Assalamu'alaikum Wrmbth, Salam kegemilangan pen ternak kambing semua. Ilmu umpama ikan yang licin, maka tambatlah ia dengan tulisan. Itulah pesan orang berilmu dalam menuntut ilmu. Baru2 ini ada sesi majlis ilmu di Radio IKIM fm Slot Ibrah 21 januari 2013 oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman. Penceramah tersebut dalam satu soalan menerangkan tentang satu perkara yang sangat bermakna bagi saya. Mengenai pendidikan yang telah diterima oleh Rasulullah SAW hasil dari perjalanan hidup yang ditentukan oleh Allah SWT.
Para pen ternak kambing semua. Rasulullah SAW telah dilahirkan tanpa bapa baginda disisi kerana Allah swt lebih sayangkannya. Kemudian, ibu baginda SAW telah menghantarnya telah menghantarnya ke kawasan pedalaman untuk hidup bersama masyaraka arab badwi yang rata2 hidup sebagai penternak dan penggembala kambing.
Para sahabat pen ternak kambing, telah menjadi adat mereka di Mekah untuk menghantar anak2 mereka kel kawasan pedalaman semasa kecil kerana persekitaran yang lebih bersih. Rasulullah SAW telah dibesarkan oleh keluarga Halimatus Sa'diyah. Keluarga beliau telah menyaksikan banyak perubahan baik. Kambing2 yang dulunya kurus telah menjadi berisi dan mengeluarkan susu kambing yang banyak. Keperluan mereka sekeluarga telah mencukupi sejak baginda SAW berada disana.
Para pen ternak kambing semua, menurut penjelasa ustaz tersebut lagi Nabi Muhammad SAW telah menggembala kambing seawal usia 6 tahun. Ditekankan lagi oleh ustaz, Baginda bukan seorang penternak kambing tetapi PENGGEMBALA. Perbezaan tugas gembala dengan pen ternak kambing sangat jelas tetapi sering disalah fahami oleh orang lain. Penggembala tidak punya kandang tetapi penternak punya. Tugas gembala adalah memastikan kambing2nya pergi dan balik ke kandang dengan selamat.
Para penternak kambing semua, menurut penjelasan ustaz tersebut kambing adalah makhluk yang sangat degil. Tidak seperti unta. Unta adalah haiwan yang sangat taat dan setia berkumpulan. Jika seekor berdiri yang lain akan bangun juga. Jika seekor duduk, yang lain akan turut serta. Tidak seperti kambing yang suka berpecah dari kumpulan dan sukar digembala. Tanpa seorang gembala yang amanah, pasti akan ada kambing yang keluar dari kumpulan dan hilang dari kawanan.
Para penternak kambing semua, tugas gembala adalah memastikan kambing selamat, tidak keluar dari kawanan dan mengenalpasti kawasan ragut rumput yang sesuai untuk kambing gembalaan. Melindungi kambing dari serangan haiwan liar. Sangat besar didikan ini kepada Baginda Nabi SAW.
Kemudian, Allah SWT telah memanggil ibunda Baginda SAW ke hadrar ilahi dan Nabi SAW dijaga pula oleh Datuknya Abdul Mutalib ketua bagi Bangsawan Quraish. Datuk baginda amat sayangkan cucunya yang yatim piatu itu. Pada fasa dan usia yang sangat muda, Nabi Muhammad SAW telah pun bergaul dengan golongan pemimpin dan orang yang berusia. Pengalaman ini menjadikan baginda SAW seorang yang matang kerana pemuka2 quraish ini adalah orang2 yang memberikan pengaruh yang baik pada aspek kepimpinan.
Setelah itu sahabat2 pen ternak kambing datuk baginda telah meninggal dunia dan baginda dijaga pula oleh bapa saudaranya yang juga individu berpengaruh dalam kalangan orang quraish iaitu Abu Talib. Baginda telah dilatih dari kecil untuk berniaga dan memahami selok belok perniagaan daripada pengalaman berdagang menemani rombongan dagang ke seluruh jazilah arab. Menurut maklumat yang diberikan ustaz, Baginda Muhammad SAW telah berdagang selama lebih kurang 28 tahun.
Sahabat2 ternak kambing semua, tak kenal maka tak cinta. Semoga dengan sedikit perkongsian yang didapati dari majlis ilmu dalam talian radio mendatangkan rasa cinta pada baginda SAW. Sangat2 berharap dapat bersamanya diakhirat kelak. Amin
No comments:
Post a Comment