Monday, April 16, 2012

Kesan Tannin Terkondensasi Bagi Mengekang Parasit Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, 2-3 hari lepas aku diperkenalkan dengan istilah Condensed Tannins (CT) atau Tannin Terkondensasi dan kesannya pada kambing. Sekali lagi aku tanya pakcik google tentang apa perincian lanjut CT ni dan kesan baik pada kambing.

Banyak2 journal yang aku jumpa, aku paling sedap baca yang ini. "Tannins for Suppression of Internal Parasites" di link http://www.animal-science.org/content/81/14_suppl_2/E102.full . Mula2 tu memang rumit juga nak faham sebab bukan istilah Layman (orang awam) tapi lebih pada bahasa ilmiah bagi pengkaji ternakan ruminan khususnya kambing.

Sahabat perkambingan alwi ada sebut tentang kebolehan sebatian organik ni merencatkan gangguan parasit seperti cacing pada saluran penghadaman. Terma saintifiknya Gastro Intestinal Parasit tapi nama pendek panggil je parasit. Pengambilan Tannin secara terkawal pada Dos rendah akan mengurangkan gangguan cacing dan secara langsung akan menambahkan kecekapan sistem penghadaman kambing menyerap makanan. Contohnya, kalau tanpa CT, cacing serap 50% daripada makanan tercerna dan dengan kehadiran CT pula banyak cacing akan keluar daripada badan kambing dan kadar serapan nutrien tentu naik.

Maksudnya, kambing makan sikit tapi kadar penukaran makanan (feed conversion rate, ini aku belajar dari Alwi juga ni) akan naik lebih tinggi. Kambing yang dilepaskan meragut terdedah pada ancaman parasit jadi jika kita dapat mengenal pasti pokok apa yang ada CT ni bolehlah kita perbanyakkan di kandang. Satu yang sudah dikenalpasti ialah ubi kayu, selain tu laju juga kambing makan daun pisang dan daun pokok kantan. Mungkin ada juga dalam tu. Masa akan menentukan samada kambing baru aku berdarah tempatan ni dapat membina ketahanan pada parasit tempatan juga.

Setakat ni alhamdulillah, gejala serangan kambing belum kelihatan dan kalau ada pun aku cepat2 ambil tindakan. Siang malam juga kena buat pemantauan ni, paling penting aku perhatikan tinja dia pejal atau beransur cair. kalau beransur cair memang ada la yang silapnya. Doakan kami insyaallah untuk masa depan anak2 kita juga. Siapa nak tolong kita kalau bukan diri sendiri bukan. Kadang2 bila lihat sikap kaum sendiri memang meluat jadi pada apa perlu kita pegang. Pada akidah dan agama islam tuan2. Selagi kita laksanakan tanggungjawab dan amanah insyaallah sedap sikit hati masing2 kan. Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment