Tuesday, January 8, 2013

Kualiti dan Kos

Assalamu'alaikum Wrmbth, Apa khabar para pen ternak kambing semua. Moga kambing2 sihat belaka digembala. Banyak exercise kambing sihat dan tuan pun tersenyum juga.

Ramai yang ternak kambing secara bersendiri. Ada juga yang menjalankannya secara perkongsian. Apa pun caranya, ada kemudahan dan kesenangan dalam tiap2 kes. Tentu pern ternak kambing semua ada cerita tersendiri berkenaan ini.

Contohnya bagi pen ternak kambing solo, sewaktu tidak sihat tiada siapa pun yang dapat menggantikan tempat kita menjaga kambing. Mahu tak mahu di gagahi juga agar kambing tidak sakit. Lainlah anda banyak duit, boleh upah pekerja.

Bagi yang berkongsi seperti saya dalam men ternak kambing, macam2 perangai manusia kita akan jumpa. Boleh tahan juga menguji kesabaran sebagaimana melihat kerenah kambing2 di kandang.

Dulu semasa belajar, ada suatu prinsip dalam kualiti di utarakan oleh seorang yang terkenal dalam bidang kualiti. Dr Deming. Beliau mengatakan, cara paling menjimatkan kos adalah melalui kualiti kerja. Memang relevan juga dalam bidang ternak kambing ini.

Contoh yang saya bawakan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, mungkin tidak bersesuaian dengan pen ternak kambing yang lain. Moga ada pengajaran. Orang bijak adalah mereka yang belajar dari pengalaman orang lain.

Semasa awal2 men ternak kambing, kami telah menggunakan kaedah ragut bebas + pelet sebagai supplement. Pada pendapat saya yang mentah dalam bab ini namun berpaksikan kenyataan Dr Deming, Kualiti tetap di hati. Kambing digembala selama beberapa jam di bawah memakan foraj hijau dan sebagainya.

Bagi ibu2 dan induk2 berpotensi telah saya berikan mereka pelet sebagai langkah keselamatan mencegah keguguran dan memastikan BCS 3-3.5. Maklumlah, guna pelet pasti akan ada kos tambahan. Alhamdulillah, dengan kuantiti pelet yang sedikit sahaja tiada kes keguguran dan kambing2 sihat wal afiat. Memang seronok ternak kambing macam ni.

Rakan kongsi saya berlatar belakang perakaunan. Beliau memang dilatih untuk menjimatkan kos.Pada beliau tindakan saya tidak wajar. Membazir dan menyebabkan pengaliran wang keluar. Menurut perkiraan saya, kos makan gembala+pelet dan upah menjaga pada keadaan terbeut pada RM0.30 seekor sehari. 30sen sahaja. Satu benchmark di tetapkan oleh seorang pen ternak kambing lain.

Akhirnya, saya akur dan batch kambing pertama lahir dengan cemerlang. Hampir kesemua induk melahirkan anak kembar. Boleh dikatakan 80% kembar. Jadi, tiba musim mengawan dan kambing2 pun menjalankan program yang memastikan kemaslahatan spesis terlaksana. Bagi menangani kekurangan zat disebabkan oleh ketiadaan pelet. Kambing2 di lepaskan lebih masa. Digembala lebih masa. Alhamdulillah, kambing2 tiada yang gugur. Memang penat juga menjaga kambing mengembala lebih masa. Namun usaha ternak perlu diteruskan.

Selepas penggunaan pelet digantung, kos sehari kambing jatuh pada RM0.20. Pada orang akaun ini satu kehebatan. Penjimatan kos dan kejayaan. Mantop dan cemerlang. Sehinggalah suatu hari, saya cabar beliau menggembala kambing. Masuk hari keempat kambing2 berlumba2 keguguran. Memang best, satu2 kambing gugur. Daripada usia janin, 4.5 bulan (hampir bersalin - anak kembar dan besar. Memang cukup sihat) kepada usia janin 1 bulan. Memang terkejut beliaun, tak sangka semudah itu merosakkan program breeding dalam ternak kambing.

Kambing terus gugur. Masuk 4-5 ekor gugur barulah jelas dimata sanubari beliau, memang mudah menjimatkan kos tetapi kesan jangka panjang dan pendek memerlukan lebih banyak kos. Termasuk ubat2 tan dan lain2 keperluan untuk menjaga kambing gugur. Uri tak keluar dan sebagainya. Akhirnya bukan pengurangan kos yang dicapai tetapi sebaliknya. Senang bukan cara mengajar mereka yang bermain nombor termasuk dalam hal2 kesihatan kambing dalm ternak kambing.

Kini, pelet kembali digunakan. Setelah begitu banyak kehilangan nyawa untuk harga sebuah kemerdekaan. Kemerdekaan dari belenggu terikat pada kos minima. Seperti yang pernah saya petik dari buku Anthony Robin dahulu " often those who damage the company were rewarded due to their short term solution that minimize cost" lebih kurang gitulah bunyinya.

Apa yang pernah berlaku di kala saya masih bergelar seorang pemakan gaji di syarikat multinasional berulang lagi, Seorang staf pakar berpengalaman lebih kurang 30 tahun yang mempunyai pengalaman luas dalam bidangnya, disokong oleh kelulusan dan sijil2 pengesahan kemahirannya dari badan bertauliah, dan banyak lagi dinafikan kepakarannya oleh orang2 bidang2 pengurusan dan perakaunan. Menyebabkan impak negatif yang serius di kemudian hari dan kerugian yang sangat banyak. Belum kira pencemaran alam sekitar lagi. Salah satu peristiwa yang membuka mata saya dan masuk ke bidang ternak kambing.

Apabila duit dan kos sahaja yang menjadi pertimbangan hilanglah kewarasan dan berleluasalah kerosakan.

Kita ternak kambing ni melibatkan nyawa. Walaupun nyawa seekor kambing, adakah berbaloi dengan wang ringgit. Jika kita melayan mereka hanya dengan nilai yang mereka bawa (wang ringgit), maka mereka juga akan membalasnya dengan nilai yang setimpal. :) Beware


3 comments:

  1. Very very very good fairul. I very much like this post.

    We should go for quality. It WILL pay. It WILL build reputation. It WILL ensure our survivability in the long run.

    Banyak sangat rakan ternak kita sibuk merendahkan kos tanpa membuat penyelidikan secukupnya.

    Part of the reason kenapa ramai yang fail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum Wrmbth Tuan Alwi,terima kasih sebab sudi singgah rumah kecil saya yang baru ni.

      Blind faith tuan, versi islam dipanggil taklid buta atau ikut sahaja jadi pak angguk.

      Sebagaimana di ajar oleh Ustaz Pahrol dalam slot mukmin profesional di IKIM fm tidak lama dahulu, buat kerja perlu ada ITQAN - atau kesungguhan. Baru boleh serah pada takdir.

      Tq sekali lagi tuan

      Delete
    2. Hukum alam, biar setinggi mana kita sekarang, bila masuk tempat dan bidang baru kena mula dari bawah semula.

      Adat orang baru pula ramai nak buli dan tipu. Roda terus berputar. Usaha urusan kit hasilnya pada ALlah swt

      Delete