Saturday, January 12, 2013

Sunnah dan Sains

Assalamu'alaikum Wrmbth kepada para pen ternak kambing seluruhnya. Semogo cemerlang2 bergemirlapan dan menyinar usaha ternakan anda semua. Doa dan harapan saya kirimkan supaya lebih ramai orang islam berjaya meniaga. Hari ini pasti lebih baik dari semalam bukan. Sunnah dan Sains. Ramai yang memilih diantara dua ini.

Sunnah Nabi Muhammad SAW salah satunya adalah menggembala kambing. Satu subset dari men ternak kambing. Sunnah baginda juga bersedekah. Dan banyak lagi yang tak tersebut umpama bintang dilangit. Banyakkk.. Orang islam sekarang ramai yang ingin kembali kepada sunnah tetapi jika dibandingkan dengan bilangan yang meninggalkannya antara langit dan bumi.

Ironinya, masyarakat barat seperti mengkaji kebaikan yang dapat disebalik sunnah Nabi SAW. Terutamanya dari aspek sains. Contohnya, kenapa jika air yang terendam lalat, jangan dibuang air tersebut sebaliknya dianjurkan supaya mencelup keseluruhan lalat kedalam air barulah dibuang lalat tersebut dan airnya diminum. Pernah dengar tentang ini pen ternak kambing sekalian?

Ada riwayat dari Nabi SAW mengatakan bahawa sebelah kepak lalat mengandungi racun dan sebelah lagi penawar. Selepas dikaji oleh orang barat, didapati bahawa lalat mengandungi sulphur dan pada zaman dahulu digunakan untuk rawatan penyakit secara murah dan efektif. Cuma rasanya lalukah anda untuk minum air yang direndam lalat? Yakinkah anda dengan riwayat ini sebagaimana yakinnya saintis barat wahai pen ternak kambing semua?

Melalui pergaulan dengan golongan elit dan bijak pandai tidak lama dahulu, terutama yang belajar di negara2 penjajah kolonisme, mereka lebih yakin dengan kajian sains dari sunnah Nabi SAW sendiri. Termasuklah dari universiti2 barat yang terletak ditangga teratas seperti Imperial College di UK. Benar2 jelas yang akal yang pintar tidak menjamin pilihan terbaik setiap masa. Sunnah Nabi pasti yang terbaik bukan. Pen ternak kambing seperti kita wajib yakin.

Ceritanya berlaku di meja makan di sebuah hotel 3 tahun lepas, semasa sebuah kursus diadakan. 2 wanita bekerjaya lulusan IC telah makan semeja dengan saya dan orang2 lain. Kami yang jahil dan terbiasa dengan norma yang telah disogokkan oleh orang barat makan main course dahulu dan diakhiri dengan makan buah2han. Umum mempercayai ia baik untuk kesihatan kerana dimomokkan sedemikian rupa. 2 insan ini sebaliknya, mereka mulakan dengan buah dan diakhiri dengan maincourse (hidangan utama). Imbas pen ternak kambing ini.

Dalam hati saya pada ketika itu, "Oh, alangkah bagusnya mereka kerana menghidupkan sunnah nabi SAW" Lalu dengan izin Allah salah seorang dari kami bertanya kepada mereka. "Mengapa kamu makan dengan cara tersebut?". Jawab mereka " Berdasarkan kajian saintis terkini didapati bahawa makan buah dahulu sebelum makan berat (main course aka hidangan utama) akan meningkatkan kadar metabolisme badan untuk menghadamkan makanan". Dikala itu hatiku terdetik, alangkah rugi dan jahilnya kita menolak sunnah dan mengangkat sains. Benar bukan pen ternak kambing semua?

Berapa banyak kajian sains menghasilkan keputusan yang salah. Ingatkah anda pada TRANS FAT, dahulu para saintis mewar2kan bahawa lemak tepu tidak baik dan penyebab utama masalah kardiovaskular seperti jantung dan mereka memperkenalkan trans fat. Tetapi kajian terkini mendapati TRAS FAT jauh lebih berbahaya dari lemak tepu. Dahulu saintis mengatakan sinar radio aktif baik untuk manusia, sehingga di barat mereka menanam radium bersam sayur2ran supaya lebih sihat. Selepas banyaknya kes kanser berlaku barulah mereka mengatakan ianya berbahaya. Fikir2 kan para pen ternak kambing semua.

Kita manusia biasa hanya menyandarkan sesuatu berdasarkan ilmu yang terbatas. Bukan menafikan peranan para saintis dalam perkembangan ilmu dan teknologi. Tetapi ada 2 sumber yang bertembung iaitu sunnah dan sains, yang mana akan anda dahulukan? Pilihlah sunnah Rasulullah SAW. Peringatan kepada diri sendiri terutamanya. Insyaallah hidup akan lebih berkat dan ini ter masuk pada usaha ternak kambing kita.

Orang yang bijak menurut logik dan kajian, tetapi orang beriman dan bertakwa menurut al quran dan sunnah. Walaupun sesuatu perkara yang disebut sunnah nampak dan kelihatan janggal, akan cuba kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Saya dah jumpa ramai orang barat, mereka makan dengan tangan kanan, sesuatu yang kontradik dengan budaya mereka di filem. Anehnya saya juga melihat ramai orang berpangkat tinggi makan dengan tangan kiri dan mereka belajar di barat. Dimanakah kita wahai penternak kambing sekalian?

1 comment:

  1. assalamualaikum akhi

    saya ingin menambah hikmah di sebalik sunnah Rasulullah SAW dalam pemakanan. Rasulullah SAW mengajar kita untuk berpuasa sunat dan wajib berpuasa di bulan Ramadhan.

    mengikut pakar kesihatan, manusia perlu kepada puasa. kerana badan manusia setelah sekian lama akan terkumpul segala jenis toksin, racun dan ubat daripada apa yang kita makan dan minum. dan apabila kita berpuasa, kita berpeluang untuk merehatkan badan kita daripada terus memasukkan toksin, racun dan ubat. memberi masa kepada badan untuk membina semula struktur dalam badan apabila bahan berbahaya berkurangan melalui proses puasa.

    mengenai TRANS FAT, saya ada copy comment saya dalam blog prof Alwi mengengai TRANS FAT di blog saya, TRANS FAT

    ReplyDelete