Assalamu'alaikum Wrmbth, Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma Solli A'la Muhammad. Dulu, kita selalu dengar kisah teladan haiwan daripada tok nenek. Ada kisah sang kancil dan buaya dan bermacam2 lagi. Alhamdulillah ada versi komersil untuk menghidupkan kembali kisah lama penuh pengajaran pada anak2 kita. Boleh tontoni TV Al-Hijrah untuk lebih lanjut.
Itu cerita di tv, kisah say ni berlaku di kandang. Berkenaan 2 ekor haiwan yang serba dirundung malang. Seekor ibu yang keguguran anak. Seekor lagi anak kambing kecil yang kematian ibu.
|
Ini dia Si Hitam aka Agem dan Koko |
Hitam melahirkan anak buat pertama kali dan tiada pengalaman, saya ada dikandang semasa proses kelahiran. Nak dijadikan cerita oleh kerana jam dah lewat kerana ada urusan mengejut, saya pun tinggalkan kambing tersebut bersendirian melalui proses kelahiran dengan harapan segalanya berjaan lancar. Balik malam tersebut rupa2nya anak yang lahir mati kerana ibu kambing tidak membersihkan air ketuban dari hidung. Maka lemaslah dan matilah sejurus selepas dilahirkan. Bila saya sampai malam tu, memang sedih juga tengok emak kambing meraung memanggil anaknya yang telah mati.
Oleh kerana tiada anak kambing yang menyusu maka bengkaklah ambing susu kambing si hitam ni. Hari2 saya perah untuk berikan pada kambing lain yang menghidap polio kambing (alhamdulillah dah sembuh). Tapi, susu kambing masih banyak lagi tak kering2.
|
Hitam dan Koko saling menyayangi |
Kebetulan, kawan saya yang juga tak pandai lagi jaga kambing telah kematian seekor ibu kambing mempunyai anak berusia 2 bulan. Oleh kerana khuatir anak kambing tersebut mati, maka dia pun berilah pada saya dan kebetulan datanglah ilham untuk susukan si Koko ni pada si Hitam.
Pada awalnya, si Hitam enggan, jadi saya juga yang pegang badannya dan menyusulah si koko sampa kenyang. Kalau ikut hukum islam bagi manusia, 3 kali menyusu kenyang dah jadi anak susuan. Jadi setelah 2 minggu, si Hitam dah anggam Koko macam anaknya sendiri.
Teringat hadis Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang yang
memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di
syurga". Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari
telunjuk dan tengah.
Hmm, kambing pun sayang anak yatim, jadi apa alasan manusia yang ada akal dan fikiran untuk berlaku zalim sesama kita.
No comments:
Post a Comment