Tuesday, October 9, 2012

Kambing Bunting dan Pelet Baru

Assalamu'alaikum Wrmbth, Bismillahirrahminirrahim. Alhamdulillah, masih ada idea nak menaip pengalaman yang dipelajari menjaga kambing kampung kacukan ni. Seperti enntri saya yang lepas, kami berjaya dapatkan pelet kambing yang rumusannya lebih cekap untuk menggemukkan kambing. Terima kasih kepada saudara Alwi kerana berkongsi ilmu. Pelet kambing yang ini mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi berbanding pelet persahabatan 5811.

Bialahkan bila dapat sesuatu alat mainan baru memang gatal tangan nak berikan pada kambing2 peliharaan. Dan dari situlah ilmu baru dipelajari, pening juga cabaran yang dihadapi ekoran penggunaan pelet 5180 ni.

Jadi, sekarang ni saya dah ada dua jenis peet atas kandang, 5811 dan 5180. Semua kambing atas kandang dah biasa makan 5811. Jadi, apanila saya berikan pelet baru 5810 pada kambing jantan dan betina tak bunting.. Kambing jantan dari Bidor Perak ni mungkin dah biasa makan disana jadi takda masalah membiasakan diri. Tinja macam biasa seperti coklat cip. Kambing betina dara pun pada mulanya jual mahal nak makan dedak baru ni (bau dia ada ala2 pedas sikit.. ) tapi selang 2 hari laju je makan. Menjilat2 bekas makanan. Alhamdulillah tiada masalah penghadaman juga, semua keluar choclate chip.

Geng2 bunting ni bila tengok kawan2 jantan dan dara makan pelet brand baru terus jeolous dan masing2 berdiri dengan 2 kaki minta sekali. Hari pertama saya tak bagi, tidak juga pada hari kedua. Namun oleh kerana muka sekupang yang ditonjolkan mereka, tak pasal2 juga saya bagi rasa sebekas dua. Perghh.. masha Allah boleh tahan laju pelahap. Kawasan meragut saya tak besar jadi bagi membekalkan khasiat protein dan karbohidrat yang mencukupi, saya bagi supplement pelet dalam kuantiti minima lagi. Kos makan harian masih bawah 30sen/ekor.

Pagi esok, alangkah terkejutnya saya melihat 2 ekor kambing bunting 3 bulan ni cirit (dari rekod kahwin). Saya ada 2 pengalaman lampau yang pahit dengan kambing bunting cirit birit semasa bunting ni. 2 kes sebelum ini melibatkan kambing bunting berakhir dengan anak lahir tak cukup bulan dan ada pula yang gugur. Siren kecemasan menandakan tindakan pantas perlu diambil. Telefon sana sini baca sana sini untuk penyelesaian terbaik. Dalam kalut2 ni ku panjatkan doa pada ilahi, supaya Allah swt selamatkan kandungan kambing2 bunting ni (anak tak selamat, ibu pun terjejas sama). Akhirnya, saya buka rekod peribadi kambing2 ni dan melalui rekod ubat cacing telah diberikan 1 bulan yang lepas, dan hasil pembacaan dan rujukan ada menyebut bahawa pertukaran makanan mengejut boleh membuatkan kambing cirit birit.

Langkah pertama, hentikan pemberian semua pelet dan bijiran. Diet tukar penuh pada tumbuhan hijau. Selepas tu kita monitor perkembangan. Selepas sehari, masih cirit lagi dan kambing bunting ni dah mula duduk2. Hmm.. tanda kurang baik ni. Paling risau jika kambing terhidrasi. Hasil pembacaan dan rujukan ada menyebut pemberian vitamin B kompleks dapat membantu sedikit sebanyak pemulihan kambing cirit.

Alhamdulillah, pengalaman lampau yang positif merawat kambing polio menggunakan vitamin b kompleks (bahan organik ya.. sumber sintesis ni buang masa je)  mendatangkan manfaat pada hari ini. Dos 5cc untuk kambing dewasa dan selepas sehari Alhamdulillah semua pulih kembali. Coklat cip kembali bertaburan.

Kambing dan kandungan selamat alhamdulillah. Selepas ini harap berhati2 dengan pemberian makanan baru kepada kambing bunting. Dari pengalaman ini, memang benar rekod ternakan memberikan bantuan penting semasa kes kecemasan seperti ini.

Alhamdulillah juga kambing saya yang menghidap polio kambing aka polioecephalomacia telah puilih sepenuhnya. Sudah selamat meragut di bawah seperti kambing lain dan masih dalam proses pemulihan berat badan. Boleh rujuk post saya yang lepas di bawah.

  1. POST KAMBING DAN POLIO
Semoga perkongsian tak seberapa ini dapat membantu sedikit sebanyak jika perkara yang sama berlaku di kandang anda. Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment