Saturday, January 5, 2013

Misteri Gembala Kambing 2

Assalamu'alaikum Wrmbth, Salam pen ternakan kepada para pen ternak kambing sekalian. Hari ini nak sambung sedikit enti saya yang lepas tentang gembala kambing. Satu bahagian yang banyak dibakul sampahkan oleh pen ternak kambing Malaysia dalam projek2 mereka. Boleh rujuk Link ini MISTERI GEMBALA KAMBING

Bila kita kaji dan selidik sebab2 asal para pen ternak kambing memelukan projek mereka ramai yang kata tentang mengikuti sunnah para nabi. Bagus, mantap dan cemerlang. Dalam satu riwayat Umar Al Khattab pernah diriwayatkan berkata, "semua nabi merupakan gembala kambing" dan beliau ditanya kembali oleh rakannya yang mendengar. "Adakah tuan juga sama?". Balas Umar "Ya".

Persoalannya sekarang, para nabi dikatakan menggembala kambing. Nabi Ibrahim as diriwayatkan mempunyai ribuan ekor kambing. Baginda juga dikatakan menyukai tetamu mengunjiungi rumahnya, setiap kali ada tetamu pasti akan disembelih kambing bagi santapan mereka. Lihatlah sifatnya yang pemurah dengan sedekah para pen ternak kambing semua.

Sehingga, jika tiada tetamu baginda akan keluar mencarinya kerana cuba fikir2kan tetamu pasti akan mendoakan keberkatan tuan rumah. Lebih2 lagi jika tetamu itu seorang musafir. Lebih makbul doanya. Bukankah ini akan mendatangkan keberkatan kepada kita pen ternak2 kambing?

Nabi Muhammad SAW juga pernah menggembala kambing. Tetapi pada hemat saya, baginda bukan men ternak kambing. Mengapa? Kambing2 yang dgembala baginda SAW bukan miliknya tetapi Nabi Muhammad SAW diriwayatkan mengambil upah dari tuan kambing tersebut.

Jadi, skop kerja baginda adalah menjaga kambing ternakan majikannya bukan? Itulah yang saya dapati dari rujukan dan bacaan pelbagai sumber. Jadi, menternak dan membiak kambing adalah berbeza dengan menggembala kambing kerana seorang penggembala hanya diamanahkan menjaga kambing2 tersebut diluar.

Mungkin akan ada pen ternak kambing yang alim warak budiman tidak setuju dengan isi yang telah diutarakan. Jadi, saya juga mengharapkan input dari anda sekiranya anda punyai pandangan tersendiri. Pada saya, para nabi adalah  penggembala kambing dan bukan pen ternak kambing seperti yang diterima pakai sekarang.

Apa bezanya tugas pen ternak kambing dan penggembala ni? Sampai susah2 nak menaip panjang? Sekarang ni dah banyak sistem men ternak kambing. Ada intensif (100% atas kandang), semi intensif (kandang 50% dan lepas ragut 50%) dan lepas ragut 100%. Dah jadi norma dan kepercayaan umum di Malaysia, jika kambing dilepaskan meragut pun tanpa memerlukan gembala kambing. Termasuklah dalam sistem semi intensif.

Betul dan sahih tak? Kami dah perhatikan perkara ni dan setakat ini memang benar kecuali beberapa pengecualian. Tak ramai yang sudi luangkan masa menggembala kambing sendiri. Sahaih bukan pen ternak kambing ?Apa lagi menggaji pekerja menggembala kambing. Upah sahaja tidak berbaloi dan menghasilkan aliran keluar modal yang tidak sihat. duit modal susut lebih cepat dari hasil bulanan.

Seorang pembiak kambing akan menumpukan usahanya menjaga kambing2. Pemakanan, kahwin, penjagaan induk bunting, penjagaan kambing jantan, penyusuan anak kambing, cerai susu dan banyak lagi. Serbi serbi kena buat. Kambing sakit kena rawat. Pendek kata pen ternak kambing sekalian, memang banyak kerjalah.

Andai pembiak kambing mengamalkan sistem intensif, kambing makan tanggung atas kandang. Semua rumput dan silj disuakan ke muka mereka. Tak perlulah kambing2 nak bersenam sangat bukan? Duduk atas kandang tuan buat semua yang patut. Termasuk bersihkan kandang kambing. Ini realiti penternak kambing intensif.

Tetapi, dengan cara ini tugas menggembala kambing telah dihapuskan. Tuan pen ternak kambing tidak perlu melepaskan mereka kebawah meragut. Jadi, adakah ini mengikut sunnah para nabi? Simpan jawapan masing-masing. Kita lebih tahu bukan bak kata orang lama yang bijak sana sini "Tepuk dada tanya selera"

Ada juga yang amalkan semi inensif, atas kandang dan lepas ragut secara bergilir. Kambing makan bawah secara lepas dan bila dah kenyang balik semula ke kandang. Dan sekali lagi, telah menjadi norma para pen ternak kambing di Malaysia melepaskan kambing2 kebawah tanpa supervisi. Tanpa pemerhatian. Tanpa pengawasan atau nama lain tanpa gembala kambing.

Kambing2 makan dibawah sambil tuannya sibuk buat benda lain. Sekali lagi, jawapan para pen ternak kambing mungkin berbeza tetapi secara majoritinya cuba rumuskan perkara diatas ini. Lebih ramai yang biarkan kambing2 mereka makan dibawah tanpa pengawasan sewajarnya bukan?

Maka mengganaslah kambing2 dibawah mencari makan. Makan semua yang ada. Dari rumput ke pokok. Semua masuk perut 4 kebuk. Bagi yang bertanah besar memeang tiada masalah. Kambing tak makan pokok jiran2 termasuklah pokok bunga dan sebagainya. Tanah kecil memang kemungkinan besar terjadilah perkara2 ini.

Kambing makan pokok jiran, maka timbullah perselisihan. Dari kawan pen ternak kambing sendiri ada sampai kena racun kambing2 nya. Mati terkulai berbuih mulut. Yang kuat sikit tetapi bunting, habis gugur kandungan anak kambing. Bila orang dah marah, keluar doa manusia teraniaya yang tiada hijab dengan Allah swt. Makbul doa orang dizalimi ni. Perkara yang perlua dambil perhatian oleh pen ternak kambing. Tanpa gembala, itu yang kambing tak balik kandang dan dilabel sebagai kelemahan semi intensif. Mungkin semi intensif perlu ada gembala baru seimbang sistemnya bukan?

Jadi, apa sebenarnya tugas gembala kambing ni? Boleh sesiapa pen ternak kambing ilmuwan jawab? Adakah setakat menjaga kambing makan dibawah. Ikut kemana kambing makan? Menurut kajian saya sendiri, gembala kambing adalah individu yang diamanahkan untuk menjaga kambing semasa mencari makan di bawah. Memastikan kambing makan dikawasan yang halal, memastikan tiada kambing yang hilang dari mula mengembala sehingga menjejakkan kaki ke kandang.

Seorang gembala juga wajar memerhatikan keadaan kambing2 dibawah semasa meragut, membela nasib kambing lemah dan kalah semasa mencari makan dari dibuli kambing yang lebih kuat. Memastikan kambing berada dalam kawanannya dan tidak terpisah dari kelompok utama dan mengakibatkan dirinya sesat. Yang akhirnya bakal menjadikan kambing tersebut mangsa kepada haiwan liar atau manusia berniat buruk. Benar atau tidak rakan pen ternak kambing?

Para pen ternak kambing sekalian. Definisi diatas adalah gembala kambing ikut sunnah nabi. Pasti akan ada kambing yang kalah. Yang sakit. Yang sesat. Yang kuat dan yang lemah. Gembala kambing memastikan keseimbangan wujud dalam kawanannya. Yang lemah dibantu. Yang kuat diawasi. Yang sesat ditemui. Memang patut para nabi menggembala kambing.

Kawanan kambing seperti umat manusia, pasti ada yang cenderung melakukan kebaikan dan kezaliman. Keluar dari jemaah dan bergerak bersendirian dan menjadi mangsa. Pandai mencari helah untuk melarikan diri dari penggembala untuk meragut di kawasan yang tidak halal (tanah orang). Pantang leka sikit, pasti ada yang hilang. Ini dari pengalaman rakan pen ternak kambing yang menggembala dan dari diri sendiri.

Memang fokus itu penting sangat semasa menggembala. Pernahkah anda membaca kisah Nabi Musa AS semasa baginda meninggalkan umat bani israel selama 40 hari bagi menerima wahyu Allah swt dan membawa kembali kitab Taurat dalam kotak tabut (aka Arc of Covenant). Nabi Harun AS ditinggalkan dan diamanahkan oleh Nabi Musa untuk menjaga dan mengawasi kaumnya semasa ketiadaannya.

Dalam jangka masa 40 hari di gunung, kaum bani israel yang telah diselamatkan dari laut merah, dikejar firaun, diberi rezeki dari syurga berupa makanan dan minuman. Kembali sesat menyembah berhala anak sapi jantan emas buatan Samiri walaupun dilarang Nabi Harun as. Dengan kembalinya Nabi Musa dan melihat umatnya yang sesat, amrahlah baginda sambil mencampak peti tabut ke tanah.

Kisahnya menarik dan pengajarannya banyak dan sarat. Umpama kambing yang sesat kerana keupayaan gembala yang berbeza. Kami terfikir, Nabi Harun dan Musa pasti mempunyai keupayaan berbeza menggembala kambing. Nabi Musa yang menggembala di sebuah negeri selepas melarikan diri dari Mesir kerana membunuh seorang rakyat firaun secara tidak sengaja telah bekerja sebagai penggembala kambing kepunyaan nabi lain(seingat saya Nabi Syuaib AS).

Sampai disini saja buat kali ini, insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi diruang maya ya rakan2 pen ternak kambing semua. Assalamu'alaikum Wrmbth.










7 comments:

  1. Assalamualaikum akhi fairul.

    saya suka membaca artikel ni, apabila mengaitkan kisah di zaman para Nabi, dengan zaman sekarang. saya setuju dengan apa yang diperkatakan akhi. Rasulullah adalah pengembala. kerana sifat amanahnya, baginda diberi tugas untuk mengembala. mengembala ini besar amanahnya. memastikan kambing itu selamat dari ancaman kecurian & pemangsa, memastikan kambing itu makan dengan betul, dan memastikan kambing itu tidak menjadi penyebab kepada perselisihan faham antara jiran tetangga. jadi pengembala ini perlu amanah, memikul tanggungjawab sebagai pengembala dengan baik. banyak lagi amanah sebagai pengembala ini.

    pengembala juga perlu sabar. Rasulullah adalah contoh terbaik orang yang sabar. kambing ini banyak kerenahnya. ada yang degil, ada yang manja. yang degil bermasalah, yang manja juga bermasalah. dan mungkin inilah yang ditakdirkan oleh Allah, untuk menguji tahap kesabaran baginda sebelum baginda diangkat menjadi Nabi.

    Fenomena sekarang adalah, menjadikan penternakan kambing sebagai sunnah Rasulullah. pada hemat saya, sunnah Rasulullah adalah mengembala. membawa kambing itu keluar mencari makan dan membawa pulang dengan keadaan selamat dan cukup. tidak dinafikan, saya juga hanya membiarkan kambing saya makan sendiri, kadang-kadang je tunggu sekali, tengok dari jauh.

    mengikut sunnah Rasulullah... adakah kita betul-betul mengikut sunnah Rasulullah? Rasulullah itu amanah orangnya. kita membiarkan kambing kita makan pokok bunga orang, amanahkah itu? Rasulullah itu sabar orang. kambing kita mati kena racun, lantas kita berasa geram. sabarkah itu? Rasulullah sangat berhemah, diplomatik dan berhikmah percakapannya. Orang badwi yang kencing dalam masjid pun Rasulullah tidak memakinya. Perempuan yahudi menyimbahnya dengan air najis, tidak pula Rasulullah memarahinya bahkan menziarahi perempuan itu pula. tapi, penternak kita, kuli tak buat kerja, habis kena maki. kambing tersangat degil, kena tendang, kena penyepak. di ikat dengan ketat pada tiang. apakah itu sunnah Rasulullah? TIDAK.

    saya setuju dengan akhi fairul, yang sakit dirawat, yang lemah diberi perhatian, yang sesat perlu segera dicari dan dibimbing pulang. walau dalam mengembala pun ada intipati dakwah itu sendiri. sama-sama kita fikirkan. saya rasa, jika pendakwah di Malaysia ini pergi the school of goat herding, saya pasti pendakwah kita lebih hebat dari sekarang. ada hikmahnya Rasulullah menjadi pengembala, dan hikmah itu hanya dapat dirasai oleh orang yang mengembala sahaja. insya Allah.

    terima kasih akhi fairul di atas penulisan artikel ini. mengingatkan kembali pemikiran saya kepada peristiwa di zaman Rasulullah, Alhamdulillah. apa yang penting adalah, walk the talk.

    jemput singgah ke blog saya, artikel baru lagi, hehehe. Peluang Dan Halangan Projek Ternakan Kambing sekian, assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghh.. terima kasih ustaz Don. Pernahkah anda terfikir, adakah nabi2 dulu pukul kambing semasa mengembala?

      Dalam ayat alquran surah al baqarah ayat yang keberapa.. Di umpamakan orang2 kafir itu seperti kambing2 yang hanya mendengar teriakan.

      Tq don

      Delete
  2. Salam akhi Fairul..pnjg lebar pnjelsan brknaan dgn pengembala dan pntrnakan itu sunnah atau tidak.pndpat den yg kurg ilmu bab ni pntrnkan jua dikira sbgai prniagaan n setahu den Nabi jga mnguruskn prniagaan Siti Khadijah dan dipuji sbb berjya mmperoleh keuntungan yg byk.jd prniagaan jga adlh satu sunnah bgitu jga pntrnakan dan pengembala..maafkan den kalu silap akhi.tp mmg afdhal nya ada pengembala bagi mengelakkan memakan ssuatu yg bukn hak kita..wallahu alam akhi Fairul..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Wrmbth Tuan Feral, sudah dijangka soalan ni. Hehe, artikel ni pendapat peribadi saja.

      Cuma dari kerangka yang saya lihat berdasarkan sedikit ilmu yang diperoleh, nabi menjadi orang yang diamanahkan oleh Saidatina khadijah untuk berdagang barangan jualannya.

      2 zon masa berbeza. Semasa kecil mengembala kambing. Mengajar erti amanah, bertanggungjawab dan sabar. Keberaniaan juga dipupuk semasa fasa ini kerana menggembala di kawasan padang pasir seorang diri dan menghadapi ancaman serigala dan haiwan liar lain.

      Selepas meningkat dewasa, pada zaman bujang baginda menjadi orang kepercayaan meniaga barangan Saidatina Khadijah. Sifat jujur, amanah dan mesra menyebabkan pelanggan menyukainya dan baginda bijak meniaga.

      Sehinggakan ada satu riwayat, ada seorang pelanggan telah berjanji dengan baginda untuk membeli barang sehingga lupa masa ditetapkan. Selepas hari beransur petang baru pelanggan tersebut teringat dang langsung bergegas ke sana. Tidak disangka Baginda masih menunggu.

      Perniagaan itu luas bidangnya, cuma bahagian yang saya sentuh semasa menulis entri ini hanyalah semasa zaman kanak2 baginda. Panjang berjela takda orang baca.

      Terima kasih tuan feral kerana tampilkan benda ni. Ia hanyalah lontaran pendapat saya. Memang banyak kelemahan.

      Tapi, saya menulis untuk mengingati dan menyimpulkan apa yang ada didada sahaja. WAllahu'alam

      Delete
    2. Sunnah baginda saw memang banyak. Cuma ilmu saya yang daif bahagian sirah ini, urusan jual beli semasa perniagaan lain daripada membiak kambing. :) Baik dari Allah, buruk pula dari saya

      Delete
    3. den pun sama bro fairul..mmg agk kkurangan ilmu bab ni,perlu ditambah lagi.bagus utk bro fairul mnambah lagi artikel sperti ini,disamping dpt mnambah ilmu dpat jga brtanya dan berkongsi pndgan..hehe

      Delete
    4. Ok tuan, realitinya memang ramai nak ikut sunnah nabi saw. Tapi sebab kurang ilmu macam kita ni, disamping ruang berkongsi terhad membantutkan lagi perkembangan.

      Insyaallah sama2 lah kita kongsi. MOga sama2 dapat manfaat

      Delete