Sunday, January 6, 2013

Pemimpin Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Salam Kemantapan kepada Para Pen ternak kambing semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam menurut islam. Semoga kita lebih baik setiap hari seperti konsep kaizen orang jepun dan CANI Anthony Robins.

Marilah kita sama2 menjadi individu yang paling bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan ini termasuk lah kepada warga pen ternak kambing. Jangan serahkan nasib diri pada orang lain semudah itu kerana ketika membaca satu petikan ayat Allah yang berbunyi. firman Allah dalam al-Quran: (maksudnya) “Ketika mereka yang menjadi ikutan itu berlepas diri daripada mereka yang mengikutnya (para pengikut), dan mereka semua melihat azab (keperitannya), dan terputuslah segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah mereka yang menjadi pengikut: seandainya kami mempunyai ulangan (peluang kembali ke dunia) maka kami akan berlepas diri daripada mereka seperti mana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka menjadi penyesalan kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka. (surah al-Baqarah: 166-167).

Diakhirat kelak, semua orang akan berlepas diri dari orang lain kerana takutkan azab Allah. Masing2 sibuk dengan kiraan buku amal sendiri. Cuba kita soal diri sendiri? Adakah aku membuat keputusan berdasarkan taklid buta (blind faith) atau melalui kajian yang dilakukan sendiri. Adakah apa yang saya lakukan dalam projek ternak kambing ini melalui ikutan sahaja ataupun dengan keputusan yang kita ambil selepas berfikir dengan teliti.

Para pen ternak kambing sekalian, hidup kita memang tidak lari daripada ikon2 yang hebat disekeliling. Mereka datang dengan pelbagai gelaran dan title. Portfolio gah dan bergemelapan. Bakat mereka tergilap dan menarik perhatian. Tutur kata mereka memikat dengan pelbagai hujah yang hebat. Tetapi, berhati2lah menerima idea dari orang lain. Kaji betul2 kerana hasil akhir yang bakal ditanggung didunia dan akhirat akan digalas oleh diri sendiri.

Prrinsip Kaizen jepun tidak datang dari sana, tetapi diimport dari Dr Deming dari Amerika. Ketika warga Amerika kurang percaya dengan idea yang dibawakan olehnya, rakyat jepun menerima pakai dan menjiwai idea kaizen ini. Hasilnya meang memberangsangkan kerana semua aspek kehidupan ditingkatkan dengan penambahbaikan kecil setiap hari. Pen ternak kambing Malaysia bagaimana pula?

Dr Deming juga ada menyebut kerosakan yang kerap berlaku disebabkan "managing by visible number" atau pengurusan berdasarkan nombor. Semua keputusan yang diambil dengan pengurangan kos semata2 bakal mendatangkan malapetaka. Termasuklah pada projek ternak kambing kita jika sama kesnya.

Idea yang baik untuk sesetengah orang mungkin racun bagi individu lain kerana kita manusia tidak sama. Sikap dan keupayaan juga tidak sama. MAS dan Singapore Airlines berasal dari sebuah syarikat yang sama sebelum singapura dikeluarkan dari Malaysia. Tetapi lihatlah sekarang pencapaian mereka antara langit dan bumi.

Singapora Airlines dinobatkan antara penyedia perkhidmatan penerbangan terbaik dunia. Dimana MAS? Inilah perbezaan yang dapat dilihat oleh Pemimpin yang berbeza.

Didalam buku Awaken the Giant Within, Anthony Robn ada menyebut "Often the very people who are injuring our companies are rewarded because they produce results in short term. Sometimes we treat symptoms of a problem and nurture the cause" pg 95-96. Pendek kata kepada rakan2 pen ternak kambing sekalian. Hati2 dengan idea yang anda ambil dan orang yang anda ikuti. Ingatan pada diri sendiri terutamanya. Insyaallah


No comments:

Post a Comment