Harga satu blok 3kg garam jilat ternak kambing (sebenarnya untuk haiwan lain juga boleh) adalah RM10 manakala bagi jenis yang lebih mahal sedikit iaitu SELCO juga keluaran syarikat dan negara yang sama adalah RM15. Apa yang membezakan kedua2 jenis garam jilat ini adalah SELCO mempunyai kesemua unsur MAKRO dan MIKRO mineral yang diperlukan kambing.
Cuma ada 3 jenis vitamin yang tidak diperlukan pun sebenarnya dalam garam jilat iaitu vitamin A, D dan E yang banyak manfaatnya pada program ternak kambing. Sekadar pengabur mata saja supaya pengguna membeli produk yang lebih maak ini kerana ia mudah teroksida apabila terdedah kepada persekitaran. Jadi, kemungkinan besar walaupun ia ada dalam kandungan tetapi jika tidak kena cara penyimpanannya maka ia akan teroksida sebelum sempat digunakan kambing. Ini menurut pemahaman saya. Mungkin salah.
Berikut adalah komposisi mineral dalam garam SELCO ini.
Kalsium 11000 mgSelain 2 lagi unsur yang tidak dapat diterjemahkan dari bahasa turki ke inggeris.
Phosphorus 5000mg
Sodium 3675124mg
Magnesium 108300mg
Mangan 8500mg
Kobalt 130850mg
Selenium 400mg
Iron 300mg
No comments:
Post a Comment