Saturday, January 19, 2013

Kisah Sahabat Nabi SAW dan Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Salam kejayaan kepada pen ternak kambing semua. Semoga kita penuh positif membesarkan dan membiakkan makhluk Allah yang banyak kerenahnya iaitu kambing yang lasak dan prolifik. Masyarakat Arab secara tradisinya banyak menternak kambing. Ini tidak mengejutkan kerana keadaan yang panas dan kering ini tidak sesuai untuk parasit hidup dan menguntungkan kambing2.

Pun begitu, kesukaran mencari punca air dan sumber ragutanmenyebabkan mereka menggembala kambing2 mereka ke kawasan gurun yang berbahaya. Haiwan liar seperti serigala dan berbisa seperti kala jengking banyak terdapat disana. Tidak seperti men ternak kambing di Malaysia, tumbuhan hijau banyak, parasit juga banyak.

Sirah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda banyak menyebut kambing dalam kehidupan seharian mereka. Antara yang paling awal diketahui saya adalah berkaitan dengan ibu susu baginda SAW. Nama beliau Halimah As Sa'diyah. Berikut adalah kisahnya dan sedikit kaitan dengan kambing peliharaannya. Kisah yang saya ambil dari blog lain untuk tatapan pen ternak kambing semua.

HALIMAH As-Sa’diyah, dari Bani Sa’ad bin Bakr, menumpahkan kasih sayang yang tinggi kepada Nabi Muhammad, sejak baginda kecil lagi. Sebagai ibu susuan Rasulullah, wanita salihah Arab itu, gigih mengajar baginda bertutur sehingga fasih, melatih baginda berjalan di padang pasir dan mengurus mandian serta membesarkan baginda.

Amalan ibu susuan adalah lumrah di kalangan bangsa Arab sejak dulu sehingga sekarang. Tradisi itu adalah sebagai langkah menjauhkan anak-anak Arab daripada menghidapi penyakit yang biasa merebak dalam keturunan asal. Kesannya, bayi mempunyai tubuh lebih kuat, otot lebih segar dan dapat bertutur bahasa Arab dengan lebih fasih.

Rasulullah terpaksa dipelihara oleh ibu susuan kerana bondanya Siti Aminah, kekeringan susu disebabkan terlalu sedih di atas kematian suaminya, Abdullah, ketika Nabi masih dalam kandungan. Semasa Halimah mula-mula dipertemukan dengan Rasulullah, sinar cahaya anak yatim yang mulia itu, telah melembutkan hatinya. Allah telah menumbuhkan di dalam hatinya, rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah yang menjadikan beliau tabah membesarkan anak itu dengan penuh kesabaran.

Pasangan suami isteri Halimah dan Al-Harits bin Abdul Uzza, adalah pasangan yang berpegang kuat kepada agama dan mempunyai kedudukan yang dihormati dalam masyarakat. Menurut riwayat, Halimah menerima Nabi Muhammad sebagai anak susuannya selepas dinasihatkan oleh suaminya, yang mahukan isterinya menyusui baginda dengan harapan Tuhan akan memberikan mereka kebaikan.

Sebaik saja Halimah memangku Muhammad di atas ribanya, payu daranya terus menitis susu, lalu diminum oleh baginda sehingga kenyang. Beberapa saudara susuan baginda yang lain turut dapat meminum susu itu sehingga hilang lapar.

Justeru, Nabi Muhammad mempunyai beberapa saudara susuan terdiri daripada anak-anak Halimah As-Sa’diyah, termasuk pakciknya, Hamzah bin Abdul Mutalib dan anak pakciknya, Abu Sufyan bin Al-Harits bin Abdul Mutalib. Lain-lain saudara susuan nabi yang lain ialah Abdullah bin Al-Harits, Anisah binti Al-Harits, Hudzafah atau Judzamah binti Al-Harits, yang nama panggilannya ialah Asy-Syaima’.

Apabila umur nabi genap dua tahun, baginda terpaksa diserahkan kepada keluarganya semula. Namun, Halimah As-Sa’diyah begitu berat untuk berbuat demikian lalu memujuk Siti Aminah supaya dibiarkan baginda membesar di bawah jagaannya. Dengan hati yang amat berat, Siti Aminah menuruti permintaan Halimah As-Sa’diyah, walaupun beliau tahu akan menanggung penderitaan dan kerinduan di atas pemergian anak lelaki kesayangannya itu.

Halimah As-Sa’diyah berkata, berlaku beberapa perkara ajaib sepanjang beliau menjaga Nabi Muhammad. Antaranya, unta kurus yang membawanya ke rumah Siti Aminah semasa hendak mengambil nabi, tiba-tiba sihat dan penuh dengan susu.

Begitu juga, kambing peliharaannya yang sebelum ini tidak begitu membiak, secara tiba-tiba menjadi sihat dan mengandungi banyak susu. Malahan, anaknya sendiri, Abdullah, yang sering menangis kerana tidak cukup menyusu, akhirnya kekenyangan. Payudaranya dipenuhi dengan susu dan ini membolehkannya menyusukan Nabi Muhammad dan Abdullah secukup-cukupnya.

Halimah terus memberitahu, ketika beliau membawa pulang Muhammad, beberapa orang Nasrani Habsyah memeriksa Muhammad dengan teliti dan meminta untuk diserahkan kepada raja mereka kerana menganggap budak itu mempunyai masa depan yang cerah.

“Kemudian datang sekumpulan Yahudi lalu aku meminta pandangan mereka mengenai Muhammad selepas diberitahu mengenai keberkatan dan tuah anak itu. Mereka kemudian berpendapat anak itu patut dibunuh kerana dia anak yatim. Akupun memberitahu bahawa suamiku adalah ayah kepada anak itu lalu Yahudi itu meninggalkan Muhammad,” katanya.

Nama Halimah As-Sa’diyah terkenal dalam sejarah Islam kerana pengorbanannya menyusui serta membesarkan Rasulullah.

Nabi sendiri sangat memuliakan Halimah, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Tufail. Katanya, Nabi pernah ke Ja’ranah pada satu hari dan ketika sedang membahagikan daging, datang seorang wanita Badwi menghampiri baginda. Rasulullah terus membentangkan kain ridaknya dan menyuruh wanita itu duduk. Peristiwa itu menyebabkan Abu Tufail ingin tahu identiti wanita itu, lalu dijawab orang ramai “Itulah ibu susuan Nabi.”
 Semoga cerita ini dapat menaikkan semangat pen ternak kambing menggembala kambing masing2 dengan lebih bersemangat. Link asal kisah ini : http://nicenizar.wordpress.com/2011/02/27/keajaiban-membesarkan-rasulullah-s-a-w/  Hehe, alangkah beruntungnya anda kerana mendapat peluang yang sama di tarbiyah oleh kambing sepertimana baginda SAW dahulu. Wallahu'alam

2 comments:

  1. Salam tuan, saya ada 20 ekor boer nak jual kalau tuan berminat . 12 Ibu bunting dan 8 dara. Harga RM11800. Berminat hubungi saya @ 012-6735106 Adi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, Setakat ni saya percaya pada darah kambing tempatan.

      Delete