Assalamu'alaikum Wrmbth, Semalam sampailah satu kawanan 8 ekor
kambing kampung dari kandang XXXX. Pemilik kandang tidak mahu namanya
didedahkan. Kambing kena curi 2-3 kali waktu dia takda kira dah putus
asa dah ni. Tiba-tiba nak guna duit pula jadi tolak la pada aku dengan
harga kawan-kawan.
|
Kambing kambing baru |
|
Anak dan ibu kambing |
|
Masing-masing nak tunjuk kuasa, siapa lagi dominan |
|
Jantan kampung, umur setahun |
|
Habis rumput bersepah kena ratah, lepas seminggu baru berani lepas |
|
Ibu tengah bunting, dah nak meletup |
|
Ada 2-3 kambing bunting. Mungkin sebulan lagi meletup la ni |
Walaupun dah 3 tahun aku bela kambing, dah
macam-macam baka kambing aku jumpa. Baru kali ni aku nampak kambing
kacang warna coklat. Sebelum ni semua kambing kacang asli aku warna
hitam. Penternak lain, betul ke ni kambing kacang asli. Bulu memang
berkilat dan badan bulat2. Tuan lama dia ni, lepaskan daripada pagi,
pukul 630 petang baru balik kandang. Salah satu sebab aku nak ambil
dengan keputusan mustahak ni kerana kambing lepas ni. Kalau dah biasa
dibiarkan meragut lepas mesti daya tahan tinggi dengan parasit.
Tambahan
lagi, kambing ni kalau betul jenis kacang memang bersaiz comel,
teringat kenyataan alwigoatfarm tentang saiz badan dengan kadar
pembiakan. Kambing kecil pebiakan tinggi. Hehe, insyaallah ada rezeki
aku kahwinkan kambing ni dengan kambing alwi bagi saiz besar sikit.
Wallahu'alam, perancangan dan perlaksanaan sudah ada.
No comments:
Post a Comment