Wednesday, August 29, 2012

Ternak Kambing Penghadaman Perut

Assalamu'alaikum Wrmbth, kali ini artikel ternak kambing akan ulas sedikit sebanyak tentang kambing dan 4 perutnya. Kambing ada 4 perut dan fungsi mereka tersendiri. Ini bermaksud perut kambing yang 4 ini tidak boleh berfungsi jika satu pun daripada perut ini hilang. Kenapa mereka ada 4 perut berbanding 1 perut aka monogastrik seperti manusia? Allah swt menciptakan haiwan ruminan seperti kambing ini untuk menghadamkan serat dan gula kompleks seperti sukkrosa dan lignin tumbuh tumbuhan melalui 4 perut ini. Menarik bukan.

Manusia mempunyai satu perut dan keupayaan untuk menghadamkan dinding sel yang terdiri daripada sebatian kompleks adalah terbatas. Perut kambing terdiri daripada 4 ruang iaitu RUMEN, RETIKULUM, OMASUM dan ABOMASUM. Pen ternak kambing yang berpeluang menyembelih mereka boleh lihat perbezaan struktur perut ini. Secara umumnya, RUMEN berfungsi sebagai rumah bagi pelbagai jenis bakteria dan protozoa yang menolong penghadaman. Boleh juga kita panggil sebagai kebuk penapaian kerana enzim yang dihasilkan mikroorganisma ini menukarkan makanan kepada bentuk ayng boleh diserap kambing. Pen ternak kambing harus faham dengan betul fungsi rumen dan keseimbangan dalamannya kerana banyak masalah boleh timbul daripada pemberian dan pengurusan diet yang tidak baik. Antara masalah yang boleh timbul adalah acidiosis dan kekembungan (bloating) yang boleh membawa ajal kambing anda. Kematian bermakna tiada fulus untuk pen ternak kambing. Mahu tahu lebih lanjut? SILA KLIK LINK INI UNTUK ARTIKEL PENUH PERUT KAMBING


Tuesday, August 21, 2012

Ternak Kambing Mengawan

Assalamu'alaikum Wrmbth, Kambing juga mempunyai kitaran subur seperti manusia. Jika seorang pen ternak kambing mengetahui bagaimana kitar ini berlaku maka dia dapat mengambil manfaat untuk membiakkan kambing betina yang sedang berahi untuk disenyawakan. Penting bagi pen ternak kambing merancang masa bunting kambing betina kerana masa optimum bagi kambing untuk melahirkan anak adalah 3 kali dalam 2 tahun.

Jika kita tidak menyedari kitar berahi kambing telah tiba maka pen ternak kambing tersebut terpaksa menunggu kitaran seterusnya supaya kambing dapat mengawan dengan pejantan. Kambing jantan tembapan dan kacukan dapat mengawan sepanjang tahun tidak seperti sesetengah baka import yang berasal daripada kawan beriklim 4 musim. Jadi, bagaimana pen ternak kambing dapat mengenal pasti tanda2 mengawan? Sila KLIK SINI UNTUK ARTIKEL TERNAK KAMBING BERAHI

Saturday, August 18, 2012

Tips Ternak Kambing Pemeriksaan Visual

Assalamu'alaikum Wrmbth, dalam artikel lepas, kita ada membincangkan kaedah menentukan kesihatan kambing yang sihat dan sakit melalui jenis bunyi ngembek yang dihasilkan kambing. Sudahkah anda mencubanya? Insyaallah dengan sedikit latihan dan kesabara kemahiran ini dapat dikenalpasti. Kali ini, kita akan membincangkan sedikit sebanyak pemeriksaan visual kambing ternakan. Seperti manusia, kambing yang sakit akan mempunyai penampilan yang kurang kemas dan tanda2 yang dapat dikenalpasti. Pen ternak kambing wajar mengambil perhatian perubahan sikap dan rupa luaran kambing kerana secara langsung ia melambangkan keadaan kesihatan semasa kambing tersebut.

Antara perkara asas yang perlu diberi perhatian oleh pen ternak kambing baru ialah,
  1. Keadaan bulu yang tidak kemas, tidak bersinar dan mudah tanggal. Bulu juga kelihatan meremang tidak seperti normal. 
  2. Gejala lain ialah kambing mengasingkan diri daripada kawanannya dan suka tinggal bersendirian. 
  3. Kurang atau hilang selera makan
  4. Kerap termenung dan kurang responsif kepada rangsangan luar
  5. Tidak menegakkan kepala keatas dan menundukkan kepala
  6. Tidak memandang mata ke mata. Tiada "eye contact" antara kambing dan anda. Betul ni, jika anda selalu memberi makan kepada mereka kehadiran anda akan diperhatikan oleh kambing
  7. Cirit birit
  8. Hingus yang tidak jernih
  9. Kerak mata/ tahi mata yang banyak
 Banyak lagi tanda2 yang wajar di beri perhatian semasa pemeriksaan visual kambing. Para pen ternak kambingseharusnya peka pada haiwan ternakan mereka supaya tindakan susulan dapat diambil. Kambing sihat poket pun tebal. Ingat ya, dengan ilmu barulah peratusan kejayaan projek ternak kambing anda berjaya. Minimakan kos sehabis boleh supaya kelangsungan operasi dapat diteruskan. Bagi bahan bacaan tambahan kepada tipas diatas, SILA KLIK SINI UNTUK TIPS PEMERIKSAAN VISUAL TERNAK KAMBING

Perutusan Raya Maharani Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Allahu akbar x3 Walillahilhamdu. Taqabbalallahu minna Wa Minkum.
Kami di UMM BARAQAH RESOURCES ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas apa pun salah silap kami. Insyaallah jumpa lagi jika ditakdirkan. Semoga Allah SWT menerima Puasa kita di Bulan Ramadhan dan membebaskan kita dari api neraka. Taqabbalallahu Minna Wa minkum. Buat Sahabat penternak, teruskan usaha. Insyaallah

Thursday, August 16, 2012

Kambing dan Perkembangan Perut

Assalamu'alaikum Wrmbth, Perut kambing mengalami perubahan daripada lahir sehinggalah dewasa. Kambing tergolong dalam kategori haiwan ruminan iaitu haiwan yang mengeluarkan semula isi perut pertama "rumen" dan masuk semula kedalam mulut untuk dikunyah dalam bentuk "cud" sebelum ditelan semula kedalam perut kedua "Retikulum". Ada dua lagi perut iaitu omasum dan abomasum. Apa kepentingan kita belajar semua benda mengarut ni? Pada kami, lebih banyak anda tahu tentang kambing lebih tinggi peluang projek anda berjaya dan kuranglah kos kerugian dan pembaziran atas sebab kejahilan. Percayalah, kejahilan merugikan.

Semasa kambing kecil, saiz kempat2 perut ini berbeza berbanding apabila mereka meningkat dewasa. Saiz rumen kecil berbanding abomasum (perut keempat dan serupa dengan perut manusia). Pada peringkat muda aka kid, kambing mendapat majoriti nutrien daripada susu ibu yang kaya dengan antibodi. Semasa susu diminum oleh anak kambing, sus tersebut terus ke abomasum kerana akan ada saluran pintasan aka bypass daripada esofagus (salur makanan, atau urat marih.. urat ni yang wajib putus semasa sembelihan selain urat halkum dalam mazhab syafie, kalau mazhab maliki campur dua urat lagi iaitu urat wadajain dengan nama siantifik arteri karotid dan vena jugular) terus kepada perut keempat abomasum. Pada peringkat ini, rumen, retikulum dan omasum belum digunakan sepenuhnya kerana pengambilan serat belum lagi menjadi diet utama kambing.

Jadi, apabila kambing meningkat dewasa saiz dan mula belajar makan berserat daripada foraj. Makanan hijau berserat akan dikunyah dan bercampur dengan air liur aka saliva dan ditelan dalam bentuk bolus melalui tindakan peristalsis. Populasi bakteria dalam rumen akan mula meningkat dan serat akan dihadamkan oleh enzim yang dibebaskan daripada bakteria dan protozoa didalam rumen. Sejajar dengan perkembangan rumen, saiz retikulum (berfungsi sebagai penapis seperti logam berat) dan omasum (penyerap air dan fatty acid iaitu sumber tenaga kambing) juga membesar. Menjelang dewasa saiz perut lain akan lebih besar daripada abomasum (Berasid dan prinsip sama seperti perut manusia). Boleh rujuk rajah dibawah:
Saiz perut kambing semasa dewasa dan kecil
Jadi, sekarang ni kita dah tahu beza perut kambing mengikut umur mereka, secara teorinya jika kita mahukan kambing yang lebih cepat besar, perlua ajar makan makan berserat lebih awal tetapi pastikan bebas cacing. Maksudnya lebih selamat ambil dedaun hijau daripada pisang dan ubikayu kerana ikut kajian, cacing dan telurnya banyak terdapat di tumbuhan pada paras 0-4inci daripada tanah.  Itulah kisahnya, saya baru baca artikel menarik dan menyedari ilmuan islam dahulu ada menyebut "ilmu adalah seperti ikan yang licin jadi tangkaplah ia dengan menulisnya. Sumber: http://www.ansci.cornell.edu/4H/meatgoats/meatgoatfs14.htm

Tips Ternak Kambing Kenali Bunyi

Assalamu'alaikum Wrmbth, sebagai seorang pen ternak dan pembiak kambing, penting bagi kita mengetahui perbezaan bunyi yang dihasilkan oleh haiwan ternakan. Bunyi-bunyi embekan yang berbeza dihasilkan oleh mereka bagi memberitahu tuan punya kambing keadaan semasa mereka. Sebagai contoh, bunyi kambign semasa sakit tidak sama seperti bunyi untuk meminta makanan. Pen ternak kambing yang berpengalaman akan dapat membezakan jenis bunyi dihasilkan melalui pemerhatian berterusan dan istiqamah terhadap binatang ternakan.

Tahaukah anda, semua nabi utusan Allah swt telah menjadi pengembala kambing sebelum diangkat menjadi utusan Allah. Sudah pasti ada kualiti yang dapat diwujudkan pada diri individu secara sedar ataupun tidak. Saya percaya salah satu daripada rahsia ini adalah kemahiran mendengar masalah orang bawahan ataupun rakyat / umat. Pen ternak kambing harus peka dengan perubahan semua ahli dalam kandangnya dan pemimpin yang baik lebih banyak mendengar daripada bercakap.

Secara umumnya, terdapat beberapa jenis pekikan kambing yang harus dibexakan oleh pen ternak kambing.
  1. Lapar dan dahaga
  2. Sakit
  3. Bersalin
  4. Memanggil anak
  5. Berahi untuk kahwin
Saya amat memberi penekanan supaya kita sebagai pen ternak kambing mengecam bunyi yang dihasilkan semasa sakit kerana banyak nyawa kambing dapat diselamatkan jika langkah awal diambil sebelum keadaan bertambah buruk. Cuba bayangkan, jika kandang anda masih kecil dan bilangan kambing anda masih tidak banyak maka bolelah anda memeriksa secara visual tahap kesihatan kambing setiap ekor. Tetapi, jika kambing anda sudah beratus ekor, kemahiran mendengar ini dapat membantu anda membezakan kambing sakit dan sihat dari kawanan dan mengelakkan berlaku jangkitan selanjutnya.Kemahiran ini jika digandingkan bersama pemeriksaan visual akan menambahkan lagi kecekapan anda mengendalikan kambing peliharaan anda. Sasaran kita, minimakan kematian dan maksimumkan keuntungan melalui pengoptimuman sumber.

Bagi membaca artikel penuh TIPS TERNAK KAMBING KENALI BUNYI SILA KLIK SINI

Wednesday, August 15, 2012

Kambing Protein dan Rumen

Assalamu'alaikum Wrmbth, Mula2 bela kambing dulu kami tak pernah bagi kambing makan pelet. Hasilnya kambing kelihatan tak naik2 beratnya walau berapa lama kami beri makan rumput. Kemudian kami mula beri kambing makan pelet murah tapi dalam kuantiti yang banyak. Selera kambing memang tinggi tapi kambing tak naik2 juga. Cakap pasal sakit, hampir setiap minggu ada kambing cirit birit. Memang memeningkan kepala. Kemudian daripada kesusahan Allah berikan ilmu dan kemudahan, cari2 dan baca rupa2nya kambing kami kurang zat, bukan serat dan karbohidrat. Rupa2nya kurang protein.

Bukankah protein dalam tumbuh-tumbuhan seperti napier tinggi kandungannya, tapi itulah dahulu cerita lama mana lah nak tahu kalau tak tanya dan kurang baca. Dulu kami beri kambing makan napier tapi satu perkara penting kami terlepas pandang. Kami potong rumput napier banyak2 dan longgokkan pada satu tempat cukup untuk seminggu. Hasilnya senang sikit kerja hari2 tak payah potong rumput tapi malangnya napier yang dipotong dan disimpan dalam masa lama ni ada kekurangannya iaitu kandungan protein dalam daun menurun kerana daun layu dan daun tua rupa2nya mempunyai kandungan serat lebih tinggi berbanding protein. Makin rendahlah peratusan protein dalam diet kambing.

Rentean daripada semua diatas, bakteria pengurai protein dalam perut kekurangan makanan dan mati kebuluran dan hilanglah keseimbangan rumen. Rupa2nya bakteria ini perlukan minimum 7~8% untuk keperluan minima. Perghh.. kurang protein kuranglah imuniti badan melawan penyakit dan bahan mentah menyembuhkan tisu yang rosak dan membina otot baru.  Senanglah cacing bermaharajalela. Boleh rujuk sumber bagus tentang kepentingan protein dibawah: Sumber: http://animalscience.tamu.edu/files/2012/04/ASWeb081-goatprotein.pdf

Page 1 of 3
Small
Ruminant
Series
Goat Nutrition - Protein
by Dr. Rick Machen
Associate Professor & Extension Livestock Specialist
Texas Agric ultur al Exte nsio n Service, Uvalde
Question: What is protein?
The five major categories of nutrients are:
water
protein
energy
vitamins
minerals.
Protein consists of the elements carbon, hyd rogen, oxygen, nitrogen and sulfur. Th ese elements are
assembled into links called amino acids. Amino acids are the n hooke d together, like links in a chain, to
form proteins.
The most common and econom ical sources of protein for goats in the Southern US are the oilseed
mea ls: cottons ee d, soyb ea n, pe an ut an d sun flower. The cereal gr ain s and forages also con tain p rotein
(Table 1).
When feed, forage or hay is analyzed for protein content, the chemist is actually measuring the
amount of nitrogen (N) in a sample. P roteins, on ave rage, contain 16% nitrogen. The ratio of N conten t to
the entire sample is
100% ÷ 16% = 6.25.
The 6.25 is a conversion factor: crude protein content of a sample is determined by multiplying the N
content by 6.25. For example, if a feed sample had 2.56% N, its crude protein content would be
2.56 x 6.25 = 16%.
Protein is associated with the contents or inside of a plant cell. The protein content of old, dry,
weathered grass is low because the plant cells have ruptured or dried out. Therefore, the cell contents have
been lost or are a small portion of the total weight of the dormant plant. The fiber (relatively less digestible)
to cell content ratio is very high. In contrast, young, green, growing plants are made up of active, growing
cells that contain proteins and other nutrients. The fiber to cell content ration is now very low.
Page 2 of 3
How are proteins digested?
When feed is ingested by a goat, salivary enzymes initiate the digestion process immediately. Upon
arrival in the rumen (the larges t of the four stomac hs ), the fee d is gre eted by literally m illion s of m icros co pic
bacteria. These bacteria are the key to the nutritional well-being of a ruminant. In fact, it is these
cellulose-digesting bacteria that enable a goat to digest leaves from woody plants, forbs (weeds) and grass.
Table 1.
Feedstuff
% Crude
Protein
Cottonseed meal 41
Soybean meal 44
Pea nut mea l 52
Corn 10
Oats 10
Grain sorghum 10
Wheat 14
Alfalfa hay 17
Prairie hay 5
Bacteria in the rumen break down dietary proteins into individual amino acids. These amino acids
are then used by the bacteria to construct bacterial protein and make more bacteria.
Bacteria are continuously being flushed out of the rumen, through the reticulum, to the omasum
(where moisture is removed from the digesta) and finally to the abomasum or fourth stomach .
The abomasum is similar to a monogastric (meaning one stomach; human, pig, chimp, etc.)
stomach . It is a very acidic environment. In the abom asum, the bacterial proteins are broken down into
amino acids, which pass through the small intestine and in to the bloodstream.
What is by-pass protein?
By-pass protein, mo re ap prop riately k nown as esca pe protein , is that po rtion of the d ietary p rotein
that escapes degradation in the rumen and arrives in the abomasum in its intact, dietary form. Obviously,
there is some efficie nc y to b e ga in b y avo idin g th e b ac terial breakdown and reco ns truc tion p revio us ly
mentioned.
Fe ed stuffs differ in their esca pe protein va lue s: protein from pla nt source s (soyb ean m ea l,
cottonseed meal, wheat mids, etc.) generally has a lower escape value than that of animal origin (feather
meal, blood meal, fish meal, etc.).
Caution: The bacteria in the rumen have a well defined nitrogen requirement. If too much of the
Page 3 of 3
dietary protein escapes degradation in the rumen, the available N in the rumen will be deficient and the
bacterial population will suffer.
The minimum crude protein content of a goat s diet is thought to be 7-8%. Below that, rumen
bacteria suffer and so does performance of the goat.
Most commercially prepared goat feeds contain 12-17% crude protein - enough to support those
itty, bitty, all-important bacteria and the productivity of their hosts, your goats.
Bottom line: Most goat owners need not concern themselves with the escape protein content of
their precious darling s diet.
SRS-1

Jadi, kena banyak lagi belajar tentang diet harian kambing. Alhamdulillah kambing kami sekarang dah makin sihat dengan sedikit ilmu yang dipelajari. Banyak lagi perlu dipelajari. Pelet itu bagus, rumput napier juga bagus tapi cara menggunakan sumber yang ada dengan betul lebih penting. Insyaallah ada rezeki menjadilah kambing kami. Wallahu'alam

Ternak Kambing dan Ubat Cacing Albendazole

Assalamu'alaikum Wrmbth, Ubat cacing satu senjata penting perlu ada pada semua pen ternak kambing Malaysia dan global. Tapi harus diingat, senjata ni untuk kes kritikal sahaja umpama bom nuklear yang digunakan untuk membasmi musuh. Musuh mati tapi kesan radioaktif beribu2 kilometer terasa. Memang serampang dua mata, kita bunuh cacing lemah dan mewujudkan cacing parasit versi baru yang kebal dari ancaman racun cacing.

Gunakan dengan beretika, salah satu racun dewormer yang pernah saya gunakan di kandang adalah daripada jenis terampai Albendazole. Maksudnya setiap kali nak guna wajib goncang botol sekuat rasa. Jika tiada mekanisme goncangan sebelum penggunaan bahan2 akan mendap didasar botol dan apabila kita menggunakan dewormer ni, hanya pelarut yang kita ambil tetapi pati dewormer tertinggal dibawah. Saki baki terampai tidak cukup kuat untuk membunuh cacing parasit dan salah faham bahawa racun tersebut tidak berkesan. Semua pen ternak kambing wajib faham dan baca penerangan sebelum pemberian secara oral agar sebarang komplikasi tidak baik bakal berlaku pada kambing anda.

Sila KLIK DISINI UNTUK ARTIKEL PENUH Ternak Kambing dan Ubat Cacing Albendazole

Monday, August 13, 2012

Body Condition Score dalam Ternak Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, apabila pelanggan dan bakal pembeli datang ke kandang dan melihat kambing yang bakal dibeli rata-rata mereka tidak berpengalaman menentukan kambing mana yang patut dipilih. Memang peluang menjadi mangsa tipu tinggi dan diambil kesempatan. Semua suka pilih ikut kaedah visual. Kambing paling gemuk sudah tentu paling banyak dagingnya. Adakah begitu caranya wahai pen ternak kambing sekalian?

Saya kurang pasti kaedah apa yang digunakan oleh pen ternak kambing tempatan sebagai neraca bagi menentukan kambing mana yang gemuk tetapi di barat, mereka telah mereka satu sistem dinamakan Body Condition Scoring aka BCS. Sistem ini ada skala 1~5 dan 1~10. Daripada sumber yang telah saya khadamkan, skala 1~5 pun sudah ok. 1 untuk kambing yang sangat kurus dan 5 untuk kambing yang sangat obes aka gemuk. Bagi pen rernak kambing dan pembeli, markah 3~3.5 adalah terbaik bagi kambing pilihan anda kerana yang diatas julat tersebut bermaksud kambing itu gemuk kerana banyak lemak. Bagi angka dibawah 3 pula bermaksud kambign mengalami masalah nutrisi dan kurus daripada sepatutnya.

Pembeli kambing tidak seharusnya mengeluarkan lebih wang untuk membeli lemak dan bukan otot bukan. perbezaan nilai 1 membawa maksud pertambahan atau pengurangan berat badan sebanyak 12% daripada berat badan kambing. Contohnya kambing dengan BCS 4 mempunyai 12% lemak lebih daripada yang sepatutnya manakala BCS 2 menunjukkan kambing kurang 12% jisim badan daripada keadaan ideal iaitu BCS 3.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang kaedah BCS dalam pen ternakan kambing , sila KLIK LINK INI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Sunday, August 12, 2012

Asas Ternak Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, apa perkara asa untuk ternak kambing ? Sudah tentu mengenali bahagian badan kambing. Jika anda rujuk sumber jurnal dan nota daripada bahasa inggeris, banyak istilah dan terminologi yang kita tidak ketahui. Secara jujurnya, saya pun kurang tahu nama bahagian kambing dalam bahasa melayu. Hehe, jangan risau, masih belum terlambat lagi untuk belajar ternak kambing melalui pengalaman.

Baik, gambar di bawah menunjukkan seekor kambing berserta anggota badan yang berlabel. Apa kepentingan mengetahuinya dalam kita men ternak kambing ya? Jika anda mahu memberikan ubat-ubatan melalui suntikan kedalam badan kambing, terdapatt istilah seperti subcataneous dan intermuscular yang secara umumnya tidak kita ketahui maksudnya. Melalui aplikasi pada amalan seharian dan pembacaan jurnal di internet yang banyak serta tunjuk ajar daripada penternak berpengalaman, insyaallah lebih mudah untuk berjaya.

Ternak kambing kena kenal kambing dulu tuan puan.
Gambar diatas telah banyak menolong saya memahami sumber rujukan bahasa inggeris yang saya rujuk. Cara menentukan Body Condition Score berkait rapat dengan sejauh mana kita mengetahui bahagian anatomi kambing ni. Apa yang penting sekarang ni, hafal gambar diatas. Langkah pertama untuk banyak perkara dalam kerjaya anda sebagai pen ternak kambing. Mbbekkk. Sumber : KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Penting Dalam Ternak Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, jadi setelah membaca artikel saya yang terdahulu adakah anda masih ingin terus men ternak kambing? Jika "ya" jawapannya teruskan membaca. Jika "tidak" saya doakan anda dapat menemui cara lain yang dapat membuahkan hasil. Kerjaya ini memang mencabar, peluang untuk gagal sangat tinggi. Menurut sumber lisan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dalam 10 kandang ternak lembu dibuka 1 akan tutup. Tetapi bagi kandang ternak kambing, hanya 1 daripada 10 kandang  akan terselamat.

Bermakna hanya 20% sahaja populasi pen ternak kambing akan selamat. Baik, kita sambung fokus artikel kali ini. Pemilihan baka kambing untuk diternak sangat bergantung kepada baka kambing yang anda perlu fokuskan kerana kambing diternak bagi susunya, dagingnya dan kulitnya. Malangnya di Malaysia, masyarakat kita masih dalam peringkat permulaan untuk mengolah khasiat haiwan ruminan bertubuh kecil ini. Susu kambing telah pun mendapat sambutan menggalakkan, kini giliran daging kambing pula. Harga daging kambing yang mahal menyebabkan ianya hanya mampu dihidang pada sambutan tertentu sahaja. Fokus kita sekarang ini adalah bagaimana menjayakan pengeluaran daging kambing tempatan.

Musuh utama kambing sekarang adalah cacing, jadi apa mekanisme yang terdapat pada diri kambing supaya projek ternak kambing kita akan memperoleh hasil yang lumayan. Besar modal nak keluar ni. Ciri PERTAMA: Daya Rintangan melawan kecacingan. Ciri ini amat penting dan merupakan faktor genetik dalam darah kambing tempatan. Kambing tempatan dilahirkan di Malaysia dan sudahpun mempunyai kemandirian untuk hidup bersama cacing parasit tempatan. Oleh kerana ini, kambing import yang hendak diternak di Malaysia perlulah di kacukkan dengan kambing tempatan seperti katchang supaya anak keturunannya mampu hidup lama dibumi Malaysia ni. Lebih tinggi daya rintangan pada caing, lebih sukar bagi kambing tersebut untuk sakit kerana cacing.

Ciri KEDUA Daya Tahan kambing melawan ancaman cacing. Orang putih panggil resilience. Andai kata cacing masih mampu membolosi sistem daya rintang kambing, maka mekanisme kedua ini akan bertindak untuk melawan ancaman cacing. Penting untuk sebarang projek ternak kambing untuk mengenalpasti ciri ini. Ciri kedua ini tidak diwarisi dan bukan faktor genetik. Maksudnya tiada kaitan dengan keturunan. Ia berkait rapa dengan pemakanan dan pengurusan kandang anda. Kambing yang cukup makan dan seimbang dietnya serta cukup senaman akan mempunyai daya tahan melawan cacing yang lebih tinggi.

Jadi, jika anda masih berminat untuk membaca lebih lanjut tentang kedua-dua ciri ini bagi menjamin peratusan hidup projek ternak kambing anda, KLIK DISINI UNTUK ARTIKEL PENUH

Saturday, August 11, 2012

Ternak Kambing dan Cacing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Di Malaysia dan seluruh dunia, satu masalah besar yang membelenggu fikiran usaha ternak kambing di Malaysia ialah cacing parasit. Kebanyakan kes kematian kambing ada kaitan dengan kecacingan. Banyak ladang ternak kambing telah mengalami defisit belanjawan kerana ubat-ubatan cacing dan kematian kambing. Mangsanya terdiri daripada pelbagai kumpulan kambing, daripada dalam kandungan kepada kambing dewasa.

Kos untuk membeli ubat cacing memang boleh memeningkan kepala pen ternak kambing dan jika kita menurut saranan doktor haiwan, 3 bulan sekali perlu dilakukan pembasmian kambing melalui penggunaan anthelmintic ataupun dewormer. Masalah penggunaan racun cacing ini adalah para cacing mampu untuk menjadi kebal pada dewormer melalui penggunaan yang tidak mengikut sukatan dan kurang etika. Cacing kambing mempunyai kebolehan untuk mewujudkan antibodi melawan kesan dewormer ini dan pada jangka masa panjang masalah cacing super kebal bakal menyebabkan anda tutup kandang.

Pen ternak kambing di Malaysia patut mula berfikir akan kesan jangka panjang kepada perusahaan pen ternakan kambing mereka jika dewormer tidak lagi berkesan kerana masalah ini telahpun kritikal di negara seperti Australia dan Afrika Selatan yang perusahaan industri ternak kambing jauh lebih maju daripada kita. BAGI ARTIKEL PENUH, KLIK LINK INI

Friday, August 10, 2012

Kambing ku Petani Buah Buahan

Assalamu'alaikum Wrmbth, selamat menyambut hari jumaat. Hari penuh keberkatan di bulan penuh rahmat Ramadhan. Hari ni saya nak cerita kisah kambing dan poko buah-buahan di kandang saya. Asalnya, tanah tempat kandang saya berdiri ni sebuah dusun dalam 15 tahu lepas dan meamng banyak pokok buah-buahan. Jadi bila musim buah memang percuma nak makan disini oleh tuan punya tanahle. Status tanah pun tanah pertanian. Tapi selepas orang kuat tanah kembali ke rahmatullah, dusun yang indah berubah wajah menjadi semak samun dan akhirnya hutan belantara.
Pohon durian sedang lebat berbunga, dah lama merajuk pokok ni tak berbuah. Tahniah regim kambing sekalian atas usaha anda menabur baja setiap hari

Bunga durian ni pun kambing sapu, memang sah rezeki kambing. Pokok rambutan juga sedang lebat berbuah. Mashaallah

Banyak juga usaha untuk memulihkan semula keadaan dusun ke kondidi asal yang tip top meletup tapi poko buahnya pula tak mahu berbuah. Merajuk agaknya. Dicampur pula dengan serangan monyet dan lotong makin teruklah keadaan pokok2 ni mogok.. berpuluh tahun tak merasa buah2an poko tanah sendiri.

Alhamdulillah, selepas projek pembaharuan kambing ni melalui revolusi penstrukturan semula, kawasan yang semak dah jadi lapang semua dan kambing2 juga selesa makan bawah pokok buah ni. Hari2 saya lepas memang disitulah tempat melepaknya, bawah pohon durian, rambutan dan nangka cempedak. Tanpa disangka2, satu demi satu pohon kembali berbunga. Lebat sungguh bunganya dan akhirnya bila masa berlalu berbuahlah rambutan dan durian beserta cempedak dan nangka.

Memang rezeki kambing-kambing ni ya, hari2 makan sambil tolong tabur baja sekeliling ladang. Makin subur tanah dan makin gembiralah tuan tanah dan kambing sekali. Semoga Allah swt berikan rezeki yang halal dari sumber yang tak disangka2 lagi macam ni. Makin seronok jaga kebun dan kambing macam ni. Hehe.

Thursday, August 9, 2012

Sebuah lagi Kandang Tutup

Assalamu'alaikum Wrmbth, sedih juga kandang kambing sana sini tutup. Semoga Allah swt beri kekuatan kepada kami untuk maju kedepan ya Allah. Buat rakan di Merah hijau farm, semoga berjaya dalam bidang baru. Kami masih diberikan Allah swt untuk terus bertahan, semoga Allah makbulkan hasrat kami di bulan mulia ramadhan in. Amin

SUMBER: http://merahijau-farm.blogspot.com/

KANDANG KAMI DITUTUP

Saya ingin memaklumkan disini bahawa kandang kami telah ditutup.

Setelah beberape tahun menjalan kan perniagaan ini kami akhir nye bersepakat untuk menceburi bidang perniagaan lain. Segala kerjasama dan tunjuk ajar dari rakan2 penternak amat kami hargai dan kami sangat berterima kasih. Semoga persahabatan kita berkekalan dan selama maju jaya kepada yang masih menjalankan penternakan kambing atau yang telah bertukar arah. Sesungguhnya pengalaman ini sangat bernilai bagi kami..

Kambing dan Padang Ragut Baru

Assalamu'alaikum Wrmbth, akhirnya kawasan padang ragut baru ni dah menghijau dengan spesis pokok pelbagai. Cuma nak kenal pasti spesis tumbuhan apa dan kandungan nutrisi yang mencabar. Malaysia ni tak macam negara barat yang dah maju dalam pertaniannya. Setakat ni saya belum jumpa agensi  atas sebab kelemahan diri saya, untuk memberikan nama saintifik tumbuhan dan kandungannya.

Padang rumput dah menghijau
Dengarnya pokok alfalfa ni tinggi kandungan zatnya dan sesuai untuk kambing, kandungan protein 20%, mana nak dapat benih untuk kambing dan padang ragut ni. Ada sesiapa boleh sarankan?

Wednesday, August 8, 2012

Tips Hebat Ternak Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, sudah menjadi lumrah. Orang baru dalam satu bidang kena banyak sabar dan menghadapi risiko ditipu oleh banyak pihak. Bidang Ternak Kambing di Malaysia ni bukannya baru tapi yang ajaibnya masih tidak membuahkan hasil. Salah satu punca yang saya masih ingat sampai hari ini adalah kewujudan jerung2 pemangsa pen ternak kambing baru di Malaysia ni.

Alangkah bagus jika pada waktu tersebut saya diizinkan bertemu dengan pen ternak kambing sejati dan bukan kaki kelentong. Takdir telah tertulis, sekarang ni saya harap melalui apa yang saya tulis ini dapat memberi sedikit bantuan kepada bakal para pen ternak kambing yang sedang banyak modal tetapi kekurangan ilmu. Mahal betul harga pengajaran ini pada saya, tahulah saya sekarang bahawa duit yang banyak bukan kayu ukur sesuatu projek ternak kambing berjaya jika tidak sudah tentu ramai pembesar2 negara yang sudah berjaya dalam bidang ternak kambing Malaysia ni.

Tips Paling penting adalah, carilah guru dan penjual kambing daripada kalangan pembia dan bukan pengimport. Mesti ada yang akan tanya, kalau pembekal kambing yang dikenali adalah pembiak dan penternak bagaimana? Kayu ukur bagi kehebatan pembiak ni mudah je, lawat kandang tersebut dan lihat berapa banyak anak kambing yang lahir disitu. Umur 0~3bulan. Lepas tu, cuba tanya berapa banyak kambing yang dapat anak kembar dan kadar kematian. Kita tak nak lihat berapa gemuk anak kambing tersebut tetapi berapa banyak kambing yang dibiakkan sendiri di kandang tersebut. Keberlangsungan projek ternak kambing terletak pada kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang minima.

Ramai yang mampu buat trading dan mengimport tapi kalau dikaji berapa ramai pula yang mampu ternak kambing dari "KOSONG" ke "PENUH" kandang. Tak ramai tuan puan. Tujuan kita ternak kambing ni untuk memberhentikan kebergantungan pada kambing import, jadi kita perlu belajar cara yang bertul daripada orang yang betul. Ok2, banyak lagi sebenarnya tips nak ternak kambing dari kosong ni. Boleh KLIK DISINI UNTUK ARTIKEL PENUH.

Ternak Kambing Kacukan Kampung

Assalamu'alaikum Wrmbth, Jadi, artikel kali ini kita akan membincangkan salah satu faktor penting dalam ternak kambing Malaysia. Pemilihan baka untuk dibiakkan di Malaysia. Ramai sedia maklum, 5-6 tahun lepas kita telah diwar warkan kehebatan kambing boer jamnapari dan baka eksotik lain untuk projek ternak kambing Malaysia. Malangnya ramai yang gagal kerana baka ini lambat menyesuaikan diri dengan cuaca Malaysia dan lebih teruk banyak yang mati. Seteleah beberapa kajian dilakukan, penternak2 yang terselamat daripada kegagalan rata2 beralih kepada kambing kampung ataupun kambing susu sebagai sumber pendapatan sampingan.

Tahukan anda, bagi menjayakan projek ternak kambing Malaysia, masa yang panjang diperlukan untuk berjaya kerana bagi pengurusan yang baik, seekor induk kambing betina mampu melahirkan anak 3 kali dalam 2 tahun. Kambing eksotik seperti boer pula seperti kereta import berprestasi tinggi yang tinggi maintenancenya dan sedang bergerak di lebuhraya Malaysia pada had laju 110km/jam. Pelbagai faktor yang tidak membiarkan mereka meluncur laju dan berprestasi optimum dan ramai yang tidak menyedari hakikat ini sehinggalah terlambat.

Jadi, bagi meninggikan peluang kejayaan projek ternak kambing Malaysia, Salah satu alternatif yang dapat diambil ialah menggunakan kambing kampung ataupun baka yang telah dikahwinkan dengan kambing tempatan aka "Hybrid vigor" = Kesegaran kacukan. Punya bombastic term ni, ish3.  Alhamdulilah ada pakcik google, Hehe rupa2nya kambing kahwin kacuk akan memberikan waris yang mempunyai ciri-ciri daripada ibu bapanya.
 
Bagi membaca apakah itu kepentingan hybrid vigor, sila  KLIK SINI untuk maklumat lebih lanjut

Ternak Kambing Malaysia

Assalamu'alaikum Wrmbth, Ternak Kambing Malaysia ? Zaman ternakan kambing telah berlalu dan ramai yang telah mencuba. Tetapi, kami penternak muda Malaysia masih optimis dengan peluang yang ada dalam projek ternak kambing Malaysia. Kami akan cuba mencari dan mengkaji sumber rujukan barat dan mengolahnya ke bahasa Malaysia bagi manfaat pen ternak kambing Malaysia.

Mengapa penting sangat projek ternak kambing Malaysia ni? Tahukah anda, negara kita tidak mampu mengeluarkan kambing yang cukup untuk permintaan masyarakat setempat dan kini bergantung kepada import daripada kambing luar negara. Apa akan jadi jika berlaku peperangan di negara kita? Tiada makanan kerana rakyatnya tidak mampu menghasilkan makanan sendiri dalam kuantiti mencukupi.

Tugas yang sukar ini telah membuka peluang yang besar kepada masyarakat kita tetapi ramai yang mencuba dan kebanyakannya kecundang. Mengapa projek ternakan kambing Malaysia kelam dan masih tidak mampu mendatangkan hasil? Sama-sama kita atasi masalah ini dengan ilmu dan usaha berterusan insyaallah.

Sunday, August 5, 2012

Kambing dan Petai Belalang

Assalamu'alaikum Wrmbth, setelah siap padang ragut yang kami telah terangkan dahulu dan kajian kadar pengambilan makanan semasa meragut, kini tiba masanya untuk mengambil beberapa langkah proaktif menyerap sebarang kemungkinan kenaikan harga pelet kambing. Kami tidak bercadang untuk bergantung pada pelet kambing pun, jadi sistem separa intensif perlu ada sedikit pengolahan daripada pihak kami. Inisiatif paling mudah dan pantas nampaknya ialah memperkenalkan beberapa spesis pokok aka brush (dalam sebutan mat salleh) di kawasan kami. Pilihan awal semestinya petai belalang.

Apakah itu petai belalang?
Sumber: https://wannura.wordpress.com/2010/02/26/petai-belalang-leucaena-leucocephala-rawat-batu-karang/
Petai ini ada khasiat untuk rawatan penyakit oleh orang dahulu. Mungkin masuk dalam tumbuhan herba, siapa tahu. Jangan jadi macam lemba fruit sudah, orang jepun patenkan.. orang kita gigit jari. Jadi, sesiapa yang ada amanah melalui gaji diterima tu tolong2lah buat kerja dengan lebih pantas ya kaut sendiri hasil bumi Malaysia ni. Pulau batu putih sudah hilang, perangai masaih sama lagi. Hmm.. Balik pada petai belalang.. Kami bercadang untuk perkenalkan spesis ini untuk ragutan kambing kerana kandungan proteinnya setinggi 20% dan adakah kemungkinan mempunyai ciri anthelmintic seperti daun ubi dan pisang? Kaji2.

Bagaimana pula dengan analisis kandungan petai belalang.
· Kalori 148 kalori,
· Protein 10,6 gram,
· Lemak 0,5 gram,
· Hidrat arang 26,2 gram,
· Kalsium 155 miligram,
· Fosfor 59 gram,
· Zat besi 2,2 gram,
· Vitamin A 416 SI,
· Vitamin B1 0,23 miligram
· Vitamin C 20 miligram.

Sumber: http://kesehatan.kompasiana.com/alternatif/2012/02/28/leucaena-leucocephala-basmi-cacing-di-perut/


133043570271415725
Tak banyak orang tahu dengan yang namanya petai cina. Petai cina juga disebut lamtoro. Nama botani: Leucaena leucocephala. Petai cina tumbuhan yang memiliki batang pohon keras. Daunnya majemuk terurai dalam tangkai berbilah ganda. Bunganya yang berjambul warna putih. Buahnya mirip dengan buah petai (Parkia speciosa) tetapi ukurannya jauh lebih kecil dan lebih tipis. Buah petai cina termasuk buah polong, berisi biji-bibji kecil yang jumlahnya cukup banyak.
Di masyarakat petai cina lebih banyak ditanam untuk pembatas pekarangan rumah, pagar atau untuk pohon peneduh.

1330441439841466473
Kandungan Biji dari buah polong petai cina (Leucaena leucocephala) yang sudah tua setiap 100 gram mempunyai nilai kandungan kimia berupa :
· Kalori 148 kalori,
· Protein 10,6 gram,
· Lemak 0,5 gram,
· Hidrat arang 26,2 gram,
· Kalsium 155 miligram,
· Fosfor 59 gram,
· Zat besi 2,2 gram,
· Vitamin A 416 SI,
· Vitamin B1 0,23 miligram
· Vitamin C 20 miligram.
Petai ini agak berbeda dengan petai yang biasa kita temui. Petai biasa bisa mengobati penyakit dan kondisi buruk seperti depresi, PMS (mens), anemia, tekanan darah tinggi, sembelit, obat mabuk, gigitan nyamuk, luka lambung, mengatur suhu tubuh, dan sebagainya. Buah petai cina juga mengandung berbagai manfaat. Salah satunya sebagai obat cacing. Sejak dulu saya tahunya petai cina bisa digunakan untuk mengobati cacingan.
Maka tak heran jika dulunya saya sering melihat anak-anak kecil memakan biji petai cina yang masih segar secara langsung tanpa dimasak dulu. Alasannya ya itu… biar gak cacingan…
Selain itu kebiasaan yang masih ada di daerah saya, jika petai cina ini sedang berbuah. Bijinya bisa dimasukkan sebagai pelengkap pada masakan rendang. Sebagai pengganti yang biasanya menggunakan kacang polong.
Petai cina ini baunya tidak semerbak petai biasa. Tidak terlalu bau. Jadi tidak masalah untuk menyantapnya dan tidak perlu khawatir mulut akan bau.
selamat malam
28 Februari 2012
Nampaknya, memang ada kegunaan untuk kecacingan untuk manusia daripada sumber indonesia diatas, bagaimana pula untuk kambing.. Mungkin ada.. siapa pula nak kaji ya?

Harus diingat, kambing hanya akan mengambil makanan setakat keperluannya semasa dilepaskan meragut tetapi jika kita berikannya diatas kandang secara intensif, kemungkinan untuk berlaku bloat atau kembung adalah tinggi kerana bakteria didalam perut kambing menguraikan protein dan membebaskan gas nitrogen dan karbon dioksida dengan kadar cepat. Boleh membawa maut jika tidak dikawal dan diselia dengan baik. Insyaallah kami akan kongsikan kemajuan jika da. Wallahu'alam

Friday, August 3, 2012

Eksperimen 3 Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, hari ini saya berkesempatan mengkaji sedikit tabiat pemakanan kambing bagi pengurusan diet mereka di kandang.

Eksperimen Mengkaji hubungan Masa Lepas Ragut dengan Kadar Pengambilan Makanan Semasa Meragut
Subjek2 Kajian hari ini, sedang bersiap sedia untuk dilepaskan melayar padang rumput.
Tujuan: Mengkaji kadar pengambilan makanan kambing semasa lepas ragut pada tempoh yang ditetapkan

Radas: Penimbang jisim (kg) jenis gantung, tali untuk mengikat, jam randik, kawasan ragut dan 3 ekor kambing

Pemboleh ubah dimalarkan: Kawasan ragutan
Pemboleh ubah dimanipulasi: Selang masa antara ambilan berat
Pemboleh ubah bertindak balas: Berat kambing

Tatacara Ujikaji:
  1. Kambing di puasakan selama 12jam sebelum berat awal M1 diambil supaya mereka benar-benar lapar dan kosong perutnya supaya berat awat kambing merupakan berat tubuh sebenar
  2. Berat kambing diambil menggunakan penimbang jisim jenis gantung (kg), sebarang ralat sifar diambil kira sebelum eksperimen.
  3. Berat kambing diawal eksperimen di catatkan dan kemudian dilepaskan meragut di padang yang sama.
  4. Kambing dinaikkan semula untuk diambil nilai berat selepas selang masa yang ditetapkan.
  5. Pertambahan berat badan kambing diambil sejurus selepas kambing dinaikkan keatas kandang dan sebelum diberi minum. (Kambing tidak diberi minum sepanjang tempoh dilepaskan)
  6. Pertambahan berat badan kambing kambing adalah berat baru selepas selang masa M2 - Berat awal M1
  7. Pertambahan berat 3 ekor kambing dibandingkan untuk rujukan lanjut.
  8. Kambing dilepaskan meragut selama 1 jam lagi dan ulangi langkah (1)-(3)
Pemerhatian:

M1=Berat awal  M2=Berat selepas 1jam meragut  m3=Berat selepas 2 jam meragut
Berat kambing 1: M1=15kg M2=15.5kg M3=16kg

Berat kambing 2: M1=21kg M2=21.5kg M3=22kg

Berat kambing 3: M1=33kg M2=33.5kg M3=34kg


Dapat dilihat pertambahan berat perjam meragut = 0.5kg

Perbincangan:
  1. Umur kambing digunakan berbeza, 1 tahun, 1.5 tahun dan 2.5 tahun
  2. Kambing dilepaskan untuk meragut ditempat yang sama supaya foraj yang sama diambil oleh kambing.
  3. Pertambahan berat badan kambing adalah 0.5kg/jam menurut pemerhatian diatas.
  4. Keperluan harian kambing bergantung kepada berat badan mereka dan dapat diperhatikan melalui pemerhatian, kadar pengambilan makanan bagi kambing berbeza umur adalah sama tetapi keperluan gizi harian mereka berbeza. Kambing dewasa berkemungkinan mengalami masalah nutrisi jika dilepaskan meragut dibawah kadar keperluan harian mereka.
  5. Pemberian pelet kambing atau makanan tambahan lain mungkin dapat dipertimbangkan bagi memenuhi keperluan mereka.
Kesimpulan:
 Kadar pengambilan kambing pada selang masa 1jam di kandang UMM BARAQAH RESOURCES jika dibiarkan melepas ragut secara bebas adalah secara puratanya 0.5kg/jam
Nampaknya, insyaallah saya cuba mengambil kira kadar keperluan nutrisi kambing semasa memberi pelet nanti. Sebenarnya, saya lakukan eksperimen ini untuk mengoptimumkan penggunaan makanan tambahan pada kadar yang minima supaya menjimatkan kos. Inilah pentingnya kita menyimpan rekod berat badan dan lain2 setiap kambing. Mungkin kadar pengambilan makanan kambing dikandang anda berbeza, boleh buat perbandingan. Mungkin berbeza bagi kandang lain, Wallahu'alam.

Sebarang kekurangan didalam eksperimen berkait rapat dengan kekurangan radas tetapi bagi kes kami, ia memadai untuk anggaran. Wallahu'alam