Assalamu'alaikum Wrmbth, memang sekali sekala rajin juga masuk
kandang kawan penternak lain cuma selalunya tak terfikir nak tangkap
gambar. Hari ni kebetulan lalu depan kandang wak mail, pembiak kambing
tradisional dikampung saya.
|
Inilah dia Wak Mail |
Kebetulan masa saya buat spot check ni, Wak Mail
tengah nak beri kambing dia makan rumput napier. Tengah kisar rumpur kat
bawah kandang tu. Dia ni memang cekal bela kambing, tengah bela kambing
ibu mertua sakit. Dia sanggup jaga mertua dan setelah beberapa ketika
sakit, minggu lepas kembali ke rahmatullah. Semoga Allah swt beri insan
berhati mulia macam wak mail ni ganjaran insyaallah.
|
Projek Wak Mail yang paling baru, membiak biri biri baka barbados, baka jantan dia boleh tahan 60kg beratnya |
Kandang Wak mail memang sederhana, semua buat
sendiri, kayu pun pakai kayu terpakai. Baka kambing memang kampung
seperti katjang dan kacukan jamnapari.
|
Dalam petak ni ada 2 jamnapari dan 1 kacang, memang baka jamna ni kurus agaknya. Kandang orang pun macam tu |
Baka kacang tulen pun ada atas kandang ni. Wak Mail
buat sistem semi intensif juga. Tapi dia ada bergantung pada dedak dan
soya hull juga. Tadi masa sembang2 dengan dia, terbuka cerita pasal
kambing kandang alwigoatfarm, tak percaya dia bila saya buka cerita
kaedah yang diguna pakai terutama kambing lepas ragut tak kena cacing.
Aku ada rancangan nak lawat kandang alwigoatfarm insyaallah. Jauh juga
ke bidor tu dari Klang ni. Hmmm
|
Anak kambing
kelahiran kandang wak mail, ini pun ada darah jamna. Hairan juga tadi,
mak jamna sanggup berkongsi susu dengan anak kambing lain. Ada ibu
susuan la pulak |
|
Kambing katjang yang tengah julurkan kepala tu, warna hitam |
Selalu juga kalau ada benda tak tahu tanya Wak Mail
ni, hehe tapi biasa la orang lama yang veteren ni susah sikit dengan
idea baru berlandaskan sains. Biar berbeza cara asalkan sama matlamat.
Orang putih kata the same difference.
|
Tong kalis udara untuk simpan dedak |
Hari ini baru saya perasan, wak mail simpan dedak
dalam tangki kedap udara la, kalau cerita pasal aflatoksin memang mahu
tercengang wak mail ni, tapi alhamdulillah dia memang peka pasal
penjagaan dedak ni. Kalau bukan sebab terbaca di blog lain mesti aku
pandang sebelah mata je ni. Hmm
Balik dari kandang
terus aku sembelih kambing aqiqah seekor. Berat ada 50kg ni, jenuh juga
nak kerjakan. Alhamdulillah sudah beres.
No comments:
Post a Comment