Wednesday, March 28, 2012

2 Jenis Kambing untuk Pembiakan

Assalamu'alaikum Wrmbth, menurut info yang baru diperolehi. Kambing terdiri daripada 2 kumpulan iaitu equatorial (Nama macam hotel equatorial di bandar hilir Melaka pulak.. Hehe) dan Alpine.

  1. Jenis Pertama Equatorial : Berasal dari kawasan beriklim panas sepanjang tahun  dan akan mengawan sepanjang tahun. Contoh baka yang tergolong dalam kumpulan ini ialah Boer, fainting (ya kambing pengsan memang wujud.. saya pernah post tentang ini) dan juga anglo nubian. 
  2. Jenis kedua Alpine : Kebanyakan jenis kambing ini adalah kambing susu dan mereka ni membiak mengikut musim (menurut sumber adalah Ogos ke Januari setiap tahun). Luar musim mengawan, kambing jantan akan tiada minat untuk membuntingkan kambing betina. Tapi pembiakan kambing secara komersil di barat menggunakan pendekatan hormon supaya kambing jantan dapat melakukannya sepanjang tahun (nama pun komersil)
Hujung minggu ni saya balik Melaka, sebab tu kena kemaskini kerap

No comments:

Post a Comment