Assalamu'alaikum Wrmbth, selepas memerhatikan jenis-jenis ubikayu di sekitar kawasan kandang. Ada 2-3 jenis juga dan ciri paling berbeza adalah pada warna batang daun dan bilangan capahan pada daun tersebut. Kaji punya kaji, rupa2nya seperti sahabat kambing kita, Tuan Alwi cerita dalam daun ubi ni ada racun sianida. Adakah pengambilan berterusan selamat pada kambing. Boleh sesiapa kongsikan?
Jenis Ubi Kayu
Pada kebiasaanya terdapat dua jenis ubi kayu yang terdapat di Malaysia.Ubi tersebut adalah jenis “pahit” – (mengandungi racun sianid
dalam isi ubi) dan jenis “manis” –( racun sianid dalam ubi
kurang dan pada tahap selamat dimakan)
Walau bagaimanapun, semua varieti mengandungi sianid dalam semua bahagian pokok. Kebanyakan jenis “pahit” ditanam untuk pemprosesan kanji atau racik kering.
Jenis “manis” pula sesuai dimakan atau diguna untuk produk makanan dan menjadi bahan mentah berguna dalam industri makanan snak (makanan ringan) seperti snak tradisional seperti kerepek, keropok dan opak masih digemari ramai.
Tepung ubi kayu boleh diguna dalam snak moden seperti snak sempritan kerana menjamin kerangupan snak tersebut
Semua pucuk ubi kayu mengandungi sianid; lebih dibandingkan dengan ubi! Sebenarnya, tiada varieti yang selamat dimakan pucuknya. Jadi cara menghilangkan sebahagian besar sianidnya ialah dengan masaknya dengan cara celup dalam air mendidih. Disyorkan makan sekali sekala saja, jangan kerap sangat dan Tidak disyorkan untuk kanak-kanak.
Sumber: http://teknologipertanian.com/2009/12/23/jenis-ubi-kayu/