Assalamu'alaikum Wrmbth, walaupun daun ubi baik untuk kambing,
rupa-rupanya ada satu jenis ubi yang terkecuali iaitu ubi gajah.
Sifirnya mudah, kambing tidak akan makan sesuatu yang berbahaya kepada
dirinya. Jika kita biarkan kambing lepas meragut, memang kambing tidak
akan makan daun ubi ini kecuali sedikit kerana sebab yang tidak
diketahui. Ubat adalah baik jika diambil pada dos disarankan tetapi jika
terlebih dos akan membawa mudarat.
Jadi,
jika kambing anda ingin makan atas pilihannya sendiri, biarkan. Tetapi,
jangan petik daun ini dan punggah ke atas kandang untuk sanapan kambing
anda. Kambing yang kelaparan akan makan tetapi kesannya boleh membawa
maut. Hidrogen sianida akan menggangu bekalan oksigen pada kambing dan
boleh baca lebih lanjut. Terima kasih pada Makcik saya dan En Alwi atas
maklumat. Hoho..
No comments:
Post a Comment