Assalamu'alaikum Wrmbth,pada penghujung abad ke 19, ada seorang manusia pandai melakukan satu eksperimen mantop. Eksperimen apa tu? Insan ni bernama Ivan Pavlov dan eksperimennya mengenai tindakbalas organisma pada situasi. Dalam eksperimen beliau, seekor anjing telah digunakan bagi melihat kesan rangsangan luaran berserta elemen tambahan bagi satu tempoh masa tertentu pada haiwan tersebut.
Semasa permulaan eksperimen, anjing tidak merembeskan air liur ataupun apa2 respon semasa loceng dibunyikan. Apa yang dilakukan adalah semasa Ivan memberikan makanan kepada anjing eksperimen dia akan membunyikan loceng. Jadi setiap kali makan diiringi loceng anjing ini akan merembeskan air liur untuk penghadaman. Senario ini diulangi selama tempoh tertentu yang agak panjang.
Kemudian, satu perubahan dilakukan di penghujung eksperimen. Loceng dibunyikan tetapi kali ini tanpa makanan diberikan. Agak2nya apa terjadi? Menurut hasil pemerhatian Ivan, anjing tersebut akan merembeskan air liur tiap kali mendengar bunyi loceng. Walaupun tanpa diberikan makanan. Pendek kata dah kena brainwash la ni. Memang satu penemuan sensasi, orang putih kata breakthrough.
Tahukah anda syarikat2 pengiklanan melakukan kaedah yang sama untuk melatih anda membeli produk mereka. Memang bijak mereka ini mengaplikasikan hasil kajian ini kerana ramai yang menjadi mangsa. Bagi mereka yang hidup dizaman 80an, zaman raja pop, arwah Michael Jackson tengah meletup.
Tahukah anda, Pepsi telah menjadikan Raja Pop ini sebagai duta produknya. Anehnya, Encik Michael ni dengan selambanya telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau takkan pegang tin Pepsi di khalayak ramai dan kalau sekarang ni silap hari bulan duta produk boleh disaman. Tapi kerana populariti Michael Jackson ni, walaupun jelas nyata lagi terang keterangannya tentang produk Pepsi.. para peminatnya tetap membeli Pepsi kerana iklan2 di kaca TV menyiarkan tarian dan lagu2 hitnya dan diakhir tarian iklan ni ditunjukkan gambar Pepsi.
Para penonton dan peminatnya diletakkan didalam satu keadaan ecstasy dan teruja melihat artis kegemaran mereka dan semasa perasaan ini berada di kemuncak, maka visual Pepsi ditonjolkan untuk menghubungkan perasaan hebat dan teruja pada Michael pada Pepsi.
Hasilnya, jualan Pepsi telah melonjak naik menyaingi jualan pesaing mereka Coca Cola. Hati2 dengan apa yang anda lihat ya tuan puan. Semua ini dipanggil "Conditional Response".
Jadi, apa yang pembiak kambing boleh ambil manfaat daripada eksperimen ni? Hmmm.. hari2 kami lepaskan kambing meragut rumput dan setelah sampai tempoh masa kambing pulang ke kandang saya akan mengejar mereka masuk ke kandang sambil meneriak "BALIK2".Sementelah pulang saja ke kandang terus diberikan upah peletkegemaran mereka. Rutin ini diulangi hari demi hari.
Dannn.. sekarang, semasa kambing sedang asyik meragut.. sebaik sahaja jeritan suara saya melaungkan "BALIK".. Bergegas mereka menyahut sahutan tuan kambing ni dengan mengembek disusuli dengan larian pantas ke kandang. Memecut betul ni kerana kambing2 ni telah tahu bahawa sebaik sahaja mereka terdengar jeritan balik, pasti ada pelet yang lazat menunggu mereka.
Terbukti, walaupun pelet tidak diberikan selepas mereka pulang ke kandang tetapi mereka tetap pulang berlari ke kandang kambing. Hasil daripada teknik tindak balas situasi aka "conditioned response". Memang seronok hari2 macam ni. Haha. Alhamdulillah, thank you my beloved goats. You certainly make our life more colourful with your amusing talents.
No comments:
Post a Comment