Assalamu'alaikum Wrmbth, Saya baru ambil kambing 8 ekor jenis
katchang dan ada diceritakan dalam entri lepas. Dalam 2-3 hari ni memang
bising kandang saya sebab kambing2 ni masaih mahu menyesuaikan diri
disini. Ada diantara kambing tersebut dah sampai umur cerai susu jadi
tanpa membuang masa saya pun pisahkan ibu dan 2 anaknya.
Sudah
menjadi lumrah, memang susah proses cerai susu ni. Tekanan tinggi pada
kedua-dua ibu dan anak. Saya letakkan mereka di petak berbeza dalam
lokasi yang jauh antara satu sama lain. Meneriak tak ingat woo, bingit
telinga dengan sahutan kambing anak beranak ni. Mak kambing masuk dalam
petak betina dan anak kambing masuk dalam petak cerai susu.
Baru
saya perasan perangai kambing ni ialah, jika 1 kambing dalam partition
memekik kerana sesuatu (contohnya dipisahkan daripada anaknya) kawanan
kambing dalam petak tersebut akan menanduk dan melambung kambing dengan
pelbagai aksi ngeri. Tergolek2 kambing tersebut ditanduk, kasihan tu ada
tapi pisah tetap pisah.
Memang macam manusia, tak
siapa suka manusia yang bingit dan bising kan Hehe. Insyaallah ada
penemuan lain boleh dikongsi bersama. Perkongsian ilmu memang bermanfaat
untuk industri ternakan ni.
No comments:
Post a Comment