Sunday, January 13, 2013

Pencuri dan Kambing Liar

Assalamu'alaikum Wrmbth, Salam kegemilangan pen ternak kambing semua. Memang tengah hot isu curi kambing ni. Dan kawasan saya juga dilanda gelombang pencuri kambing. Baru pagi ni saya dengar kandang kambing jiran saya dicuri. Ibu kambing yang sedang bunting. Entah apa la dosa kambing2 tu ya.

Pen ternak kambing semua, semalam petang selepas asar. 4 orang kanak2 belasan tahun bersenjatakan parang telah mengadakan serbuan ke kandang kambing saya. Masa operasi, selepas asar. Modus operandi bergerak dalam kumpulan kecil dan menyamun secepat mungkin.

Semasa kejadian, saya keluar sebentar dan kebetulan keluarga juga ada dirumah. Memang berani mati punya budak2 ni. Datang kandang kambing, panjat pagar dan kidnap 3 ekor anak kambing. Disinilah hikmah Allah nak tunjukkan pada kami. Memang syukur allah temukan dengan kaedah ternak kambing yang betul.

Kambing kami memang dibiasakan liar. Walaupun di ternak kambing secara gembala, naluri semulajadi masih ada. Kami tidak memanjakan kambing2 ini sehingga menjadi binatang peliharaan. Sehinggakan dalam satu kes, kambing2 terlebih manja akan mengikut tanpa soal sesiapa yang datang kekandang. TIDAK, itu bukan dasar ternak kambing kami.

Kambing mesti liar, pandai bawa diri, pandai cari makan sendiri dan jaga diri. Semasa Penyamun kecil datang, oleh kerana kambing2 induk besar2 dan ganas. Sukar di tangkap dan meronta sekuat hari, ditambah lagi dengan jeritan meminta tolong. Perompak2 ini panik dan mencari alternatif, sasaran seterusnya, anak kambing 1 bulan. Sempat juga ditangkapnya 3 ekor dan dicampak keluar kandang.

Anak2 kambing yang tidak biasa dimanjakan, terus menjerit sekuat hati lalu menarik perhatian ahli keluarga dirumah dan bergegas keluar. Menyedari operasi mereka telah dihidu kami, mereka terus membuka langkah seribu. Syukur Alhamdulillah sekali lagi, kami tidak memanjakan kambing dalam program ternak kambing ini.

Tiada loading bay, tiada jalan masuk yang mudah ke kandang, dan tiada kambing manja. Mungkin kerana itu mereka gagal. Pengajaran nya, selepas ini nsyaallah kami akan membela angsa bagi menjaga kandang. Bagi siren kecemasan. Kemudian, kemungkinan membela anjing juga wajar dipertimbangkan dengan serius. Penting dalam memanstikan kelangsungan program ternak kambing ini. Penyelesaian jangka panjang. Bukan kandang kambing saja, rumah2 juga banyak dirompak. Laporan polis telah dibuat.

Apa nak jadi dengan anak bangsa kita yang muda2 ni ya? Muda2 dah sebegini caranya. Jika Allah swt takdirkan saya bertemu mereka semasa men ternak kambing di kandang. Tongkat gembala dan parang saya sentiasa menanti, tak kira usia dan bangsa. Hutan tempat permainanku bersama kambing. Usaha dan Tawakal pada Allah sahaja.


2 comments:

  1. Assalamualaikum bro fairul..

    mmg skrg byk kes kcurian trnakan brlaku.di tmpat den ALhamdulillah trnakn sprti kmbg n lembu tiada kes kcurian lg.minta djauhkn laa..kt malaysia skrg bdak skolah pun dh pndai bt jnayah.jika masa depan sbuah ngara di nilai dr kualiti ank muda skrg,berat cabaran tu..

    den pun bt bnda yg sma dgn kmbg tu,biarkn dia kurg jinak(liar nnti ssah jgak.hehe) stakat ni smua lari lg bila nmpk org trmsukla tuan dia.tp kalu nmpk dedak diorg dtg.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Wrmbth Tuan,

      Ustaz DOn kirim berita benih dah sampai. Minta alamat dan nama2 yang perlu di pos. ASAP TQ

      Delete