dimaksudkan alwigoatfarm dengan bottom 20% populasi kambing dengan
berat rendah. Hmmm |
|
Kambing 2: Ibu
Jamnapari yang keletihan memelihar anak yang nakal dan super aktif.
Badan jadi cekung dan kurus lepas melahirkan kembar 2. 1 anak yang lebih
dominan mati sebab masuk dalam kandang kambing dewasa dan dipijak tanpa
belas kasihan. Ibu yang baik tapi badan tak nak naik, tetap cekung
walau dah macam2 usaha. Mula dari minggu lepas, saya dah bagi diet
tambahan istimewa, bawang putih dan serbuk kari campur dedak. hehe |
|
Kambing 3:
Kambing nakal berumul 5 bulan, berat 10kg dan tiada masalah kesihatan
insyaallah, masalah disiplin je, anak kedua dari ibu jamnapari diatas
ni. Meh sini, akan kuberikan latihan ketat macam kem tentera supaya jadi
kambing solehah dan induk yang baik. Insyaallah. Hehe. |
Sebab
kambing ni kurus sangat, orang nak beli pun takut. Apa lagi nak buat
kambing aqiqah. Kambing 3 ekor ni kuat makan dan aktif. Daripada
beberapa maklumat yang saya dapat melalui blog alwigoatfarm, sekarang ni
tengah buat eksperimen untuk menggemukkan kambing dan mengembalikan
mereka ke keadaan yang lebih baik. Boleh di kira kelas pemulihan
jugalah. hehe.
|
Dalam banyak2
kambing ni, kambing ke 2 yang paling cengkung. Takpe2, insyaallah
akan saya pam kan anda dengan gizi bernutrisi tinggi aka high nutrition
diet, hehe. Kalau tak sihat juga hehe.. masuk dalam periuk la
nampaknya |
|
Memang besar harapan saya untuk memulihkan mereka
bertiga ni menjadi rakyat kandang kambing yang berdisiplin dan sihat wal
afiat. Mohon panduan dan cadangan dari tuan puan. Saya sedia untuk
mencuba sebarang terapi yang dirasakan sesuai dan menepati kaedah
syarak. Hehe. Assalamu'alaikum Wrmbth dan salam kambing aqiqah umm
baraqah
No comments:
Post a Comment